Orang yang belum biasa atau belum pernah menyimpan emas, biasanya akan merasa takut untuk menyimpan emas.
Soalan yang sering saya terima ialah kalau hilang bagaimana? Ya itu adalah satu tanda yang bagus, sebenarnya.
Ia bermaksud naluri manusia memang suka kepada emas dan terlalu sayangkan emas. Begitu risaunya dia akan emasnya hilang sehinggakan yang belum simpan pun sudah takut ia akan hilang.
Sebenarnya tidak perlu takut begitu. Maksud saya, tak perlu takut sampai tak mahu langsung simpan emas. Tahukah anda apa yang lebih menakutkan?
Duit kertas juga lebih mudah hilang walaupun di simpan di bank. Ya, bukan hilang secara fizikal tetapi hilang kuasa belinya. Nombornya sama tapi kuasa belinya sudah tidak sama. Hilang ini lebih sakit kerana ia berlaku secara senyap-senyap dan terhormat.
Kita akui, risiko kehilangan emas memang ada. Tetapi tak perlu terlampau risau. Itu kan adat orang punya harta. Kenalah pandai jaga. Ada banyak cara untuk menjaga emas agar tidak hilang. Itu topik yang lain pula ya.
Jom simpan emas dengan cara membuka akaun GAP bersama Public Gold.
KLIK SINI UNTUK DAFTAR
Anda akan dimasukkan dalam support group dan akan ada panduan berterusan. Tiada komitment belian setiap bulan.