Ahad, November 16, 2014
Sarapan pagi dengan Champions
Pagi tadi aku sarapan di kedai Bonda (nama kedai bukan kedai mak aku ya) bersama Zainal, Awe dan Shurhazli. Pagi-pagi Shurhazli dah ajak aku tengok dia main ping-pong. Mesti bengkek dia sebab kalah semalam pasti belum padam.
Ok ceritanya macam ni.
Pukul 7.30 aku masuk line dan siapkan apa yang patut. Dalam menghampiri pukul 8 Pak Uda masuk, terus beri arahan macam biasa, (macam kelam kabut sangat) padahal mesin yang jalan apa jer. Aku tengok semua mesin ok, aku pun keluar pergi tengok Shurhazli lawan Awe. Bila habis Shurhazli ajak aku main lawan dia. Aku tak bersedia (bukan mood nak berlawan) dan tak bawak bet.
Sebab aku tak bawak bet aku pinjam la bet Awe. Bet yang agak sederhana saja cuma pakai getah mahal tu butterfly Tenergy hitam dan merah Butterfly Sriver yang murah sikit. Bet ni power dia OK, cukup untuk aku chop. Tapi spin kureng, bagi aku la. Shurhazli pulak main chop saja. Aku tak boleh spin. Dipendekkan cerita aku kalah. Kalau pakai bet sendiri pasti lain jadinya, hu hu.
Kemudian aku lawan Awe pulak kali ni pakai bet Shurhazli. Bet dia getah Tibhar Legend (aku yang set up) kira power gak la. Cuma belah hitam getah dia getah common saja. Anyway aku tetap menang dengan Awe 5 set direct. Kok (supervisor B) pun ada tengok kitaorang main. Kok cakap, "Sadli kalau you shift I, I dah saman you." Kesalahan - main ping-pong waktu kerja. Nasib la aku shift A.
Habis main Pak Uda datang cari aku dengan bengang dan marah dia tanya aku, "mana kau pergi, orang nak angkat barang kat line?" Aku hanya diam dan cakap "OK nanti aku masuk." Pak Uda jawab "tak payah! semua dah siap" dengan bengis lagi.
So aku pun pergi ushar line sekejap kemudian pergi sarapan kat luar, tumpang motor Zainal. Tak lama kemudian juara-juara ping-pong pun sampai. Aku, Shurhazli dan Awe asyik sembang pasal ping-pong jer. Kesian pulak kat Zainal sampai dia pun naik boring. Anyway pulut kuning kat kedai ni sedap, aku boleh rekomen. Datang la cari kedai Bonda di Telok Panglima Garang.
Balik ke line makcik cleaner masih buat kerja-kerja cleaning kat line so mesin tak jalan sampai tengah hari. Jambu (supervisor aku) suruh aku tolong buat 6s kat area packing. Dalam pukul 12.45 aku keluar makan tengah hari. Kemudian layan ping-pong sampai pukul 2. Banyak lepak saja hari ni. Tengah hari dan petangnya pun main ping-pong lagi. Oh aku ni datang kerja ke datang main ping pong?
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.