Selasa, Januari 20, 2015

Firas kena asma


Firas hari ni kena asma. Nafasnya berbunyi kuat, batuk dan termengah-mengah. Balik dari rumah pengasuh dia tak henti menangis. Bawak ke klinik Family di Bangi.

Firas yang penat akibat asma

Lepas diberi oksigen baru la ceria sikit

Kemudahan di klinik swasta
Malam suhu badan dia agak panas. Tak senang duduk dia. Asik nak menangis saja. Aku pun tak sampai hati nak keluar rumah malam ni. Semua penat, belum makan malam, jam dah 10 lebih.

Isnin, Januari 19, 2015

Pagi isnin nan syahdu


Pagi isnin ni aku start cuti annual leave selama seminggu. Aku habiskan balance annual leave aku sebab tak lama lagi aku akan berhenti dari Amkor. Aduhai bercampur baur perasaanku, yang pasti ialah rasa sedih yang amat. Hampir 15 tahun aku kerja sini. Rasa takut pun ada. Umur aku baru 37 tapi dah rasa macam orang pencen la pulak.

So aku punya banyak masa free, jadi pagi-pagi aku pergi klinik Kajang. Pergh orang dah ramai gila dekat kawasan pesakit luar walaupun pagi masih awal, bank pun belum bukak lagi dik. Nasib baik ada satu tempat parking yang strategik untuk aku.

Aku terus naik ke atas bahagian klinik gigi. Seperti yang aku agak, orang tak ramai. Semua takut nak datang klinik gigi kot. Tapi aku kena gak la tunggu giliran dalam 6 orang sebelum aku. Maklumlah klinik kerajaan yang free mesti ada orang punya walau macam mana sekalipun. Tak lama pun aku tunggu sebab ada dua bilik rawatan yang nampak cepat uruskan pesakit. Takde kes serius kot.

So masuk bilik rawatan, ada dentist perempuan rupanya. Tak pastilah cun ke tak sebab dia pakai mask. Laju je dia periksa gigi aku. Lepas tu proses cuci gigi. Tanpa rasa kasihan dia terus rodok gigi aku dengan mesin dia hingga berdarah-darah keluar. Hu hu ngeri la jugak kalau kau tak pernah buat benda ni.

Dulu masa aku buat kat swasta pun macam ni jugak cuma doktor swasta tu lebih caring dan cakap suruh aku tahan ngilu sikit. Buat pun macam lemah lembut je. Biasalah, swasta bayar mahal, so kena la buat baik-baik. Hakikatnya ia adalah proses yang sama saja.

Proses scaling ni simple saja. Tak lama pun dia buat. Belum sempat aku rasa lenguh, dah siap. Dulu masa adik aku (dentist klinik sungai chua) yang buat aku rasa lama dan mungkin lebih detail. Entahlah mungkin sebab tak ada hubungan maka dentist kajang ni buat ala kadar. Bila aku balik check, memang ada kesan plak yang paling degil masih lekat  kat gigi aku.

Proses membersihkan gigi atau scaling ni memang tersangat penting untuk memastikan gigi kekal cantik dan gusi sihat. Kalau kau biar plak gigi tu macam tu jer, maka gusi akan mula terkesan. Mula-mula merah, bengkak, dan lebih serius, akan menjadi masalah gusi kronik yang mana gigi pun longgar dan kesihatan terganggu.

Ini bukan sebab gigi kotor, tapi sebab bakteria yang ada kat situ boleh membahayakan kerana ia boleh merebak ke bahagian lain. Ingat, dari mulut makanan masuk dan bersambung ke perut. Bakteria ni bila dia lemah tak pe lah. Bila dia dah beranak pinak dan dah mula terasa diri power, maka sistem imun badan akan mula penat untuk melawan. Dari situlah banyak penyakit lain boleh datang. Paling dahsyat kanser mulut la kot.

Dulu cara aku bersihkan gigi ialah dengan mengunyah chewing gum. Sungguh-sungguh aku kunyah gula-gula getah ni. Rupanya kaedah ini ada kesan sampingan yang tak baik. Kebanyakan gula-gula getah ni mengandungi gula tiruan yang dipanggil aspartam. Aspartam ni bahan kimia merbahaya yang boleh merosakkan saraf dan sel. Akibatnya aku kini menghadapi masalah asma yang agak teruk dari semasa ke semasa. So berhati-hatilah kalau korang suka makan chewing gum.

Dentist tu cakap ada gigi yang berlubang tapi dia kata hari ni kita cuci saja dulu. Ya lah doktor. Akupun memang nak cuci jer. Bab tampal gigi yang berlubang ni mungkin aku akan buat kat klinik swasta. Bukan apa, klinik swasta ada pilihan sikit. Kalau ko simen kat klinik kerajaan dia akan guna amalgam maka gigi yang kena tampal tu akan kelihatan berwarna perak dan pastinya nampak janggal dan hodoh. Kalau swasta dia ada bahan lain supaya warna simen tadi seakan-akan warna gigi.

Sebenarnya amalgam ni aku tak mahu bukan pasal masalah hodoh atau janggal. Masalah sebenar amalgam ialah bahan amalgam itu sendiri. Korang tahu tak amalgam ni mengandungi merkuri. Adik aku sendiri mengesahkan benda ni tapi dia cakap sikit jer merkuri dalam amalgam. Korang tahu tak merkuri tu apa? Merkuri ialah bahan toksik paling merbahaya kepada manusia selepas plutonium.

Kebanyakan doktor gigi tahu pasal ni, tapi alasan mereka sama macam adik aku iaitu sedikit sahaja dan ia tidak terurai sebab ia bergabung dengan bahan lain. Mungkin mereka betul, tapi aku cuma nak beritahu merkuri tetap merkuri. Kenapa nak ambil risiko jika ada pilihan lain?

Berkenaan merkuri yang paling aku ngeri ialah ia boleh merosakkan saraf otak. Bila dah masuk bab ni aku rasa benda ni serius. Benda lain takpe tapi otak?

Dulu aku pernah simen gigi pakai amalgam. Aku sanggup pergi swasta dan korek buang amalgam tadi dan ganti dengan bahan lain. Masalah gigi ni kalau makin dibiar makin melaratlah jadinya. Sebab tu bagi aku jumpa doktor gigi ni penting. Yang lebih penting ialah korang kena komunikasi dengan doktor gigi itu.

Sekarang ni aku kalau setakat berdarah cuci gigi aku dah anggap macam perkara biasa walaupun masih takut. Makin lama korang biar gigi tak dicuci maka makin banyak lah darah bila korang buat scaling. Maka rajin-rajinlah pergi buat scaling. Bila gigi dah maintain bersih, buat scaling dah jadi aktiviti rutin dan InsyaAllah darah pun tak ada banyak.

Senyum.
gigi yang amat payah nak jaga

Padihutan.

Isnin, Januari 12, 2015

Anniversary pertama amkor, annual dinner @Sunway


Syukurlah dah selesai dengan baik majlis annual dinner syarikat amkor yang pertama kali diadakan di hotel Sunway Lagoon resort and spa. Harapan nak dapat hadiah cabutan bertuah cuma tinggal harapan. Dapat makan je la. Ini sedikit gambar kenangan.


Annual dinner Amkor kali ni adalah acara yang agak grand namun sederhana saja suasananya. Nasib baik ada emcee  yang happening iaitu abang Helmi gimmick yang kini usianya mencecah 54 tahun. Artis jemputan pula ialah  Jaclyn Victor. Pun begitu artis Amkor sendiri pun tak kurang hebatnya.

kenangan bersama teman sekerja

Inilah annual dinnerku yang terakhir dengan Amkor sebab aku dah serah surat resign. Perasaan sayu dan takut bercampur baur dalam hatiku. Mana taknya, aku kerja kat kilang ni sejak December 2000 dan kini dah nak masuk 15 tahun aku kerja di sini. Aku takut kalau aku tak mampu survive tanpa gaji yang selesa seperti di Amkor.

Sabtu, Januari 10, 2015

Cara menaikkan rangking blog


Semua blogger mahu blog mereka  berada pada rangking yang tinggi. Semakin tinggi rangking blog anda, semakin  cerahlah  harapan untuk  anda mendapat  hits yang tinggi seterusnya anda bakal mendapat  janaan  pendapatan yang tinggi  sama ada melalui Nuffnang ataupun melalui jualan produk-produk  lain  yang hangat di  pasaran internet.

Jadi bagaimana mahu mendapat rangking blog yang tinggi.

Anda haruslah berblog secara konsisten dan istiqomah. Posting artikel pula wajiblah yang berkualiti tinggi, konsisten dan dalam  jumlah perkataan standard sebuah artikel yang baik dengan bilangan perkataan yang munasabah seumpama sekitar 1000 patah perkataan dengan selingan gambar berkualiti tinggi  dari  kamera DLSR Canon (contoh).

Kemudian itu, anda harus memiliki niche yang jelas dan kuat. Apa pulak binatang niche tu? Ok niche tu secara mudah ialah skop penulisan anda. Ada niche besar dan  ada yang kecil. Terpulang  pada anda.

Contoh niche ialah seperti  ada yang memilih niche bidang masak-memasak. Jadi blog tu fokus pasal niche itu sahaja dalam semua posting dia cerita bab masak memasak lah. Dia tak akan buat cerita pasal modifi kereta atau pasal Siti Nurhaliza kerana itu diluar niche masak memasak.

Kalau contohnya ada mamat ni minat ping-pong, jadi dia memilih niche ping-pong dan terus fokus pada niche itu. Pasal badminton dia tak ambik peduli. Dia mungkin memilih niche yang sedikit besar seperti sukan indoor, maka bolehlah campur badminton dengan ping-pong.

paultan.org ialah contoh blog degan niche yang kuat. Niche yang dia pilih ialah kereta. Blog ni cerita pasal kereta sahaja. Inilah antara blog kereta termasyhur di Malaysia. Orang respek blog ni sebab sifatnya yag ekslusif mejadika ia sebagai bahan rujukan bila orang mahu research cari topik bab kereta.

Makin kecil niche yang anda pilih makin anda berpeluang untuk memiliki kuasa authoriti atau bidang kepakaran yang membuat orang merasa kagum dengan anda, maka mereka anggap anda pakar atau specialist. Ada macam-macam niche yang anda boleh fikir, yang anda rasa kurang saingan atau anda memang minat gila dengan niche itu. Mungkin anda mahu cerita pasal cili. Ada macam-macam cili, besar kecil, merah, hijau dan seumpamanya.

Selain niche, backlink  juga penting. Apa pulak backlink tu?

Backlink ni senang je. Contoh la kamu minat gila sama Aaron aziz dan Aaron aziz ada blog (contoh), kamu pun letak dalam senarai blog yang kamu minat kat blog list kamu, seumpama, -blog yang aku minat  gila babi. No 1 Aaron aziz dot com No2 bla bla bla dan seterusnya.

Kat situ blog Aaron aziz  sudah ada satu backlink. Maka blog Aaron aziz akan berada pada rangking yang lebih dari blog kamu pada pandangan encik Google. Kalau ada 10 orang macam kamu, maka 10 backlink untuk  blog Aaron aziz dan teramat payah nak potong rangking blog Aaron Aziz. Itulah dia backlink.

Selain faktor di atas, ada beberapa faktor  lain seperti media sosial punya  backlink, platform yang anda pilih serta domain anda. Menatang  apa pulak domain ni aduh.

Domain ialah alamat blog anda contoh la nama anda Awie, maka domain anda awie.com pastilah lebih dipercayai berbanding awie.blogspot.com  Itu boleh mempengaruhi rangking.

Rangking bagi blog teramatlah penting. Contohla kamu bila search google kamu taip "beli spender online" maka ada 10 keputusan yang  keluar pada muka surat 1. Kamu pasti pilih yang kat atas dan kamu pastinya malas nak pergi  ke muka dua, tempat set-set rangking rendah. Jadi yang berangking rendah pastinya bermasalah nak  jual spender secara online. Itulah pentingnya rangking  yang tinggi.

Cara terakhir dan cara paling keji atau jahat. Guna google adword. Dengan kata lain guna kuasa duit untuk upah Google (melalui Google adwords) agar siarkan lama blog anda pada rangking tertinggi.

Apakah sebenarnya google adword? Maksud google adwords ialah anda bayar kat Google supaya memberikan rangking nombor satu untuk perkataan keywords yang tertentu.

Contoh ialah syarikat  sony. Sony pastinya mahu keywords sony ialah milik ekslusif syarikat sony. Bila anda google perkataan "sony" pastilah syarikat sony mahu berada di no 1. Sony bayar pada google agar perkara ini sentiasa begitu. Syarikat sony tak mahu google beri no1 untuk orang yang kebetulan nama dia Sony sedangkan dia tak ada kaitan dengan syarikat Sony.

Rabu, Januari 07, 2015

Jalan-jalan MAHA 2014


MAHA 2014 yang mendapat sambutan hangat.

Inilah antara gambar gambar kenangan semasa kami ke pameran MAHA 2014. Sebelum ni acara MAHA ni dah beberapa kali diadakan tapi kami tak berkesempatan untuk pergi. Untuk MAHA 2014 ni Alhamdulillah diberikan kelapangan hinggakan kami pergi sampai 3 kali.

berehat selepas tengok ikan

di tepi tasik

Firas yang bergaya
Maklumlah jarak rumah dari Kajang ke tempat MAHA diadakan tu taklah jauh sangat. MAHA ni dibuat dekat MAEPS di tepi highway Utama Hospital Serdang hala ke Putrajaya.

MAHA 2014 ni bagi aku sangat besar dan berjaya. Bayangkanlah aku yang pergi sampai 3 kali pun tak cover semua tempat. Inikan pulak yang pergi sehari. Kalau hari Ahad memang orangnya tersangatlah ramai.

Sesiapa yang nak pergi lagi ke acara MAHA terpaksa la tunggu hingga 2016 baru ia akan di adakan semula. MAHA ni antara ekspo yang terbesar di Malaysia. Bayangkanlah betapa besar ekspo ini hingga pelawat terpaksa menaiki bas percuma yang disediakan untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.

Untuk MAHA 2014 ni ada dua pintu masuk utama yang dipanggil pintu 1 dan pintu 2. Kereta boleh parking di mana-mana pintu dengan bayaran cas rm5 sekali masuk. Untuk MAHA 2016 harap kadar cas parking ini tidak berubah, maklumlah kadar rm5 ni pun kira agak tinggi bagi orang biasa.

Di depan rumah kelantan
Sesiapa yang bertuah dapat buka gerai di MAHA ni memang senyum lebar. Tak menang tangan melayan pelanggan yang bertali arus membeli macam dah tak ada hari esok.
di kaki bukit Dewan Utama

Ahad, Januari 04, 2015

Di sebalik realiti



Pantas sungguh masa berlalu. Kini sudah 4 hari lewat 2015. 2014 kita tinggalkan dengan seribu cerita suka duka.

Pantai timur masih berduka dek banjir besar luar biasa hingga musnah segala. Ahli politik pula bersaing merebut keabsahan sebagai pembantu rakyat di kala derita.

Ada pelbagai teori dilemparkan. Dari tuhan hingga ke tauke balak, semua cerita ada digarap. Harga barang naik hingga nasi sepinggan pun hampir cecah rm30.

Tapi ramai sukarelawan yang hati budiman sanggup bersusah payah membantu tanpa minta balas. Nilai kemanusiaan benar teruji.

Tapi apa yang berlaku adakah akan mengubah cara mereka?

Cara mereka gondolkan hutan?
Cara mereka cari duit?
Cara mereka sembang juta-Juta?
Cara senang nak buat duit.

Habis hutan digondol. Bukit ditarah. Demi balak nan sebatang. Demi sektor yang tiada tandingan. Kerana itu sahaja cara jana ekonomi negeri Kelantan?

Kelantan oh Kelantan.

Orang Kelantan paling hebat di Shah Alam, Damansara, Putrajaya dan Bangsar. Tapi bagaimana nasib anak negeri Kelantan?

Semua keluar cari kerja. Yang tinggal hanya tauke balak, tersenyum sebab tiada siapa yang betah.

Kelantan perlu berubah.

Jumaat, Januari 02, 2015

Internet broadband paling murah


Anda ingin mencari internet broadband paling  murah? Anda harus faham bahawa syarikat pembekal internet berniaga demi keuntungan bukan kerana mahu berjasa kepada anda! 

Jadi anda kenalah teliti dengan tawaran  mereka. Anda perlu bijak membuat perkiraan. Apakah internet broadband paling murah? Membeli kuota yang lebih besar secara pukal sebenarnya lebih murah untuk jangka panjang. 

Jika anda adalah pengguna internet broadband yang tegar, membeli pakej data broadband tanpa had adalah satu perkara yang perlu. Bergantung pada kemampuan anda, carilah senarai pembekal ISP yang ada di Malaysia.

Mari kita buat perbandingan melalui satu perkiraan mudah.

U mobile broadband (prepaid) memberi anda kuota 20 Gigabyte pada harga RM128 (sebulan). Jika anda bahagi maka RM128 bahagi 20 Giga maka cas 1 Giga untuk u mobile prepaid ialah Rm 6.40 untuk setiap Gigabyte. Saya kira ini agak berbaloi.

Tahukah anda 

cas 1   Gigabyte data bagi maxis ialah rm 30.
cas 0.8 Gigabyte data bagi Celcom ialah rm 28. 
cas 1 Gigabyte data bagi Digi ialah rm 25.
cas 1 Gigabyte data bago U mobile 6.40 (yang dikira atas tadi)

Mungkin  juga bagi sesetengah orang 20 Gigabyte sebulan masih belum cukup. 

Saya sendiri guna U mobile yang memberi kuota 20 Gigabyte untuk Rm128. Bagi saya, 20 Gigabyte masih belum cukup dan biasanya belum sampai 30 hari saya  dah mencecah 20 Gigabyte, maklumlah anak banyak guna tengok Youtube.

Saya rasa  yang lebih baik ialah ambil  pakej unlimited data sama ada dari TM Streamyx atau juga P1 wimax. 

Saya masih mempertimbangkan.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.