Kisah jam G Shock keluaran Casio.
Sengaja atau tidak?
G Shock terjadi kerana sentimen seorang anak.
Pada 1981 seorang jurutera Casio bernama Kikuo Ibe telah mengalami kekecewaan bila jam tangannya telah terjatuh lalu retak dan rosak.
Ia seumpama hatinya sendiri retak. Ini adalah kerana jam itu sangat beliau sayang kerana diberi oleh ayahnya.
Dari situlah beliau mula timbul keinginan membuat satu jam yang paling kukuh dalam dunia!
Beliau terus memberitahu hasrat itu kepada pihak Casio dan Casio bersetuju memberikan pasukan khas untuk projek tersebut.
Pasukan kecil mereka di gelar Project Team Tough, pasukan kental Casio.
Pada masa itu, misi ini kelihatan sukar kerana jam terkenal sebagai barang sensitif dan mudah rosak jika lasak.
Standard yang mereka kejar ketika itu adalah jelas dan mudah. Membuat jam yang tahan kualiti berikut tanpa rosak.
1️⃣ Jatuh 10 meter
2️⃣ Tekanan air 10 bar (100 meter dalam)
3️⃣ 10 tahun batteri
Mereka menguji hampir 200 prototype tetapi tidak dapat melepasi semua kriteria tersebut.
Mereka terus mencuba.
Satu hari Ibe menjumpai idea bila ke taman permainan beliau melihat lantunan bola getah dan beliau terfikir mahu mencuba konsep itu kepada projek beliau.
Maka lahirlah konsep hollow case design, dengan jam seolah berada dalam keadaan tergantung dalam sarang berserap (cushioned) manakala struktur bahagian luar direka bagi melindungi segala elemen.
Elemen Quartz dalam G Shock dilindungi sehingga 10 lapisan pelindung.
Pada 1983 mereka mula melancarkan GShock pertama DW-5000C.
Banyak kisahnya juga bagaimana nak capai sales tinggi kerana pihak penjual jam sendiri tak suka jam yang tahan kerana mereka ada bisness membaiki jam.
Iklan awal mereka agak menakutkan bila jam mereka di jadikan bola hoki ais!
Pun begitu populariti G Shock mula meningkat bila ramai pemain skate board di USA memakainya dan mereka mengabsahkan betapa G Shock memang tahan lasak.
Bermula 1990an G Shock mula benar benar popular bila setiap kali sampai di kedai, akan terus kehabisan stock.
Itulah secara ringkas kisah G Shock.
Mereka kekal bertahan dengan falsafah :
🔸tough
🔸innovation
🔸never give up
Sehingga kini G Shock telah terkenal di seluruh dunia dengan jualan melebihi 130 juta unit.
Jika berbicara pasal jam Casio, G Shock adalah antara penanda arasnya. Hampir mustahil ada yang tidak kenal G Shock.
Terdapat pelbagai siri G Shock dari kelas rendah, sederhana seperti gshock_z dan termahal.
Antara siri termahal adalah edisi khas titanium gshock_metal yang berharga lebih 5 ribu.
Ada juga siri lain berharga 7 hingga 10 ribu.
Dengan reputasi G Shock yang kukuh dan di percayai, market secondary dan edisi khas mampu dijual dengan harga yang tidak masuk akal.
Begitulah kisah nya.