Aku dah siap beri nama dalam grup Safa, tapi bila tengok balik calendar rupanya tarikh game dekat sangat dengan majlis kahwin adik aku. So tak boleh la. Terpaksa padam balik nama aku.
Hari ni merupakan hari pertama secara official di department yang baru.
Ke masjid solat jumaat duduk sebelah cik Zul. Tak semangat nak duduk depan macam selalu.
Lepas jumaat tak makan, tak lalu agaknya. Sedikit lapar. Tapi petang tiba2 ada rezeki Zul tech ajak makan mee goreng.
Balik rumah nak makan pau pun tak lalu sangat sebab dah kenyang.
Teringin nak beli macam2 tapi tengah bulan, gaji lagi seminggu lebih.
Isnin depan ada meeting dengan department.
Bertabahla ya.