Sabtu, Januari 10, 2015

Cara menaikkan rangking blog


Semua blogger mahu blog mereka  berada pada rangking yang tinggi. Semakin tinggi rangking blog anda, semakin  cerahlah  harapan untuk  anda mendapat  hits yang tinggi seterusnya anda bakal mendapat  janaan  pendapatan yang tinggi  sama ada melalui Nuffnang ataupun melalui jualan produk-produk  lain  yang hangat di  pasaran internet.

Jadi bagaimana mahu mendapat rangking blog yang tinggi.

Anda haruslah berblog secara konsisten dan istiqomah. Posting artikel pula wajiblah yang berkualiti tinggi, konsisten dan dalam  jumlah perkataan standard sebuah artikel yang baik dengan bilangan perkataan yang munasabah seumpama sekitar 1000 patah perkataan dengan selingan gambar berkualiti tinggi  dari  kamera DLSR Canon (contoh).

Kemudian itu, anda harus memiliki niche yang jelas dan kuat. Apa pulak binatang niche tu? Ok niche tu secara mudah ialah skop penulisan anda. Ada niche besar dan  ada yang kecil. Terpulang  pada anda.

Contoh niche ialah seperti  ada yang memilih niche bidang masak-memasak. Jadi blog tu fokus pasal niche itu sahaja dalam semua posting dia cerita bab masak memasak lah. Dia tak akan buat cerita pasal modifi kereta atau pasal Siti Nurhaliza kerana itu diluar niche masak memasak.

Kalau contohnya ada mamat ni minat ping-pong, jadi dia memilih niche ping-pong dan terus fokus pada niche itu. Pasal badminton dia tak ambik peduli. Dia mungkin memilih niche yang sedikit besar seperti sukan indoor, maka bolehlah campur badminton dengan ping-pong.

paultan.org ialah contoh blog degan niche yang kuat. Niche yang dia pilih ialah kereta. Blog ni cerita pasal kereta sahaja. Inilah antara blog kereta termasyhur di Malaysia. Orang respek blog ni sebab sifatnya yag ekslusif mejadika ia sebagai bahan rujukan bila orang mahu research cari topik bab kereta.

Makin kecil niche yang anda pilih makin anda berpeluang untuk memiliki kuasa authoriti atau bidang kepakaran yang membuat orang merasa kagum dengan anda, maka mereka anggap anda pakar atau specialist. Ada macam-macam niche yang anda boleh fikir, yang anda rasa kurang saingan atau anda memang minat gila dengan niche itu. Mungkin anda mahu cerita pasal cili. Ada macam-macam cili, besar kecil, merah, hijau dan seumpamanya.

Selain niche, backlink  juga penting. Apa pulak backlink tu?

Backlink ni senang je. Contoh la kamu minat gila sama Aaron aziz dan Aaron aziz ada blog (contoh), kamu pun letak dalam senarai blog yang kamu minat kat blog list kamu, seumpama, -blog yang aku minat  gila babi. No 1 Aaron aziz dot com No2 bla bla bla dan seterusnya.

Kat situ blog Aaron aziz  sudah ada satu backlink. Maka blog Aaron aziz akan berada pada rangking yang lebih dari blog kamu pada pandangan encik Google. Kalau ada 10 orang macam kamu, maka 10 backlink untuk  blog Aaron aziz dan teramat payah nak potong rangking blog Aaron Aziz. Itulah dia backlink.

Selain faktor di atas, ada beberapa faktor  lain seperti media sosial punya  backlink, platform yang anda pilih serta domain anda. Menatang  apa pulak domain ni aduh.

Domain ialah alamat blog anda contoh la nama anda Awie, maka domain anda awie.com pastilah lebih dipercayai berbanding awie.blogspot.com  Itu boleh mempengaruhi rangking.

Rangking bagi blog teramatlah penting. Contohla kamu bila search google kamu taip "beli spender online" maka ada 10 keputusan yang  keluar pada muka surat 1. Kamu pasti pilih yang kat atas dan kamu pastinya malas nak pergi  ke muka dua, tempat set-set rangking rendah. Jadi yang berangking rendah pastinya bermasalah nak  jual spender secara online. Itulah pentingnya rangking  yang tinggi.

Cara terakhir dan cara paling keji atau jahat. Guna google adword. Dengan kata lain guna kuasa duit untuk upah Google (melalui Google adwords) agar siarkan lama blog anda pada rangking tertinggi.

Apakah sebenarnya google adword? Maksud google adwords ialah anda bayar kat Google supaya memberikan rangking nombor satu untuk perkataan keywords yang tertentu.

Contoh ialah syarikat  sony. Sony pastinya mahu keywords sony ialah milik ekslusif syarikat sony. Bila anda google perkataan "sony" pastilah syarikat sony mahu berada di no 1. Sony bayar pada google agar perkara ini sentiasa begitu. Syarikat sony tak mahu google beri no1 untuk orang yang kebetulan nama dia Sony sedangkan dia tak ada kaitan dengan syarikat Sony.

Rabu, Januari 07, 2015

Jalan-jalan MAHA 2014


MAHA 2014 yang mendapat sambutan hangat.

Inilah antara gambar gambar kenangan semasa kami ke pameran MAHA 2014. Sebelum ni acara MAHA ni dah beberapa kali diadakan tapi kami tak berkesempatan untuk pergi. Untuk MAHA 2014 ni Alhamdulillah diberikan kelapangan hinggakan kami pergi sampai 3 kali.

berehat selepas tengok ikan

di tepi tasik

Firas yang bergaya
Maklumlah jarak rumah dari Kajang ke tempat MAHA diadakan tu taklah jauh sangat. MAHA ni dibuat dekat MAEPS di tepi highway Utama Hospital Serdang hala ke Putrajaya.

MAHA 2014 ni bagi aku sangat besar dan berjaya. Bayangkanlah aku yang pergi sampai 3 kali pun tak cover semua tempat. Inikan pulak yang pergi sehari. Kalau hari Ahad memang orangnya tersangatlah ramai.

Sesiapa yang nak pergi lagi ke acara MAHA terpaksa la tunggu hingga 2016 baru ia akan di adakan semula. MAHA ni antara ekspo yang terbesar di Malaysia. Bayangkanlah betapa besar ekspo ini hingga pelawat terpaksa menaiki bas percuma yang disediakan untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.

Untuk MAHA 2014 ni ada dua pintu masuk utama yang dipanggil pintu 1 dan pintu 2. Kereta boleh parking di mana-mana pintu dengan bayaran cas rm5 sekali masuk. Untuk MAHA 2016 harap kadar cas parking ini tidak berubah, maklumlah kadar rm5 ni pun kira agak tinggi bagi orang biasa.

Di depan rumah kelantan
Sesiapa yang bertuah dapat buka gerai di MAHA ni memang senyum lebar. Tak menang tangan melayan pelanggan yang bertali arus membeli macam dah tak ada hari esok.
di kaki bukit Dewan Utama

Ahad, Januari 04, 2015

Di sebalik realiti



Pantas sungguh masa berlalu. Kini sudah 4 hari lewat 2015. 2014 kita tinggalkan dengan seribu cerita suka duka.

Pantai timur masih berduka dek banjir besar luar biasa hingga musnah segala. Ahli politik pula bersaing merebut keabsahan sebagai pembantu rakyat di kala derita.

Ada pelbagai teori dilemparkan. Dari tuhan hingga ke tauke balak, semua cerita ada digarap. Harga barang naik hingga nasi sepinggan pun hampir cecah rm30.

Tapi ramai sukarelawan yang hati budiman sanggup bersusah payah membantu tanpa minta balas. Nilai kemanusiaan benar teruji.

Tapi apa yang berlaku adakah akan mengubah cara mereka?

Cara mereka gondolkan hutan?
Cara mereka cari duit?
Cara mereka sembang juta-Juta?
Cara senang nak buat duit.

Habis hutan digondol. Bukit ditarah. Demi balak nan sebatang. Demi sektor yang tiada tandingan. Kerana itu sahaja cara jana ekonomi negeri Kelantan?

Kelantan oh Kelantan.

Orang Kelantan paling hebat di Shah Alam, Damansara, Putrajaya dan Bangsar. Tapi bagaimana nasib anak negeri Kelantan?

Semua keluar cari kerja. Yang tinggal hanya tauke balak, tersenyum sebab tiada siapa yang betah.

Kelantan perlu berubah.

Jumaat, Januari 02, 2015

Internet broadband paling murah


Anda ingin mencari internet broadband paling  murah? Anda harus faham bahawa syarikat pembekal internet berniaga demi keuntungan bukan kerana mahu berjasa kepada anda! 

Jadi anda kenalah teliti dengan tawaran  mereka. Anda perlu bijak membuat perkiraan. Apakah internet broadband paling murah? Membeli kuota yang lebih besar secara pukal sebenarnya lebih murah untuk jangka panjang. 

Jika anda adalah pengguna internet broadband yang tegar, membeli pakej data broadband tanpa had adalah satu perkara yang perlu. Bergantung pada kemampuan anda, carilah senarai pembekal ISP yang ada di Malaysia.

Mari kita buat perbandingan melalui satu perkiraan mudah.

U mobile broadband (prepaid) memberi anda kuota 20 Gigabyte pada harga RM128 (sebulan). Jika anda bahagi maka RM128 bahagi 20 Giga maka cas 1 Giga untuk u mobile prepaid ialah Rm 6.40 untuk setiap Gigabyte. Saya kira ini agak berbaloi.

Tahukah anda 

cas 1   Gigabyte data bagi maxis ialah rm 30.
cas 0.8 Gigabyte data bagi Celcom ialah rm 28. 
cas 1 Gigabyte data bagi Digi ialah rm 25.
cas 1 Gigabyte data bago U mobile 6.40 (yang dikira atas tadi)

Mungkin  juga bagi sesetengah orang 20 Gigabyte sebulan masih belum cukup. 

Saya sendiri guna U mobile yang memberi kuota 20 Gigabyte untuk Rm128. Bagi saya, 20 Gigabyte masih belum cukup dan biasanya belum sampai 30 hari saya  dah mencecah 20 Gigabyte, maklumlah anak banyak guna tengok Youtube.

Saya rasa  yang lebih baik ialah ambil  pakej unlimited data sama ada dari TM Streamyx atau juga P1 wimax. 

Saya masih mempertimbangkan.

Selasa, Disember 30, 2014

Motor Rkv200 keeway benelli dah rosak


Inilah motorku Rkv200 keluaran Benelli Keeway atau juga Keeway. Motor 200 cc ni aku guna untuk berulang-alik ke tempat kerjaku di Telok Panglima Garang sejauh 47km. 

Sekali pandang motor Keeway ni nampak bergaya jugak la, ala ala moto besar. Harga motor ni adalah RM7500 iaitu lebih murah dalam RM1000 berbanding motor Yamaha Fz yang cuma 150cc (tapi Yamaha FZ jauh lebih laju).


Aku mula ambil motor ni pada awal bulan December 2013 dari tangan member aku sendiri yang mulanya cerita motor ni boleh kejar superbike? 

Dari pengalaman aku sendiri, jangankan nak kejar superbike, nak potong motor LC pun tak de harapan langsung.

Lagi satu cerita, aku try la tanya member aku kat Kemaman apa pendapat dia tentang motor Keeway Benneli terutama model RKV200 yang aku nak ambik ni. Mulanya dia negatif. Lepas aku tunjuk gambo awek baju kuning tu kat dia, terus dia cakap OK beli. Ha hah lawak kan. 

Kini pada hujung December 2014 aku nak update kisahnya dan keadaannya.

Benelli ialah syarikat motor dari Itali yang telah menjual kepentingan syarikat kepada Keeway iaitu syarikat China. Walaupun tidak segah Ducati, tapi Benelli mampu membuat model yang tampak bergaya. 

Model Rkv ini ialah jenis CKD iaitu pemasangan dibuat di kilang tempatan di Bukit Beruntung. Dengan kebanyakan parts dari China, kilang di Bukit Beruntung berusaha membuat motor yang boleh diharap dalam jangka panjang.

Motor ni aku dah siap bayar cash yang mana balance terakhirnya nya  ialah RM1566. Motor ni member aku beli dari salah satu kedai motor yang tersohor di Puchong iaitu Chai Ken Motor

Geran masih atas nama member aku dan aku tidak teruja nak tukar nama. Kenapa? Kerana motor ni dah lama tersadai dan aku pun tak tahu nak buat apa. Semua kedai motor dari Kajang hingga Semenyih semuanya tak mampu repair dengan sempurna.

Masalah motor Keeway aku ni.

Aku ni bukan tahu apa  pasal motorsikal. Aku cerita setakat yang aku faham jelah.

Motor ni memang tegap binaannya. Aku berulang 47 km Alhamdulillah tak ada masalah sangat. Angin lintang dari lori boleh di hadapi. Hujan dan panas aku tempuhi. Tayar Pirelli memang lasak, cuma sekali ada bocor kecil dan nasib baik aku sempat tampal kat kedai di Telok.

Pernah sekali terbalik semasa aku cuba parking bawah teduhan kat RnR Air Hitam, dalam keadaan hujan, lantai basah dan licin. Masa aku nak naik ramp, tayar licin. Dengan badan aku yang kecik dan motor yang berat, aku hilang kawalan. Agak aku akan ada rosak teruk, tak sangka body dia tahan dan tak ada apa sangat melainkan calar kecil yang tak ada sesiapa perasan. Aku sendiri bernasib baik pakai helmet masa tu sebab belakang kepala terhantuk pada tiang. Nasib baik masa tu ada seorang brader tolong angkat motor.

Masalah bateri yang mudah rosak - sensitif sangat? Kalau aku balik kampung dan motor ni tak start dalam 4 hari, maka siaplah. Bateri akan lemah dan kemudian tak boleh start. Bawak kedai dan cas bateri. Masalah ni terjadi beberapa kali. Sangat rumit sebab tak ada penghidup tendang kaki. Kali terakhir bateri motor ni bermasalah aku lambat sikit bawak ke kedai untuk cas bateri, tak sangka bermula pula satu episod baru tahap kerosakan dia.

Sekarang motor ni karburretor dia dah rosok mengikut kata pomen. Karburretor rosak maknanya bahagian kebuk pembakaran bermasalah, akibatnya motor akan semput lalu mati bila ada pertukaran gear dari gear tinggi ke gear rendah. Makan plug. Motor ni pulak tak ada penghidup manual penendang kaki. Lepas repair kali terakhir motor ni langsung dah tak power dan tak boleh pergi jauh. Cuma 70 km sejam aje, itu pun dia mati lepas tukar gear rendah. Dulu masa dia ok kelajuan maksimum ada la dalam sekitar 130 km sejam. Takkan la setiap kali aku nak gerak kena tukar plug? Gila apa. Natijahnya motor ni tersadai macam tu saja.

Apa perlu buat.
Jika mahu servis motor Keeway ni kena bawak ke KL Batu 2 Jalan Ipoh tempat dia punya servis centre, dekat dengan IPD Sentul. Kalau pakai towing dari Kajang ada la cas RM150. Hari tu masa angkut ke Semenyih aku dah kopak Rm100.

Nilai motor Keeway. 
Aku ternampak ada mamat yang jual motor model ni dengan harga RM2000 dalam website Mudah. Dalam keadaan motor ku yang rosak ni ada ke orang nak? Aku  penat keluar masuk bengkel motor.

Nasihat saya.
Kalau anda bercadang nak cari motor kuasa sederhana, beli je lah Yamaha FZ habis cerita. Walaupun Fz cuma 150cc tapi dia jauh lebih laju dan jimat minyak, lagi dia punya enjin pakai injection. Kalau bateri kong pun masih boleh start pakai penendang kaki. Tambah Rm1000 pun tak apa kalau pakai puas hati. Jadikan kisahku sebagai iktibar buat kalian.

Update terkini: Motor dah dijual kepada seorang brader dari Johor dengan nilai RM 2700.

Iklan: korang tahu tak sekarang boleh beli motor online kat shopee. Siap hantar rumah. Klik bawah. Baca review. 

Sabtu, Disember 27, 2014

101 pengajaran dan iktibar dari peristiwa banjir besar pantai timur 2014


1.   Dugaan tuhan datang dari semasa ke semasa
2.   Kita adalah hamba tuhan yang lemah lagi kerdil
3.   Harta benda, dan anak-anak adalah ujian
4.   Kita masih kurang prihatin dengan alam
5.   Kita perlu bertegur sapa dengan jiran
6.   Kita perlu menjaga sungai dan alam sekitar
7.   Kita perlu menjaga kebersihan sungai
8.   Kita tak patut terlalu tamak menebang balak
9.   Hutan perlu di jaga sebaiknya
10. Bukit tak boleh ditarah sewenangnya
11. Generasi muda perlu dipupuk cintakan alam
12. Kerajaan tak patut boros
13. Dana kecemasan perlu ada
14. Bomba adalah tugas mulia
15. Kerajaan pusat dan negeri perlu sefahaman
16. Kita masih belum faham fenomena alam
17. Penduduk berdekatan sungai berisiko tinggi rumah musnah akibat banjir
18. Kita mudah leka sewaktu senang
19. Bencana tidak mengira pangkat atau status
20. Kita mudah menunding jari kepada orang lain
21. Kita suka membuang sampah merata-rata, ia hanyut ke sungai
22. Kita perlu bermuafakat
23. Kita perlukan pemimpin yang prihatin
24. Kita perlukan pemimpin yang cekap
25. Wang bukan segalanya dalam keadaan bencana, tapi kasih sayang dan kemanusiaan
26. Internet amat berguna menyebar maklumat tapi ada yang mengambil kesempatan
27. Kita patut belajar sedikit asas teknik berenang
28. Kita patut mendengar nasihat orang tua
29. Kita patut sentiasa menghubungi orang tua
30. Kita patut bermurah hati menderma semasa lapang
31. Kita perlu belajar teknik asas "survival"
32. Bumi kita semakin tua
33. Kita hanya musafir di muka bumi
34. Kita tak perlukan kereta yang mewah
35. Kita perlukan ramai orang yang alim dan muqarrabin (dekat dengan tuhan)
36. Kita perlukan ramai pemuda berhati mulia
37. Kita perlukan ramai pemudi bistari
38. Kita perlu akrab dengan ramai orang
39. Kita perlukan sahabat yang prihatin
40. Kita perlu memiliki sifat sabar
41. Kita perlu belajar dari sejarah
42. Kita perlukan teknologi sains yang mantap
43. Kita perlukan banyak helikopter, jentolak dan segala teknologi canggih
44. Kita perlukan tentera yang mantap
45. Kita perlu banyak berzikir dan beribadat
46. Kita perlukan NGO yang aktif
47. Kita perlukan badan swasta yang prihatin
48. Kita tak perlu berlagak pandai
49. Sampah sarap perlu diuruskan dengan lebih cekap
50. Sediakan payung sebelum hujan, sediakan perahu sebelum bah
51. Sudah banyak tanah padi bertukar menjadi perumahan
52. Sudah banyak petani dah tak jadi petani
53. Sudah banyak industri mengambil tempat pertanian
54. Sudah banyak sungai menjadi mati di lembah Klang terutamanya
55. Kita tak patut biarkan sungai mati
56. Anak-anak sekarang dah tak berani mandi sungai macam zaman dulu
57. Banyak industri mengambil sikap lepas tangan hal kebersihan sungai
58. Banyak benda tak sepatutnya dibuang ke sungai
59. Penguatkuasa alam sekitar tak serius dan banyak "tidur"
60. Kes rasuah balak masih banyak berleluasa
61. Kita tahu kenapa orang kaya suka buat rumah atas bukit
62. Kita tahu masih banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan
63. Apa yang kelihatan teguh tak semestinya kukuh
64. Air tenang jangan disangka tiada buaya, air deras jangan diredah sendirian
65. Harta benda boleh musnah dalam sekelip mata
66. Jangan terlalu diturutkan perasaan
67. Hidup ini bukannya mudah
68. Hidup ini terlalu singkat
69. Hidup ini terlalu indah walau apa dugaan menimpa, maka jangan siakan
70. Masyarakat kita perlu berganding bahu
71. Kita perlu bersikap adil
72. Kita sering menyangka diri kita bijak
73. Tidak ada yang kekal melainkan zat Allah
74. Pemimpin kita suka menikmati percutian luar negara
75. Pemimpin kita suka "berehat"
76. Tuhan Maha berkuasa
77. Kita terlalu rakus mengeksploitasi hutan
78. Kita perlu bertakwa kerana ia punca keberkatan
70. Kita sering alpa
80. Pengurusan alam sekitar kurang cekap
81. Pengurusan alam sekitar berada pada tahap "sambil lewa"
82. Kita sering memberi alasan
83. Kita sering menyalahkan takdir
84. Kita tidak setabah yang kita sangka
85. Kita tidak sebijak yang kita sangka
86. Ada yang masih pincang dalam sistem kita
87. Kita suka mengkritik
88. Anak adalah harta yang tak ternilai
89. Ibu ayah dan keluarga adalah segalanya
90. Ada orang yang sayangkan kita
91. Kita sering mengambil mudah dalam banyak hal
92. Air itu umpama nyawa
93. Kita tidak layak memiliki sifat sombong walau sebesar zarah
94. Kita perlu dekatkan diri pada tuhan
95. Kita perlu sentiasa bertaubat dan bersedia menghadapi kematian
96. Kita perlu hargai setiap detik dalam kehidupan
97. Sistem ekologi sudah berubah akibat pembangunan pesat
98. Harga pembangunan adalah kemusnahan alam sekitar, berbaloikah?
99. Tesco Kota Bharu adalah sebuah perjudian yang silap?
100. Kita perlu merancang untuk masa hadapan
101. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan

Ahad, Disember 21, 2014

Senarai syarikat telekomunikasi pembekal internet broadband ISP, Internet Service Provider


Sebut sahaja syarikat komunikasi, mungkin yang terlintas di fikiran kita ialah maxis, celcom atau digi. Itulah tiga syarikat komunikasi dan juga penyedia servis internet antara yang paling popular di Malaysia. Namun, tahukah anda syarikat ISP di Malaysia sudah berkembang pesat dan anda ada lebih 20 pilihan dan tidak terhad kepada tiga syarikat tadi sahaja.

Berikut ialah senarai syarikat telekomunikasi pembekal internet broadband (ISP) yang ada di Malaysia. Jika anda mahu melanggan internet broadband, anda bolehlah memilih salah satu syarikat berikut mengikut kesesuaian liputan di kawasan anda dan juga budget anda setiap bulan untuk internet.

1. Maxis
2. Celcom
3. DiGi
4. P1Wimax
5. YES
6. U Mobile
7. TM Telekom Malaysia
8. XOX
9. abnxcess
10. clixster
11. Tune Talk
12. Altel
13. Jaring
14. Redtone
15. Metrofon
16. iZZi
17. Amax
18. Extreme Broadband
19. VDSL
20. V-telecom
21. Penangfon
22. Time
23. Nasioncom

Yang mana paling murah, berbaloi dan anda paling suka? Tepuk dada tanya selera. Pilihan terletak di tangan anda. Sila dapatkan maklumat lanjut seperti kadar broadband dan sebagainya dengan melayari website syarikat yang berkenaan.

No 13 Jaring ialah syarikat yang paling awal menjadi internet service provider bagaimanapun telah berhenti beroperasi.

Celcom, P1 dan TM diberitakan sedang berbincang untuk bergabung.
Kemaskini terakhir: 29 Januari 2016.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.