Sabtu, Mac 04, 2023

batuk teruk tahap gaban


Aku tak pasti, punca silap makan atau apa. Batuk yang teramat perit dan siksa. 
Hampir tak mampu aku menahan siksa ini. Batuk tahap gaban. Sakit yang amat. Macam nak tercabut anak tekak. Nafas tersekat. Bahaya beb sesak nafas ni. 

Plan semua tak jadi. Nak bawa badan pun tak larat. Kerja apatah lagi. Plan nak buat Dash, atau setidaknya kayuh Lala. Semua tak kesampaian. Semua tak buat. 

Terbungkang saja lah kat rumah sorang sorang. Cuba cari ubat batuk cap ibu dan anak, dekat speedmart. 

Malangnya ubat batuk Cap ibu dan anak tak ada. Ada yang jenama kelapa laut afrika. Dah terdesak ni aku beli juga, tak kisahla, janji ubat batuk.

Anak isteri tak ada kat rumah, mereka pergi ke rumah hutan bonda. Aku tak larat nak buat apa.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.