Selasa, Februari 10, 2015
Aku cuma penonton, bukan hakim.
Aku cuma penonton kepada satu babak kehidupan. Satu peristiwa besar arena politik negara. Di Mahkamah Putrajaya, tak berapa jauh dari tempatku menulis.
Ada pihak yang ketawa dan ada pihak yang menangis hiba. Ada yang puas dan ada yang mengeluh. Begitulah landskap politik yang akan terus berubah-ubah.
Keputusan sudah diputuskan oleh mahkamah. 10 Februari 2015 menjadi saksi. 5 tahun kekal disabitkan.
Ada yang mahu rakyat jadi hakim negara. Aku juga rakyat.
Tapi aku bukan hakim negara. Kerana aku tidak ada ijazah undang-undang. Yang Arif pastinya lebih arif, atau begitulah harapnya.
Kehidupan mesti diteruskan.
Sebenarnya aku tak berapa gemar nak tulis pasal politik kerana ramai orang anggap politik itu kotor. Campur politik maknanya campur benda kotor. Politik sebenarnya tidak kotor, pemain politik mungkin kotor.
Apa itu politik? Politik adalah seni mengurus kehidupan. Sebenarnya semua orang berpolitik. Sama ada secara sedar atau tidak.
Menantu berpolitik dengan bakal mertua, pekerja berpolitik dengan boss, pelajar berpolitik dengan cikgu, cikgu pula perpolitik dengan cikgu besar, hatta sang teruna pula akan berpolitik dengan kekasihnya. Mereka berpolitik dengan makna mengurus hubungan sesama manusia. Bezanya dengan orang politik sebenar ialah politik orang biasa tak adalah retorik yang terlalu panjang.
Retorik maksudnya cakap berjela-jela untuk sampai kepada maksud sebenar apa yang kita mahu. Retorik memang makanan orang politik. Hakikatnya, kita tak boleh lari dari berpolitik.
Tapi jangan risau, aku bukan politikus yang heavy, aku sekadar pemerhati yang cuba mencari suatu pengertian dalam kehidupan.
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.