Ahad, Mac 26, 2023

sikit lagi affiliate nak keluar


Hari ke 4 puasa. 

Lepas subuh, macam biasa aku akan duduk kat kerusi, konon konon nak berehat, tapi terlelap juga akhirnya. Begitulah aku setiap kali Ramadhan. Perangai (tabiat) tak berubah. Suka layan mata lepas waktu subuh. 

Bangun dalam 930 am aku ke pasar Kajang, beli lauk untuk berbuka. Ayam kampung rm19 seekor. Bi mengamuk sebab katanya ayam kampung susah nak masak. Dulu harga ayam kampung ni rm14 seekor. Sayur terung dengan lobak merah saja, rm10. 

Begitulah.
Lepas beli lauk aku keluar melala buat Lala Move sampai ke petang. Semua pergi sampai bukit semua di Sungai Merab. Ada eifil tower rupanya. 

Di Bangi orang dah ramai mula mencari baju raya. Kereta banyak dan jem teruk di kawasan Kedai baju melayu, baju kurung valet bulan bintang

Sebelum balik aku beli air teh ais untuk Firas. Ya besar dan banyak. Harga rm7. Aku dah tak nak, brader tu kata ambik la rm5 dia bagi diskaun. Brader sorang lagi beri aku bubur lambuk, free. Tapi bubur lambuk dia tak boleh Lawan gmi punya bubur lambuk. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.