ILMU YANG KEBIASAANNYA TIDAK AKAN DIAJAR DI KEDAI BARANG KEMAS DAN SEKOLAH.
Spread (selalu diistilahkan sbg "susut nilai") ialah perbezaan harga beli dan harga jual.
Bila nak jual balik barang kemas, kedai emas akan tolak 25%-35% dari harga semasa.
Sebab tu jika nak beli emas untuk simpanan jangka panjang ataupun untuk pelaburan dengan jangkaan untung pada masa hadapan, goldbar/dinar adalah yang terbaik.
Jika beli untuk tujuan perhiasan pula, baru beli barang kemas.
Bukanlah bermaksud beli barang kemas tak untung, cumanya kadar nak capai untung itu biasanya tak sepantas untung beli jongkong emas kerana nak capai untung itu perlukan kadar kenaikan yang lebih dari spread.
Bagi jongkong emas pula, spread akan semakin kecil bila jongkong itu semakin berat. Maksudnya kalau sekilo, emas naik lebih 6% je dah boleh kira untung.
Berikut ialah nilai spread emas Public Gold. Harap post ini memberi manfaat. 😊
#jomsimpanemas
👇