Sabtu, April 12, 2025

aqiqah cucu cikgu Rafi

Di ecohill Semenyih. 
Rumah tepi yang besar dan luas.

Dari Semenyih terus ke IOI. Layan cerita Syafiq, Blood Brothers Naga Bara. 
Jalan cerita bagi aku lame. 

Jumaat, April 11, 2025

dapat lena semalam

Semalam dapat lena tanpa guna inhaler. Sampai tak sedar semalam hujan lebat. Baca berita ada kawasan di Selangor ni banjir kilat. 
Pagi aku bantu Syed cari tracking number dia. 
Petang tak sempat turun gelanggang, melayan A dan N. 

Khamis, April 10, 2025

batuk dinihari

Pam dan makan ubat batuk.
Malam keluar ke Kajang sebab B nak ambik duit. Lepas tu makan di Myodong, aku temankan je sebab maghrib dan makan. 
Kahak aku masih banyak. 

Rabu, April 09, 2025

3 puff 3 pagi

Day 3 puasa 6.
Buat kerja L14 write off barang lama.
Berkotak kotak. Dari pagi sampai petang jugak lah. 

Selasa, April 08, 2025

hari pertama kerja, pelik juga

Sepanjang di Kelantan aku bebas dari asma. Serius aku tak sentuh langsung ventolin (ubat asma). 

Kat sini terus dia jadi. Terpaksa juga aku ambik neb

Dalam pukul 11 lebih Bos panggil susun kerusi meja di Level 7. Dalam 12 lebih juga baru siap. 

Menang 2 1 dengan P

Isnin, April 07, 2025

rehat di rumah

Rehat tu maknanya tidur la.

Bangun tido aku try start motor tak boleh. Terlampau sejuk seminggu lebih tersadai. Cuba banyak kali kepenatan. Terpaksa tolak ke bengkel. Nasib baik ada budak2 tolong tunda. 

Tengahari baru gi GMI. TTO terkejut sebab aku cuti tapi datang.

Kebetulan jumpa Syed Mizi dia nak suruh ajar cara beli emas. Terus beli 2 gram.

Ahad, April 06, 2025

2 47 pm approaching Raub

Lepas sarapan kami gerak. Ma belikan nasi berlauk. Aku bawa 1 lagi buat bekal. Aku habiskan di RNR Gua Musang. 

Dari situ gerak ke Raub. 

Berenti solat dulu di masjid Tengku Abdullah, Kg Gali Raub. Lepas solat dah dekat nak masuk highway. Aku risau minyak sebab jalan depan ni akan mula jem. 

Berenti di BP selepas tol Karak. Ikut kiraan minyak masih cukup tapi cuak juga sebab dah nampak jem ke depan nanti. 

Lepas tol Karak memang bersusun kereta. Nasib baik la masih gerak walau pun perlahan. 

Lepas tu terus je sampai Metro Point Kajang. Lepas Gombak dah ok sikit. 

Makan dan solat dulu di Metro Point Kajang. Baru balik rumah. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.