Cepat betul Firas besar rasanya. Firas dah pandai bergaya. Tengok la aksi dia masa pergi Melaka itu hari.
Apa yang menarik dengan Melaka ialah banyak tempat yang perlu dilawati adalah dalam lingkungan 1 km sahaja. Jadi anda boleh la berjalan kaki atau naik beca berhias. Tapi harus diingat tambang beca itu bukan murah. Firas sangat teruja nak naik beca. Nampak je beca terus dia cakap, "naik,naik" Terpaksa la pujuk. Tambang beca Melaka adalah standard sebab pengayuh adalah dilesenkan oleh kerajaan negeri Melaka. Nak tahu kadar tambang beca Melaka? Kadarnya ialah RM 40 untuk setiap jam.
Ha, mahal jugak tu kalau untuk orang biasa macam aku.