Sabtu, Disember 09, 2023

Jumaat, Disember 08, 2023

Khamis, Disember 07, 2023

tak nap

Sampai 5 sudu madu kelulut aku telan. Madu jenis liar hutan Belum. Kebayikan kelulut ni ialah memberi panas pada dada. Jadi aku sebagai pesakit asma dapat la lega sikit pada waktu dinihari. 
Siang kerja pagi ada gotong royong di L7 dan L14. Aku bersama bro Naz di Level 7.


Rabu, Disember 06, 2023

Saiful beli sarapan

Aku beli roti telur 4 dan teh tarik 4.
Sekali tengok Saiful pun beli juga air dan kuih untuk sarapan. Jadi la pagi ni cukup untuk ramai juga. 

Selasa, Disember 05, 2023

dah masa bercukur

Dinihari tadi pam 2 kali juga. 
Berkahak juga awal pagi. 

Serabai teruk juga hari ni. 

Lega rasanya, bila Cosplay kakashii firas dah sampai. Tapi itulah, tak pasti dia boleh pergi ke tak sekolah esok. 

Isnin, Disember 04, 2023

tak cukup tidur

Tidur lewat dan bangun pun agak lewat. Itu pun terjaga sekitar 6 45 bila Bi buka lampu, langsung tak perasan orang azan Subuh yang selalu aku akan bangun. Tak sempat buat air. Beli je dari cafe.

Pagi2 Sin dah panggil buat kerja. 

Ahad, Disember 03, 2023

tournament JPN

Pergi dengan Bi je. Firas ada kat rumah. 
Seharian juga kat sini. Sampaikan anchor JPN pun kenal.
Apapun tahniah kepada JPN yang bukan sahaja menjadi tuan rumah yang baik, malah menjadi juara kejohanan juga. Team yang mantap dengan pemain utama Hakeem d Kebun. Zul P8 bergabung dengan Safri Don. Pemain single kedua juga tak kurang hebatnya. 
Tahniah semua. 
Team Dynamic pun hebat dengan Aimal sebagai anchor. Padu. 
Hadir sebagai penonton saja, muka lepas semput teruk. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.