Ahad, September 22, 2013

Ahad yang suram


Aku baru balik kerja malam. Dalam pukul 10 pagi abah call aku melalui hand set dia. Tak pernah abah call aku guna hand set. Ini kali pertama dalam sejarah. Malah no abah tak ada pun dalam senarai contact hand set aku. Tapi bila abah bersuara aku terus je tahu yang ini abah call. Kalau tak ada urusan mustahak yang melibatkan hidup mati abah tak akan call. Malah sebelum ni kami jarang bercakap sangat. Memang begitu. Kami berhubung melalui kaedah lain.

Abah beritahu yang mok (nenek) dah tak kaba (koma). Aku angguk faham. Aku tak punya daya nak cakap benda ni kat Linda isteriku. Aku hanya diam bila Linda tanya apa hal. Tapi Linda tahu juga bila abah call Nadiah (adikku) yang kebetulan ada di rumahku.

Tak lama lepas tu Ma Linda telefon beritahu yang mok sudah meninggal dunia.

Dalam keadaan otakku yang kosong aku call Jiji (adikku) dan suruh dia datang ambil aku untuk balik kampung bersama-sama. Dalam pukul 2.30 petang kami bertolak. Hampir jam 10 malam kami sampai rumah mok. Orang kampung baru je habis tahlil. Mok dah selamat disemadikan di kubur.

Kali terakhir aku jumpa (arwah) Mok ialah semasa aku balik cuti Merdeka. Masa tu masih lagi hujung Aidilfitri. Aku tak balik semasa Hari Raya. Mok ucap Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dengan begitu serius sekali walaupun dia uzur. Mok tanya aku : "Long bila nak kelik kelate? Mok ni dah nak mati dah.." Dengan selamba aku jawab "5 tahun lagi mok".

Pagi Isnin aku pergi ke kubur mok yang masih kemerahan tanahnya. Mok disemadikan dekat dengan kubur arwah Ayoh Chik yang pergi pada 13/12/12. Aku menangis...    

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.