Rabu, April 28, 2021

Kebaikan minyak zaitun


Pokok zaitun adalah pokok ajaib yang tumbuh di sekitar lingkaran tepi lautan medditeranean. Pokok zaitun terkenal hidup begitu lama, bahkan yang usia ratusan tahun masih memberi buah. 

Dari pokok zaitun lahirlah buah zaitun dan dari buah yang diperah ini lahir pula minyak zaitun. Buah zaitun muda adalah hijau, mula berminyak sedikit dan tinggi aroma manakala buah tua adalah semakin gelap dan semakin berminyak walaupun aroma mula menurun. 

Minyak zaitun sememangnya sangat masyhur sebagai minyak yang berkhasiat dan sangat berguna sejak lama dahulu. Bahkan peradaban besar dunia seperti Yunani dan Rom tidak dapat lari dari kisah minyak zaitun. 

Lihat saja jata negara Israel, simbolnya adalah dilingkari oleh daun zaitun! Tahukah anda simbol united nation (pertubuhan bangsa bangsa bersatu) menggunakan simbol daun zaitun? 

Antara 3 negara pengguna terbanyak minyak zaitun ialah Greece, Sepanyol dan Italy. Pengeluar terbesar minyak zaitun pula ialah Sepanyol dengan kawasan Andalusia antara yang paling luas ladangnya. Rekod terbesar ialah ladang di utara Arab Saudi. 

Di rantau sebelah sini, Malaysia terutamanya, rekod penggunaan minyak zaitun saya percaya masih rendah. Kalau adapun ia banyak dipakai untuk kegunaan luaran sahaja seperti minyak rambut atau memasak. Tetapi untuk minum? 

Rekod kegunaan minyak zaitun ada sejak kurun ke 8 sebelum Masehi. Minyak zaitun pernah disebut kebaikannya oleh ahli falsafah kuno seperti Aristotle. 

Bahkan dalam kitab suci Al Quran sendiri perkataan zaitun disebut sebanyak 6 kali. Antara yang paling masyhur ialah bila buah tin (fig) dan zaitun (olive) disebut seganding dalam surah at tin di mana tuhan bersumpah demi buah tin dan demi buah zaitun! 

Ada beberapa ayat lain perkataan zaitun disebut, seperti 
Al An'am ayat ke 99 dan 141. 
An Nahl ayat ke 11. 
An Nur ayat ke 35. 
Abasa ayat ke 29. 
At Tin ayat 1.
Junjungan Nabi SAW sendiri dalam hadis riwayat Tarmizi pernah memesan umatnya tentang penggunaan buah zaitun. 

Ada seorang pekerja tempat saya yang terkenal dengan kuat. Dia mampu buat banyak kerja berat tanpa penat seperti orang lain. Bila ditanya rahsia dia ialah dia selalu mengamalkan minum minyak zaitun. Anda mungkin skeptik tapi sabar, teruskan membaca. 

Ramai pakar kesihatan selalu menyarankan agar amalkan minum minyak zaitun untuk kebaikan kepada kesihatan. Begitu terkenalnya minyak zaitun ini sehinggakan di Itali ia adalah perusahaan ekslusif yang sering terkait dengan kartel mafia. 

Anda boleh saja mengkaji sendiri kebaikan minyak zaitun kerana banyak kajian telah dibuat dan dibukukan termasuklah banyak kajian ilmiah dibentangkan di banyak laman web. 

Kelebihan minyak zaitun menyebabkan ia umpama pedang bermata dua dengan banyak pengeluar cuba meraih untung berlipat ganda sehingga muncul pula pelbagai jenis tapisan minyak yang bercampur atau kadar ke "virgin" nya mula dipertikai. 

Cara paling mudah untuk anda selamat dari tertipu ialah beli dari jenama yang di percayai sahaja. 

Berikut adalah senarai kebaikan minyak zaitun yang telah dikaji oleh manusia setakat ini. Point di bawah ini adalah dakwaan saintis hasil kajian klinikal dengan data yang dikumpul selama bertahun tahun. 

Sedozen kebaikan Minyak zaitun: 

1. Kaya dengan lemak "baik" iaitu HDL (high density lipoprotein). Secara asasnya ada dua jenis lemak dalam darah manusia. Iaitu HDL (baik) dan LDL (jahat). Bila HDL tinggi maka lemak "jahat" LDL akan kurang. LDL yang banyak pula boleh menyebabkan salur darah menjadi sempit. Jika anda mempunyai lemak jahat yang tinggi, doktor akan menasihatkan supaya anda kurangkan LDL. Anda biasanya akan diberikan ubat statins. 

2. Kaya dengan anti oksida. Fungsi antioksida ialah melambatkan kerosakan pada sel dan DNA. Di dalam minyak zaitun terdapat bahan mikronutrisi yang di panggil polyphenol. Polyphenol ini lah yang kaya dengan anti oksida. Dengan itu, sel akan lambat rosak. Jadi tak hairanlah yang rajin amalkan minyak zaitun akan kelihatan awet muda. 

3. Mencegah keradangan. Kandungan oleocanthal dalam minyak zaitun dikatakan bertindak sama seperti bahan kimia dadah ibuprofen. Dadah ibuprofen adalah bahan rawatan mencegah radang. 

4. Mampu menghalang stroke. Dakwaan ini telah di cetak (bukan claim mulut) dalam jurnal American Academy of Neurology pada edisi 15 June 2011. Kajian mereka mendapati dari sampel manusia berumur lebih 65 tahun dari 3 bandar utama Perancis seramai 7 ribu orang lebih, yang kerap mengambil minyak zaitun berjaya mengelak serangan stroke sehingga kadar 41%. Dalam akedemi ini ada sekitar 24 000 ahli neurologi professional. 

5. Mampu mencegah sakit jantung. FDA, food and drug administration USA, sebuah badan penyelia makanan antarabangsa telah memberi izin kepada pengeluar minyak zaitun bagi meletak kenyataan bahawa minyak zaitun mampu mencegah serangan koronari jantung. Ini berkait dengan fakta no 1.

6. Memberi bentuk badan "ideal". Sifat lemak "baik" buah zaitun memberi sokongan kepada kenyataan ini. Nilai kalori dalam buah zaitun adalah rendah, iaitu 1-1.5 (densiti kalori) 

7. Mampu mencegah nyanyuk (Alzhemier). Minyak zaitun mampu mengurangkan "plak" yang menjadi punca kerosakan sel otak manusia. 

8. Mampu mencegah diabetes dengan mengembalikan fungsi asal sel badan. Pengambilan minyak zaitun membantu merendahkan kadar glucose dan trigliserid (sejenis sel lemak). Ini membuatkan ia mampu mencegah diabetes. Malahan, ada doktor menggunakan minyak zaitun kepekatan tinggi untuk cuba menyembuhkan luka kronik diabetis. 

9. Mempunyai sifat anti kanser. Minyak zaitun mampu mengawal tahap kerosakan sel dalam badan yang berpunca dari sel radikal bebas. Jurnal oleh plos one (badan yang menerbitkan kajian saintifik) menceritakan minyak zaitun mampu membunuh sel kanser tanpa menjejaskan sel normal. 

10. Mampu mencegah sakit sendi. Dalam kajian yang telah dibuat, minyak zaitun mampu memperbaiki dan menguat sistem cengkaman, sendi dan mengatasi lenguh2 badan. Sumber : 2015 journal of nutritional biochemistry. 

11. Mempunyai sifat anti bakteria. Dalam usus manusia ada banyak sekali bakteria merbahaya. Selepas pengambilan minyak zaitun di dapati bakteria tersebut menjadi terkawal. Dakwaan ini terdapat dalam jurnal ncbi (national centre for biotechnology information) sebuah badan kerajaan. 

12. Mampu menstabilkan emosi dan mencegah hipertension. Dakwaan ini terdapat dalam jurnal hindawi.com, sebuah badan kajian yang mementingkan kajian berdasarkan fakta. 

Berdasarkan fakta di atas, tak pelik maka ada pakar dari negara barat sampai mendakwa bahawa minyak terbaik dan tersihat bagi manusia yang ada di bumi ialah minyak zaitun! 

Nota: minyak kelapa dara juga sangat baik dan hampir setanding dengan minyak zaitun. Minyak lain yang baik ialah minyak avocado dan minyak biji bunga matahari. 

Mungkin anda masih sangsi dengan dakwaan dari saintis ini. Namun perhatikan sendiri dalam kitab suci Al Quran bila tuhan mendakwa bahawa manusia adalah ciptaan terbaik tuhan. 

Dalam surah at tin, tuhan bersumpah demi buah tin dan demi buah zaitun sebelum mengisytiharkan bahawa manusia ialah ciptaan terbaik yang telah dicipta oleh tuhan. 

Bukankah banyak lagi buah atau binatang binatang hebat. Ada lagi ciptaan lain yang tak kurang hebat seperti bulan, bintang atau langit, laut dan gunung ganang? 

Tapi tuhan bersumpah demi buah zaitun? Bukan sekali nama zaitun di sebut dalam Al Quran, tetapi dalam banyak situasi menerangkan betapa signifikannya buah zaitun. 

Saya bukanlah pakar al quran tetapi di sini nampak seperti ada sesuatu di sebalik buah zaitun sehingga tuhan bersumpah demi dua buah ini iaitu tin dan zaitun. 

Jadi, apalah salahnya kita cuba amalkan minum minyak zaitun. Cari yang "extra virgin". Maksud extra virgin ialah minyak perahan asli tanpa campuran bahan lain seperti pengawet atau bahan tambahan lain.

Saya percaya ada lagi rahsia minyak zaitun yang belum kita ketahui. Pada hemat saya, jika anda sedang berusaha memperbaik kesihatan anda tetapi tidak mengambil minyak zaitun, seperti ada sesuatu yang terlepas pandang di situ. 

Disclaimer : Segala catatan ini adalah berdasarkan bukti dan fakta dari internet. Kesan sebenar kepada individu mungkin berbeza beza mengikut tubuh badan dan reaksi alergik masing masing. 

Day 16 Ramadhan 1442

Hari ni semua ada. PIE mai. Sam. 

Selasa, April 27, 2021

Day 15 Ramadhan 1442

Hari ni 3 barang sekali gus sampai.

👉Kopi Vietnam
👉Penapis kopi Vietnam
👉Kurma mariami. (order 24 April 2021) yang ni terkejut juga sebab penjual tak update pun status. Tahu2 sampai saja. Haru jugak la. Apapun kurma dia memang AA. Liat dan lazat. 

Kat tempat kerja tadi repair fluke dmm. Kena tanya abg Naz baru dapat jawapan. Contact dekat batteri dia gila rupanya. Tukar komponent jugak iaitu bridge rectifier dengan power diode. Habis dah stock tak ada standbye. 

Malam aku sasau. 

Isnin, April 26, 2021

Day 14 Ramadhan 1442

Hari ni tak turun level 5. Mungkin semua dah mula lemau, termasuk aku sendiri.

Petang barang minyak zaiton beli aritu dah sampai.
Untuk pesan sila klik sini. 

Jom amalkan minyak zaiton. 

Kalau nak beli boleh klik jer gambar tu ya. 
Nanti saya kongsi kebaikan minyak zaiton ni. Cari yang extra virgin ya. 

Jumaat, April 23, 2021

Day 11 Ramadhan 1442



Pagi ni beli silver sikit.

Abang Naz buat rakaman lagu raya kat tepi tangga belakang Level 13. Layan lagu raya. 

Lawan Pie tewas, mental koyak. 




Khamis, April 22, 2021

Day 10 Ramadhan 1442

Repair Amplifier Roland kepunyaan Tengku. Abang Naz yang repair, aku bantu saja. 

Pukul 1230 turun lawan Pie. Tewas straight set. 

Main double pula lepas Sam dan Mai sampai.

Malam aku tersasar.

Rabu, April 21, 2021

Day 9 Ramadhan 1442

Pagi buat video demo lagi sekali sebab semalam tak zoom kata Tengku. 

1230 turun lawan Pie. 

Pie cuba handshake sekejap. Tak pasti kenapa, adakah dia mula nak try backhand. Tapi sebenarnya apa2 pun ok. Hari ni menang. Pie sekejap saja. 

Lepas tu lawan Mai pulak. Mata aku tak boleh fokus la. Mai depan tu pun muka nampak kabur. 

Zohor di surau.
Lepas zuhor panas juga cuaca, boleh tahan. Panas merelit. 

Asri naik atas sembang dengan abg Naz. Aku beli 2 botol juice pineapple dari Asri. Harga sebotol rm8. 

Petang balik dah mula gelap. Sampai rumah suasana macam nak hujan tapi belum. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.