Ahad, September 22, 2013

Ahad yang suram


Aku baru balik kerja malam. Dalam pukul 10 pagi abah call aku melalui hand set dia. Tak pernah abah call aku guna hand set. Ini kali pertama dalam sejarah. Malah no abah tak ada pun dalam senarai contact hand set aku. Tapi bila abah bersuara aku terus je tahu yang ini abah call. Kalau tak ada urusan mustahak yang melibatkan hidup mati abah tak akan call. Malah sebelum ni kami jarang bercakap sangat. Memang begitu. Kami berhubung melalui kaedah lain.

Abah beritahu yang mok (nenek) dah tak kaba (koma). Aku angguk faham. Aku tak punya daya nak cakap benda ni kat Linda isteriku. Aku hanya diam bila Linda tanya apa hal. Tapi Linda tahu juga bila abah call Nadiah (adikku) yang kebetulan ada di rumahku.

Tak lama lepas tu Ma Linda telefon beritahu yang mok sudah meninggal dunia.

Dalam keadaan otakku yang kosong aku call Jiji (adikku) dan suruh dia datang ambil aku untuk balik kampung bersama-sama. Dalam pukul 2.30 petang kami bertolak. Hampir jam 10 malam kami sampai rumah mok. Orang kampung baru je habis tahlil. Mok dah selamat disemadikan di kubur.

Kali terakhir aku jumpa (arwah) Mok ialah semasa aku balik cuti Merdeka. Masa tu masih lagi hujung Aidilfitri. Aku tak balik semasa Hari Raya. Mok ucap Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dengan begitu serius sekali walaupun dia uzur. Mok tanya aku : "Long bila nak kelik kelate? Mok ni dah nak mati dah.." Dengan selamba aku jawab "5 tahun lagi mok".

Pagi Isnin aku pergi ke kubur mok yang masih kemerahan tanahnya. Mok disemadikan dekat dengan kubur arwah Ayoh Chik yang pergi pada 13/12/12. Aku menangis...    

Khamis, September 05, 2013

Dunia makin kelam


Ya harga minyak sudah naik 20 lagi. Dunia makin kelam. Hidup makin celaru. Kebenaran bercampur aduk dengan kebatilan.

Susah nak percaya mana satu yang betul. Mana satu yang fitnah. Macam-macam orang tulis. Ada yang ikhlas ada yang kerana duit. Duit punca manusia rosak. Gula punca gigi rosak.

Kita dah terlalu lama ditipu. Terlalu banyak makan aspartame, minum air florida. Tak hairanlah otak kita rosak. Kita terus hidup macam orang bingung.

Apa itu aspartam?

Aspartam ialah gula tiruan yang dibuat oleh syarikat dari USA. Aspartam adalah 200 kali lebih manis dari gula biasa. Maknanya 200 kali ganda lebih untung. Aspartam banyak terdapat dalam Pepsi dan Coke versi diet atau light. Aspartam juga terdapat dalam sesetengah chewing gum.

Apa bahan aspartam? Salah satu bahan dalam aspartam ialah cuka kayu atau nama standardnya metanol. Di tempat kerja saya metanol adalah bahan peluntur terbaik untuk mesin, besi dan apa sahaja logam. Gam lama yang degil bila sapu sahaja denagn metanol terus selesai masalah. Ia dilabel sebagai hazardous chemical dengan berlabel tengkorak dan juga amaran sangat mudah terbakar.

Walaupun begitu sekali, FDA iaitu Food and Drug Administration telah memberikan kelulusan pada aspartam. Kenapa ya?

Pada mulanya memang mereka mengharamkan aspartam ini. Tetapi CEO syarikat yang memegang patent aspartam ini iaitu Donald Rumsfeld telah campur tangan dengan meletakkan kroninya di FDA dan menggunakan kaedah under table untuk memastikan aspartam ini diluluskan.

Donald Rumsfeld hasilnya juga mendapat bayaran yang banyak dari syarikatnya. Beliau semasa dilantik menjadi setiausaha Pentagon selepas itu sebenarnya sudah terlalu kaya. Beliau dan Bush adalah watak utama dalam perang Teluk di Iraq yang telah menjatuhkan Saddam dan membunuh umat Islam.    

Saya sendiri adalah pengguna tegar aspartam melalui chewing gum strawberry yang sangat saya suka. Ia ternyata membersihkan mulut dan sisa makanan mudah keluar apabila mengunyah gula-gula getah tersebut. Sehinggalah saya mendapat batuk-batuk kronik pada waktu pagi yang sukar sembuh.

Saya yang sepanjang remaja sihat tiba-tiba pula mendapat asma sehingga terpakasa memakai inhaler bila keadaan terlampau teruk. Ada masanya saya mendapat migrain yang agak parah. Ini agak menghairankan saya kerana saya adalah sihat dan selalu mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat.

Selepas saya mendapat maklumat perihal aspartam maka saya mula berhenti dan kini keadaan saya agak stabil semula.

Jika anda membeli barang dari kedai, bacalah dulu labelnya. Jangan main tibai sahaja.

Ya Allah ampunkan aku.

Sabtu, Ogos 31, 2013

Pra amalgam


Gambar semasa di klinik Sungai Chua Kajang semasa aku bakal menampal gigi dengan amalgam. 





Cantik jugak cincin aku kan?

Ahad, Ogos 25, 2013

Masa

Masa begitu pantas berlalu. Meninggalkan kita terkapai-kapai.
Sudah penghujung bulan Ogos. Syukurlah Syawal masih ada. Aku pun masih terkapai-kapai dalam mencari hala tuju.

Sabtu, Ogos 17, 2013

Sesat di Shah Alam


Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. Shah Alam ialah sebuah bandar yang sederhana sahaja pada pandanganku. Agak susah untuk sesat di Shah Alam. Tapi... 

Ya, semalam aku sesat di Shah Alam. Motifnya senang saja. Dari Alam Sentral aku mahu ke Proton Shah Alam. Dari situ terus balik ke Kajang. Tapi aku sesat. Punyalah susah nak cari Proton Shah Alam.

Sebenarnya dah nyaris-nyaris jumpa pun sebab dah sampai Giant Bukit Kemuning, tapi aku tak dapat naik highway KESAS. Kenapa aku begitu kelam-kabut, mungkin sebab malam aku jadi gabra. Last-last aku turun Klang dan dari Klang baru aku naik semula KESAS.

Choi!- lain kali cari la seksyen 22 Shah Alam. Jumpa lagi ya Shah Alam, InsyaAllah 14 September ni seksyen u12 pulak.

Selasa, Ogos 13, 2013

Apa mimpi anda?


Semua orang ada impian. Semua orang ada mimpi. Saya tahu apa impian anda. Saya tahu apa mimpi anda. Kita semua sedang bermimpi satu mimpi yang sama. Kerana mimpi inilah sistem ekonomi kita berputar licik tak henti-henti. Anda bermimpi mahu jadi kaya bukan? Mahu punya banyak wang. Mimpi kita sama.

Duit. Duit adalah satu mimpi yang palsu. Duit hanyalah kertas bercetak yang tak punya apa-apa nilai kecuali apa yang diabsahkan oleh Bank Negara Malaysia. Namun duit tetap menjadi kebenaran kerana semua orang memiliki mimpi yang sama. Semua orang bermimpi mahu memiliki duit. Tak kira ustaz, ahli akedemik, ahli tahfiz dan lebih-lebih lagi penjual insuran dan MLM seperti Amway, Cosway, CNI dan seumpamanya. 

Kita sering keluh kesah kerana tak cukup duit. Harga barang pula semakin mahal. Siapa yang salah bila harga barang naik? Ada orang kata BN yang salah. Apa yang sebenarnya berlaku? Bukan harga barang naik. Barang dulu dan barang kini semuanya sama.

Apa yang lain? 

Nilai duit yang jatuh. Dulu (zaman mahathir jadi PM) RM10 boleh isi minyak kereta dapat 1 bar lagi. Kini isi RM20 pun masih menangis aku tengok bar minyak kereta aku yang ciput. Siapa yang salah? 

Yang bersalah ialah orang2 yang makan riba dengan bank. Yang mengambil pinjaman duit dengan bank. Merekalah punca ekonomi rosak. Merekalah yang menjatuhkan nilai duit. Merekalah yang membuat bank mendapat duit bak kertas jatuh dari atas langit. Bila duit banyak nilainya jatuh. Dulu 50 sen banyak juga benda boleh beli. Tapi kini 50 sen dah jatuh nilai ibarat sekadar 10 sen atau mungkin 5 sen saja gayanya. Sedih.

Duit semakin susut nilai dari sehari ke sehari. Dulu note RM100 sekeping susah nak jumpa atau hampir tak ada. Tapi kini dah ada dan jadi biasa. Apa maksudnya? maksudnya RM50 dah jadi terlalu biasa dan kecil sangat. RM50 kalau masuk kedai Pizza hut belum tentu lepas. Tambah lagi dengan cukai servis dan cukai kerajaan. 

Terima sajalah. 

Isnin, Ogos 12, 2013

Isnin yang sedih bagi orang bekerja

Isnin datang lagi membawa seribu cerita. Ini isnin selepas sahaja beraya Aidilfitri 1434. Pasti sangat mengujakan kerana ia adalah isnin pertama selepas cuti raya. Pastinya mood beraya masih hangat. Pastinya semua orang sangat malas mahu kerja. Aku pun malas juga tapi aku ada sedikit aktiviti seronok di tempat kerja iaitu main ping pong. Jadi aku masih punya sedikit harapan untuk gembira walaupun aku mempunyai amalgam dalam gigiku.

Hari pertama bekerja nampaknya blur saja. Aina dan Zamri pun belum start kerja. Plan nak main ping pong tak jadi sebab aku flat tak sedarkan diri hampir sejam lebih.  


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.