Jumaat, November 15, 2024

menunggu jawaban

Penantian satu penyiksaan. 
Harap dapat satu putus yang baik.
Aku hanya mencoba. Membuat apa yang terdaya. Berusaha sekuatnya.

Lewat petang hujan lebat sampai bocor dewan. Esok dah la event besar.

Mai dan Sam ajak minum. Ke L2 lah kita bilik SEPD Raha. Terima Kasih. 

Khamis, November 14, 2024

serangan asma

Pagi2 dah wasap Dr F. Tunggu jawaban hingga petang. 

Kena serangan asma di tempat kerja sebelah petang dekat store fyp. Mujur lah tak melarat sangat.

Tapi penat tu ada. Balik awal tak ajak Lan sparring. Honda Future belum isi minyak. 
 

Rabu, November 13, 2024

nyaris kantoi minyak

Menolak juga sikit, hampir nak kantoi. Minyak dah nak habis sangat.
Buka tank kosong. Motor Honda Future patut jimat tapi tulah, meter minyak rosak. 
Mujur sempat ke stesen minyak Shell.
Kerja pagi ni persiapan Konvokesyen, susun kerusi.
Dapat perkhabaran Tun Daim telah pergi. 

Selasa, November 12, 2024

mendung tak bererti hujan

Takwil mimpi: PP dengan Safa
Mendung je hari ni. 
Petang ke KT3 susun meja kerusi. 

Petang nak training rupanya bet tak bawa. Jarang aku lupa benda penting camni. 

Terpaksa pinjam Mai punya. Tewas mudah dengan mr P. 

Isnin, November 11, 2024

mendung di Bangi

Pagi2 dapat tugasan jaga parking di hari konvo nanti. Sabtu ni InshaAllah. 
Petang terus training dengan kawan2 yang kuat ketawa. 

Ahad, November 10, 2024

Sireh Double S2

Untuk sireh 2 aku bergabung dengan Lan pula. Dulu sireh 1 dengan Mai. 

Gruping dapat no 3. Menang 1 je dengan pair masjid Rinching. Itu pun agak susah dan struggle. Tewas dengan student KUIS dan pair Nasir. 

Pusingan KO jumpa balik KUIS tapi kami berjaya menebus kekalahan di grup. Seterusnya jumpa Ustaz Madi dan Sham. Yang ni kami tewas.

Sebenarnya aku dah nak balik. Tak sangka ada hadiah. Alhamdulillah ada juga manis. Tempat ke 5-8.

Sabtu, November 09, 2024

takwil mimpi

1. Abah repair rumah ketuk2 di tempat tinggi sehingga aku risau

2. Jadi menantu, ramai tamu

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.