Layan lagi Game MSA rating 1100. Kalah 2 kali menang sekali. Peringkat kumpulan. Layak dengan asbab dapat no 3 dari 4 orang. Tak sangka pulak lepas grup sebab game last tu aku dah hampir nak give up dah.
Tengahari ke market PJ state makan dan kemudian lepak di Masjid sultan Abdul Aziz seksyen 3, PJ. Masih gah dan besar masjid ni.
Mengimbau kenangan lama betul la lepak PJ State ni sebab aku belajar kat IKM PJ pada tahun 2000. Pasar PJ State ni dulu antara port makan kami. Menapak dari PJ old town.
Kalau anda duduk sekitar PJ dan nak main ping pong boleh la ke MSA di taman Sri Manja. Selain main ping pong korang juga boleh beli pelbagai barangan ping pong kat situ. Jenama utama mereka ialah GEWO.