Tinggal satu hari lagi sebelum balik ke Kajang. Hari ni plan selesaikan urusan anak ku Irfan.
Buat kad bsn untuk dia di BSN Wakaf Bharu.
Ma suruh beli daging museng 2kg dan beras cap tembikai.
Mula mula kami ke pejabat MARA Tumpat di Chabang Empat. Kat sini try dulu survey daging, ada satu gerai saja di Pasar Chabang Empat.
Kemudian ke Wakaf Bharu.
Nak beli daging museng sini pun dah habis, katanya pukul 8 dah habis. Dapat daging peha saja. RM 34 sekilo. Beli lebih sikit RM 38. Sini ada beberapa gerai, kiranya banyak sikit pilihan, di Pasar Wakaf Bharu berbanding pasar Chabang Empat.
Lepas zuhur pergi sekolah dia pulak.
MRSM Tumpat.
Lepas tu nak cari barang sekolah di SJ Store Berangan. Kedai ni ok, cuma sempit la sikit. Kalau emergency nak baju sekolah, ok je.
Lepas tu nak pergi ke Kok Majid, singgah dulu di Kg Laut. Solat asar di masjid Kg Laut. Beli waffle lama nau. Hu hu.