Lepas pusing aeon masuk ke Lotus pula.
Sabtu, Mac 02, 2024
solat di masjid bunohan
Solat jumaat. Bawa anak2 buah sekali.
Di masjid mukim Bunohan, aku nampak Lib, kawan lama sekampung dahulu. Dia masih bujang dan hidup berbakti pada ibunya dan menjaga madrasah.
Lepas jumaat ma masak sup.
Pagi sebelum jumaat aku buatkan akaun PG untuk Fattah Yi.
Petang pula jumpa kawan sekolah, Solah di Chabang 4 untuk terangkan lagi pasal PG. Solah sekarang berniaga jual nasi pada sebelah pagi.
Khamis, Februari 29, 2024
gerak ke Kelantan
Sempat ke red blue sekejap sebelum gerak balik Kelate. Alhamdulillah sekitar lewat petang selamat sampai di Telaga Bata.
Perjalanan lancar dan tiada jem. Badan pun tak la letih sangat.
Bi belanja minum kopi di stesen minyak sebelum masuk LPT.
Rabu, Februari 28, 2024
gerak ke pekan
Selasa, Februari 27, 2024
bi belanja
Ikutkan plan asal nak gerak hari ni, tapi aku masih kepenatan jadi ambik keputusan berehat dulu.
Pagi2 aku ambik kereta axia sewa.
Lepas tu ke Kajang, ke pejabat Mara dan kemudian ke Metro Point.
Cheng laksa.
Lepas makan ke pejabat Mara yang baru pindah ke arked Mara.
Isnin, Februari 26, 2024
safely landed from Busan
Mulanya aku buat rileks....Siap santai minum kopi bila tiba awal di lapangan terbang antarabangsa Gimhae, Korea.
Tapi bila nak masuk gate....
Inilah kisahnya aku hampir terkandas di Korea.
Akhirnya aku selamat mendarat di KLIA menjelang waktu asar, selepas aku nyaris terkandas di Korea dek kerana nama di boarding pass tak ada 'bin'.
Yang ada di print pass ialah Ibrahim /Ahmad Sadli.
Walaupun aku cuba beritahu bahawa memang nama aku betul dan bin maksudnya "son, anak kepada" dia tetap kata tak sama dan panggil rakan nya.
Mereka sama setuju bahawa tak lengkap.
Begitu tegas dan detail imigresen Korea bertegas mahu sama nama di boarding pass dengan nama di passport.
Jadi berlarilah aku ke kaunter check in air asia tapi rupanya dah tutup. Kosong tak ada sesiapa. Lari lagi ke imigresen, cuba beritahu dia yang nama tu memang nama aku.
Dia kata kena ada juga 'bin'. Dia tetap suruh aku pergi ke kaunter air asia. Apa aku nak buat, takkan nak lawan dia.
Lari sekali lagi ke kaunter air asia. Tanya orang sebelah yang sedang jaga syarikat penerbangan mana pun aku tak peduli. Ternyata memang sudah di tutup kaunter check in air asia. Semua nya hanya kerusi dan meja.
Kaget seketika, cuba bertenang.
Kebetulan ada pegawai korea lalu, aku terus beritahu. Nasib baik dia mahu tolong. Jam sudah 10 30 pagi.
Dia tulis 'bin' dengan pencil dan chop pangkat dia agaknya di atas boarding pass aku, aku tak tahu yang penting ada chop. Siap ambik gambar pass aku dan suruh berlari cepat2. Berlari sekali lagi ke gate pintu masuk.
Lama pegawai gate dia pandang, akhirnya baru dilepaskan. Di dalam gate pun ada lagi penjaga yang pandang (aku dah tak peduli dah masa ni sebab dah lepas gate) dengan tali pinggang yang belum sempat pakai dan seluar pula longgar, aku memang kelam kabut, mujur tak terlondeh je seluar, huhu.
Pesawat jam 11 pagi akan gerak sedangkan waktu tu sekitar 10 40 berlari aku tanya mana gate 4.....
Masuk ke gate, kapal terbang pula tak nampak..nyaris aku nak berhenti pakai tali pinggang sedangkan masa dah suntuk.
Masa tu ada pramugari pandang.. Rupanya aku terlalu penat, kapal terbang memang ada di hujung gate. Terus aku masuk....cari kerusi dan pakai tali pinggang.
Ahad, Februari 25, 2024
hidup untuk memberi
Aku cuba ke kawasan port Busan naik bas. Mulanya agak takut tapi ok je sistem bas kat sini memang tersusun. Siap boleh cas fon dalam bas.
Melawat muzium marin dan beli model kapal untuk anak2. Untuk kawan2 dah beli keychain semalam di stadium.
Untuk bet aku cuba tahan diri walaupun menarik, bet Tibhar Alexis Lebrun pada harga 50 000 won.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.