Ahad, Disember 22, 2024

menulis dari hati

Bukan senang juga.

Walau hanya menulis. Dari bingkai hati yang lara dan gundah.

Aku melihat alam yang indah. Selepas bah. 
Tanpa aku alami, tanpa aku selami, sendiri. Hanya membayang.

Pagi2 aku sedikit semput dari semalam. Masih mampu skipping tali tapi tak boleh lama2 segan dengan jiran.

Lepas sarapan di Ali Baba terus ke Kota Bharu. Dobi dan kemudian nak ke perpustakaan.

Di Kota Bharu awal paginya tenang walau aku nampak kelibat beberapa orang polis traffik muda bermotor kapchai. 

Sabtu, Disember 21, 2024

malam ni di Gerong

Pagi lepas makan gerak dari Kajang slow2. 

Singgah rumah C Na lepas maghrib. Cna masak dengan lauk sekali.

Lepas makan sampai Gerong dalam 930 pm.

Hidung gatal dan tangan tak mampu nak menahan. Minum Vitamin C

Jumaat, Disember 20, 2024

wfo jumaat

Minum pagi dengan Saiful dan Samsul.

Lepas Jumaat aku gi tebus barang di Agro Bank, tapi kenapa lama yang amat, sampai beberapa kali aku tanya penjaga front desk. 

Apapun aku syukur kerana urusanku sebenarnya dipermudahkan walau ujian plastik tembus melimpah isi penting. 

Petang balik makan nasi yang terlampau lama menunggu bank. Bro N datang sembang. 

Khamis, Disember 19, 2024

work from office, Khamis

Tak pasti apa tugas hari ni. Pagi minum dengan Samsul ajak Saiful sekali.
Banyak nya benda yang aku perlu dan mahu beli dari shopee. 
Antaranya 
1.meja decathlon 999
3.tilam angin 

Rabu, Disember 18, 2024

work from Office

Pagi2 aku cari Samsul, rupanya dia cuti. Din call suruh buat kerja di finance. Angkat file di finance.
Lepas sarapan dengan geng training kereta aku gerak sendiri ke finance. Lan dan Fai dah ada. Aku lepak je la. Bila Din sampai baru mula kerja. 

Selasa, Disember 17, 2024

work from office week2

Kerja di hostel lelaki. Di lead oleh Poek warden asrama merangkap tech. Buat kerja maintenance elektrikal.

Pagi aku agak semput juga. Nasib baik petang dia lega sikit. Boleh melayan lagi multiball sikit dan bertarung dengan P yang ada datang office.

Isnin, Disember 16, 2024

work from home

Sedang elok badan pun masih lenguh selepas pertarungan semalam. 

Semput pun kuat juga dari pagi. Sampai ke awal malam dah bermula. Biasa selepas aku tidur di waktu dinihari.

Aku cuba ambil madu banyak sikit malam ni. Tapi masih sukar nak bernafas dengan tenang. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.