Esok road tax kereta aku mati. Duit kat tangan ada seratus lebih jer. Nak tunggu gaji lagi seminggu. Nampaknya aku terpaksa la dalam masa seminggu ni naik kereta tanpa road tax. Harap-harap abang polis tak terserempak dengan aku.
Ini semua silap aku sendiri sebab bercuti tanpa sediakan duit terlebih dahulu. Lain kali kena rancang betul-betul kalau nak pergi bercuti kena pastikan duit hotel, duit belanja semua dah settle baru boleh pergi bercuti.
Berbalik kepada cerita emas.
Harga emas GAP hari ini 186 adalah agak mahal. Tapi masih boleh beli kerana semasa Brexit baru-baru ni harga GAP mencecah sampai 192.
Belilah emas masa sekarang yang terdekat kerana harga ini akan bakal naik lagi bila pilihanraya president USA semakin hampir. Kalau masa tu harga emas dah jadi 300 segram dan anda belum beli lagi maka masa tu anda akan menggigit jari lah nak memiliki emas.
Belilah emas sekarang sebab ia menjamin nilai beli anda kekal tanpa dirompak oleh inflasi. Nilai duit semakin hari semakin jatuh kerana hutang negara semakin hari semakin banyak.
Saya bila survey harga rumah rasa geram jer nak beli tapi duit belum cukup. Akan datang rumah semakin mahal. Untuk itu simpanlah emas agar nilai harta anda kekal dan anda tak perlu risau harga rumah naik. Untuk pengetahuan anda saya belum memiliki rumah sendiri.