Aku agak kepenatan. Semalam semput... Aku cuba Neb sekali saja, biasanya dua kali.
Gerimis pagi ni nak gi kerja. Cuba jump rope tapi gagal sikit lagi last 10. Kurang fokus.
Esok cuti sehari dah apply.
Apply cuti raya pulak sampai Mei. Tak sabar nak raya ke tu. Sabar ya, terutama yang balik Kelantan.
Baki cuti 16.5
Abag Naz tolong ambilkan bubur lambuk. Hari ni bubur lambuk staff yang buat. Tengku datang nak download slip gaji sebab nak beli kereta katanya.
Balik kerja aku ke terus Bazar Kampung Sungai Tangkas. Arizal tegur, aku pulak blur, siap dia buka visor helmet baru aku sedar. Maklum lah puasa kan, malas aku nak toleh toleh.
Beli lauk kari kambing dan ayam goreng je. Rm 24. Beli air teh ais cincau rm5.
Lepas hantar lauk ke rumah aku keluar semula melala satu job saja. Hantar US Pizza ke Kajang atas Giant sana. Jalan jem teruk, dan ada polis jaga. Klip berfungsi baik.
Pukul 11 mata dah surender.