Harga emas kekal pada paras tertinggi.
Rabu, September 21, 2016
Selasa, September 20, 2016
Isnin, September 19, 2016
186
Esok road tax kereta aku mati. Duit kat tangan ada seratus lebih jer. Nak tunggu gaji lagi seminggu. Nampaknya aku terpaksa la dalam masa seminggu ni naik kereta tanpa road tax. Harap-harap abang polis tak terserempak dengan aku.
Ini semua silap aku sendiri sebab bercuti tanpa sediakan duit terlebih dahulu. Lain kali kena rancang betul-betul kalau nak pergi bercuti kena pastikan duit hotel, duit belanja semua dah settle baru boleh pergi bercuti.
Berbalik kepada cerita emas.
Harga emas GAP hari ini 186 adalah agak mahal. Tapi masih boleh beli kerana semasa Brexit baru-baru ni harga GAP mencecah sampai 192.
Belilah emas masa sekarang yang terdekat kerana harga ini akan bakal naik lagi bila pilihanraya president USA semakin hampir. Kalau masa tu harga emas dah jadi 300 segram dan anda belum beli lagi maka masa tu anda akan menggigit jari lah nak memiliki emas.
Belilah emas sekarang sebab ia menjamin nilai beli anda kekal tanpa dirompak oleh inflasi. Nilai duit semakin hari semakin jatuh kerana hutang negara semakin hari semakin banyak.
Saya bila survey harga rumah rasa geram jer nak beli tapi duit belum cukup. Akan datang rumah semakin mahal. Untuk itu simpanlah emas agar nilai harta anda kekal dan anda tak perlu risau harga rumah naik. Untuk pengetahuan anda saya belum memiliki rumah sendiri.
Ahad, September 18, 2016
186
Last day di the Pines Melaka. Irfan kurang sihat.. muntah-muntah. Firas pun demam. Bilik tepi kolam tapi semua lepak bilik.
Melaka memang jadi tumpuan bila hujung minggu. Hotel tempat kami menginap ialah The Pines Melaka.
Semasa check in hari jumaat begitu ramai sampai beratur hampir satu jam. Ramainya orang yang nak buang duit kat hotel.
Belanja agak banyak semasa di Melaka. Anak-anak suka tengok beca. Harga dia boleh tahan, aku lebih sanggup berjalan kaki dukung anak. Bukan aku tak support mereka, tapi serius harga aku tak mampu.
Makan dekat tempat biasa la, kedai asam pedas jr di pahlawan walk. Harga nasi kosong kini RM 2 sepinggan ya ...dan siap ada gst lagi.
Beli emas public gold tak ada gst ya sebab ia datang sebagai produk siap dari Turki.
Bulan ni teruk aku. Repair kereta 2 ribu lebih. Hotel seribu. Semua dekat 4 ribu aku nak cari kat mana? Gaji aku baru 2 ribu jer.
Aku terfikir nak bawak uber. Abang teksi jangan la mengamuk, aku orang susah nak cari rezeki halal jugak.
Sabtu, September 17, 2016
Jumaat, September 16, 2016
Khamis, September 15, 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.