Rabu, Disember 04, 2024

hidung summat

Batuk agak kuat. Petang balik masih teruk batuk. Sampai semput juga lah rasa.
Nasib baik petang tak hujan. 

Selasa, Disember 03, 2024

Isnin, Disember 02, 2024

sedikit keletihan

Hidung sumbat. Mata kuyu.
Lepas kena nasi lemak berat mata rasa.

Malam selsema teruk tahap gegar rumah bersin. Terpaksa juga telan ubat selsema. Harap ok. 

Ahad, Disember 01, 2024

lepak hotel dulu

Petang baru gerak, InshaAllah. Lepas check out sekitar jam 1130 aku terus gerak ke Sungai Bakap jap, tapi Kamal suruh ke Batu Kawan. So ke Batu Kawan lah kita. 
Lepas makan Kamal hantar aku ke stesen KTM Bukit Mertajam. Ngam ngam sikit lagi keretapi nak gerak jam 415.
Sampai KL central 8 lebih. Naik MRT sampai Kajang hampir 930. Terus balik naik bas feeder MRT. 10 lebih sampai rumah terus flat. 

Sabtu, November 30, 2024

game hari kedua

Format kejohanan adalah double elimination. Hanya boleh tewas 2 kali. 

Kali pertama dah tewas dengan KPTM. 

Dan aku akhirnya tewas lagi kali kedua dengan Ahmad Siraji dari UCTati pula. Dia spin bagus dan laju. What a formidable opponent. Tewas dan memang rasa hampa. 

Nampaknya kena baiki lagi teknik pimple aku. 

Tapi sebelunya aku dah menang dengan Azman dari UCMI, penuh dramatik. Itu dah cukup jadi pengubat.
Bersama Dr Azmi dan Dr Shahdi. 
Dr Azmi menang gangsa. 

Kak Mai pun dapat gangsa juga. Not a perfect ending but a perfect story. 

Jumaat, November 29, 2024

game bermula di jesselball BM

Aku bersama K Mai saja. Lepas sarapan dengan K Mai, aku terus ambil grab ke Jesselball. 

Kat sana cuma kami berdua. Nasib baik ada juga Shahdi, x GMI. 

Tengahari aku dan K Mai berjalan kaki ke aeon mall Bukit Mertajam. 

Kebetulan ada masjid tepi mall. 
Jadi aku terus la solat jumaat di masjid tu, masjid alma kalau tak silap.

Khamis, November 28, 2024

gerak ke Bukit Mertajam

Ngam ngam sebelum gerak sempat dapat getah yang aku order. Mulanya risau juga sebab hujan renyai2 dan update dari Shopee agak slow. 

Aku siap dah turun bawah baru rider sampai. Simpan dalam beg dan terus gerak naik grab ke Kajang MRT.

Naik ets ke BM pukul 815 malam di KL central.  

Makan dalam tren kena bayar pakai tunai, nasib baik lagi, ada juga bawa duit cash sikit. Panas betul nasinya sampai nak meletup lidah. Sampai stesen KTM Bukit Mertajam sekitar 12 am lebih.

Naik grab pula untuk ke hotel. Bilik single di 7 hotel. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.