Sabtu, Mei 06, 2023

Telok Panglima Garang

Kenduri sahabat lama kilang Amkor, Puan Zimah yang dapat menantu.

Aku dah lama tak turun ke Telok Panglima Garang. Mesti ramai orang Amkor. Aku nampak dan jumpa antaranya Jiji, Roslini, Beha, Mazmin, Adnan dan Awe. Sayang tak sempat nak bergambar dengan mereka, terutama sekali Jiji. 

Sahabat lama lagi sorang, Lias telefon nak buka akaun GAP. Alhamdulillah berjaya di uruskan. 

Terima kasih dan tahniah kepada kawanku, Puan Zimah.

Lepas kenduri pergi ke Aeon Bukit Tinggi, Klang. Layan cerita Guardians of Galaxy Vol3. 

Ingat nak singgah rumah Herman tapi dia kerja la pulak. 

Balik dari Telok terus ke Semenyih pulak, rumah terbuka cikgu Raffi. Ramai kawan Cikgu Raffi, sampai jauh di Sungai Buloh pun hadir juga. Laman tepi rumah cikgu Raffi siap ada mini golf course.
Penat seharian beraya. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.