Ahad, Disember 19, 2021

Ke Bank Islam

Ke bank Islam Wakaf Bharu. Bi nak renew kad bank dia. Ma kirim kain untuk keringkan di dobi.

Balik rumah ma keluar belikan putu halba.

Fikir punya fikir ambik keputusan gerak lusa je lah. Banjir nampak macam teruk sangat di Selangor.

Harap dan berdoa agar mentari kembali muncul. 

Sabtu, Disember 18, 2021

Hujan masih belum berhenti

Walaupun nampak sedikit cerah, namun hujan masih belum berhenti sepenuhnya.

Jadi apa rancangan hari ini selain dari mendobi pakaian?

Mungkin layan shopee atau PG Mall. Atau mungkin ke Pulau Ular mencari sup. 

Ke Chabang 4 Tok Mek Ngah untuk mendobi. Cuaca agak baik juga dan hujan pun dah berhenti. Cuma atas jalan masih basah. Rim kereta aku nampak comot betul, bermain selut semalam. 

Kat mana2 ramai yang update banjir. Sampai kat Telok Panglima pun banjir. KL dan Shah Alam banjir.

Kat sini kejap cerah kejap gelap. Tak tahu lah.

Petang ke kedai Roti Tempayan Telaga Bata. Ingat nak bawa ke rumah Eira tapi tak ada orang, jadi singgah rumah Su yang baru siap modified. 

Balik dah nak maghrib dan Sabri pun dah nak bergerak, tak sempat dia makan roti tempayan. 

Jumaat, Disember 17, 2021

Hujan masih lebat

Menjelang waktu maghrib. Hujan masih mencurah turun dengan lebatnya.

Semua ada kat rumah abah. Cik Na, Long, Yik dan anak2 saudara. 

Atok (abah) bersiap nak ke masjid. Fathi mengamuk tak mahu balik.

Tadi jumaat di Gerong. Lepas jumaat ada makanan, tapi malu la pulak nak ambik. Lagipun dah makan bekal yang ma suruh bawa. 

Mesin pam air sudah ok tapi auto stop pula tak dapat. Macam 2 hal mesin ni bila kena tinggal dekat setahun. 

Sejuk aku rasa. Nak mandi pun kena lawan perasaan.

Tadi nak beli roti tempayan tak dapat sebab dah habis roti nya, tapi Na pulak beli Pizza Domino dan KFC.

Gigi pun rasa ngilu semacam dah bila makan manis2 macam ni.

Esok tak ada rancangan lagi. Mata dah kuyu ni ha. Hujan masih ada. 

Duit atau emas


Kebanyakan orang melihat duit sebagai satu unit kiraan yang statik. Tak ramai yang melihat duit dari sudut berapa kuasa beli duit itu sendiri. Kuasa beli duit bukanlah statik. Ia berubah mengikut iklim pengurusan ekonomi. 

Ia satu sudut yang membuat kita menilai duit sebagai sesuatu yang "super", sebagai lebih berharga dari masa. Masa sebenarnya lebih berharga dari duit. Masa yang hilang tak akan dapat di ganti dengan duit.

Pemahaman kita tentang duit terbentuk akibat pelbagai acuan tapi acuan utama ialah bahawa  duit memberi kita status sosial yang lebih tinggi. Kita akan membeli untuk mengejar kepuasan sosial itu.

Politik membentuk keadaan duit sebagai sesuatu yang menjadi seperti "umpan". Kerana keadaan itu keperluan berhutang menjadi suatu kemestian dalam hidup sehinggakan keluar ungkapan "kalau tak berhutang macam mana nak hidup?"

Keluhan biasa hari ini ialah harga barang naik. Barang itu sejak dulu hingga sekarang sama sahaja. Bukan bertambah baik dari segi apa pun (kecuali teknologi).

Apa yang nyata, nilai duit semakin susut.

Khamis, Disember 16, 2021

Di Gerong

Musim tengkujuh, hujan lebat melanda semasa aku di Gerong.

Pukul 10 pagi, hujan lebat. MashaAllah. 

Semoga semuanya baik2 saja dan dipermudahkan oleh Allah.

Hari ni cuci rumah. Banyak tahi cicak dan habuk. Penat juga. 

Hari tu kat Penang sempat beli Jeruk Madu Pak Ali buat bekal hilangkan mengantuk semasa drive. 

Sabtu, Disember 11, 2021

Gerak ke Penang


Pagi sebelum bertolak breakfast nasi lemak Mak Lang. Lepas sarapannterus gerak. Sampai Ipoh berhenti dulu, cari makan dulu sebab dah lapar. Berhenti solat dan cari kedai makan. Dekat green town ni ada kedai China Muslim. Sup itik layan. 

Petang dalamnpukul 6 baru sampai Penang. Kamal belikan nasi kandar. 




Selasa, Disember 07, 2021

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.