Pokok zaitun adalah pokok ajaib yang tumbuh di sekitar lingkaran tepi lautan medditeranean. Pokok zaitun terkenal hidup begitu lama, bahkan yang usia ratusan tahun masih memberi buah.
Dari pokok zaitun lahirlah buah zaitun dan dari buah yang diperah ini lahir pula minyak zaitun. Buah zaitun muda adalah hijau, mula berminyak sedikit dan tinggi aroma manakala buah tua adalah semakin gelap dan semakin berminyak walaupun aroma mula menurun.
Minyak zaitun sememangnya sangat masyhur sebagai minyak yang berkhasiat dan sangat berguna sejak lama dahulu. Bahkan peradaban besar dunia seperti Yunani dan Rom tidak dapat lari dari kisah minyak zaitun.
Lihat saja jata negara Israel, simbolnya adalah dilingkari oleh daun zaitun! Tahukah anda simbol united nation (pertubuhan bangsa bangsa bersatu) menggunakan simbol daun zaitun?
Antara 3 negara pengguna terbanyak minyak zaitun ialah Greece, Sepanyol dan Italy. Pengeluar terbesar minyak zaitun pula ialah Sepanyol dengan kawasan Andalusia antara yang paling luas ladangnya. Rekod terbesar ialah ladang di utara Arab Saudi.
Di rantau sebelah sini, Malaysia terutamanya, rekod penggunaan minyak zaitun saya percaya masih rendah. Kalau adapun ia banyak dipakai untuk kegunaan luaran sahaja seperti minyak rambut atau memasak. Tetapi untuk minum?
Rekod kegunaan minyak zaitun ada sejak kurun ke 8 sebelum Masehi. Minyak zaitun pernah disebut kebaikannya oleh ahli falsafah kuno seperti Aristotle.
Bahkan dalam kitab suci Al Quran sendiri perkataan zaitun disebut sebanyak 6 kali. Antara yang paling masyhur ialah bila buah tin (fig) dan zaitun (olive) disebut seganding dalam surah at tin di mana tuhan bersumpah demi buah tin dan demi buah zaitun!
Ada beberapa ayat lain perkataan zaitun disebut, seperti
Al An'am ayat ke 99 dan 141.
An Nahl ayat ke 11.
An Nur ayat ke 35.
Abasa ayat ke 29.
At Tin ayat 1.
Junjungan Nabi SAW sendiri dalam hadis riwayat Tarmizi pernah memesan umatnya tentang penggunaan buah zaitun.
Ada seorang pekerja tempat saya yang terkenal dengan kuat. Dia mampu buat banyak kerja berat tanpa penat seperti orang lain. Bila ditanya rahsia dia ialah dia selalu mengamalkan minum minyak zaitun. Anda mungkin skeptik tapi sabar, teruskan membaca.
Ramai pakar kesihatan selalu menyarankan agar amalkan minum minyak zaitun untuk kebaikan kepada kesihatan. Begitu terkenalnya minyak zaitun ini sehinggakan di Itali ia adalah perusahaan ekslusif yang sering terkait dengan kartel mafia.
Anda boleh saja mengkaji sendiri kebaikan minyak zaitun kerana banyak kajian telah dibuat dan dibukukan termasuklah banyak kajian ilmiah dibentangkan di banyak laman web.
Kelebihan minyak zaitun menyebabkan ia umpama pedang bermata dua dengan banyak pengeluar cuba meraih untung berlipat ganda sehingga muncul pula pelbagai jenis tapisan minyak yang bercampur atau kadar ke "virgin" nya mula dipertikai.
Cara paling mudah untuk anda selamat dari tertipu ialah beli dari jenama yang di percayai sahaja.
Berikut adalah senarai kebaikan minyak zaitun yang telah dikaji oleh manusia setakat ini. Point di bawah ini adalah dakwaan saintis hasil kajian klinikal dengan data yang dikumpul selama bertahun tahun.
Sedozen kebaikan Minyak zaitun:
1. Kaya dengan lemak "baik" iaitu HDL (high density lipoprotein). Secara asasnya ada dua jenis lemak dalam darah manusia. Iaitu HDL (baik) dan LDL (jahat). Bila HDL tinggi maka lemak "jahat" LDL akan kurang. LDL yang banyak pula boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit. Jika anda mempunyai lemak jahat yang tinggi, doktor akan menasihatkan supaya anda kurangkan LDL. Anda biasanya akan diberikan ubat statins.
2. Kaya dengan anti oksida. Fungsi antioksida ialah melambatkan kerosakan pada sel dan DNA. Di dalam minyak zaitun terdapat bahan mikronutrisi yang di panggil polyphenol. Polyphenol ini lah yang kaya dengan anti oksida. Dengan itu, sel akan lambat rosak. Jadi tak hairanlah yang rajin amalkan minyak zaitun akan kelihatan awet muda.
3. Mencegah keradangan. Kandungan oleocanthal dalam minyak zaitun dikatakan bertindak sama seperti bahan kimia dadah ibuprofen. Dadah ibuprofen adalah bahan rawatan mencegah radang.
4. Mampu menghalang stroke. Dakwaan ini telah di cetak (bukan claim mulut) dalam jurnal American Academy of Neurology pada edisi 15 June 2011. Kajian mereka mendapati dari sampel manusia berumur lebih 65 tahun dari 3 bandar utama Perancis seramai 7 ribu orang lebih, yang kerap mengambil minyak zaitun berjaya mengelak serangan stroke sehingga kadar 41%. Dalam akedemi ini ada sekitar 24 000 ahli neurologi professional.
5. Mampu mencegah sakit jantung. FDA, food and drug administration USA, sebuah badan penyelia makanan antarabangsa telah memberi izin kepada pengeluar minyak zaitun bagi meletak kenyataan bahawa minyak zaitun mampu mencegah serangan koronari jantung. Ini berkait dengan fakta no 1.
6. Memberi bentuk badan "ideal". Sifat lemak "baik" buah zaitun memberi sokongan kepada kenyataan ini. Nilai kalori dalam buah zaitun adalah rendah, iaitu 1-1.5 (densiti kalori)
7. Mampu mencegah nyanyuk (Alzhemier). Minyak zaitun mampu mengurangkan "plak" yang menjadi punca kerosakan sel otak manusia.
8. Mampu mencegah diabetes dengan mengembalikan fungsi asal sel badan. Pengambilan minyak zaitun membantu merendahkan kadar glucose dan trigliserid (sejenis sel lemak). Ini membuatkan ia mampu mencegah diabetes. Malahan, ada doktor menggunakan minyak zaitun kepekatan tinggi untuk cuba menyembuhkan luka kronik diabetis.
9. Mempunyai sifat anti kanser. Minyak zaitun mampu mengawal tahap kerosakan sel dalam badan yang berpunca dari sel radikal bebas. Jurnal oleh plos one (badan yang menerbitkan kajian saintifik) menceritakan minyak zaitun mampu membunuh sel kanser tanpa menjejaskan sel normal.
10. Mampu mencegah sakit sendi. Dalam kajian yang telah dibuat, minyak zaitun mampu memperbaiki dan menguat sistem cengkaman, sendi dan mengatasi lenguh2 badan. Sumber : 2015 journal of nutritional biochemistry.
11. Mempunyai sifat anti bakteria. Dalam usus manusia ada banyak sekali bakteria merbahaya. Selepas pengambilan minyak zaitun di dapati bakteria tersebut menjadi terkawal. Dakwaan ini terdapat dalam jurnal ncbi (national centre for biotechnology information) sebuah badan kerajaan.
12. Mampu menstabilkan emosi dan mencegah hipertension. Dakwaan ini terdapat dalam jurnal hindawi.com, sebuah badan kajian yang mementingkan kajian berdasarkan fakta.
Berdasarkan fakta di atas, tak pelik maka ada pakar dari negara barat sampai mendakwa bahawa minyak terbaik dan tersihat bagi manusia yang ada di bumi ialah minyak zaitun!
Nota: minyak kelapa dara juga sangat baik dan hampir setanding dengan minyak zaitun. Minyak lain yang baik ialah minyak avocado dan minyak biji bunga matahari.
Mungkin anda masih sangsi dengan dakwaan dari saintis ini. Namun perhatikan sendiri dalam kitab suci Al Quran bila tuhan mendakwa bahawa manusia adalah ciptaan terbaik tuhan.
Dalam surah at tin, tuhan bersumpah demi buah tin dan demi buah zaitun sebelum mengisytiharkan bahawa manusia ialah ciptaan terbaik yang telah dicipta oleh tuhan.
Bukankah banyak lagi buah atau binatang binatang hebat. Ada lagi ciptaan lain yang tak kurang hebat seperti bulan, bintang atau langit, laut dan gunung ganang?
Tapi tuhan bersumpah demi buah zaitun? Bukan sekali nama zaitun di sebut dalam Al Quran, tetapi dalam banyak situasi menerangkan betapa signifikannya buah zaitun.
Saya bukanlah pakar al quran tetapi di sini nampak seperti ada sesuatu di sebalik buah zaitun sehingga tuhan bersumpah demi dua buah ini iaitu tin dan zaitun.
Jadi, apalah salahnya kita cuba amalkan minum minyak zaitun. Cari yang "extra virgin". Maksud extra virgin ialah minyak perahan asli tanpa campuran bahan lain seperti pengawet atau bahan tambahan lain.
Saya percaya ada lagi rahsia minyak zaitun yang belum kita ketahui. Pada hemat saya, jika anda sedang berusaha memperbaik kesihatan anda tetapi tidak mengambil minyak zaitun, seperti ada sesuatu yang terlepas pandang di situ.
Disclaimer : Segala catatan ini adalah berdasarkan bukti dan fakta dari internet. Kesan sebenar kepada individu mungkin berbeza beza mengikut tubuh badan dan reaksi alergik masing masing.