Bangun tido aku try start motor tak boleh. Terlampau sejuk seminggu lebih tersadai. Cuba banyak kali kepenatan. Terpaksa tolak ke bengkel. Nasib baik ada budak2 tolong tunda.
Tengahari baru gi GMI. TTO terkejut sebab aku cuti tapi datang.
Kebetulan jumpa Syed Mizi dia nak suruh ajar cara beli emas. Terus beli 2 gram.
Lepas sarapan kami gerak. Ma belikan nasi berlauk. Aku bawa 1 lagi buat bekal. Aku habiskan di RNR Gua Musang.
Dari situ gerak ke Raub.
Berenti solat dulu di masjid Tengku Abdullah, Kg Gali Raub. Lepas solat dah dekat nak masuk highway. Aku risau minyak sebab jalan depan ni akan mula jem.
Berenti di BP selepas tol Karak. Ikut kiraan minyak masih cukup tapi cuak juga sebab dah nampak jem ke depan nanti.
Lepas tol Karak memang bersusun kereta. Nasib baik la masih gerak walau pun perlahan.
Lepas tu terus je sampai Metro Point Kajang. Lepas Gombak dah ok sikit.
Makan dan solat dulu di Metro Point Kajang. Baru balik rumah.
Hari ni tak keluar sarapan macam selalu, aku sorang je keluar cari sarapan tapau. Kedai biasa belum buka. Lajak sampai Palekbang juga cari nasi. Tapi ok la, nasi sedap.
Lepas makan pagi tu tidur sampai zuhur.
Balik rumah ma lepas singgah rumah abg Pi di Kok Majid. Dah sunyi rumah ma bila semua adik adik ku dah balik ke sarang masing2.
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas.
Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri.
Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold.
Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri.
Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.