Ahad, Februari 05, 2023

game msa rating 1100


Layan lagi Game MSA rating 1100. Kalah 2 kali menang sekali. Peringkat kumpulan. Layak dengan asbab dapat no 3 dari 4 orang. Tak sangka pulak lepas grup sebab game last tu aku dah hampir nak give up dah. 

Tengahari ke market PJ state makan dan kemudian lepak di Masjid sultan Abdul Aziz seksyen 3, PJ. Masih gah dan besar masjid ni. 

Mengimbau kenangan lama betul la lepak PJ State ni sebab aku belajar kat IKM PJ pada tahun 2000. Pasar PJ State ni dulu antara port makan kami. Menapak dari PJ old town. 

Kalau anda duduk sekitar PJ dan nak main ping pong boleh la ke MSA di taman Sri Manja. Selain main ping pong korang juga boleh beli pelbagai barangan ping pong kat situ. Jenama utama mereka ialah GEWO

Sabtu, Februari 04, 2023

petang aku jalan ke putrajaya

Sempat jumpa ma sebelum ma balik ke kampung. Ma dan Yi naik bas awal dalam 9 pagi.

Lepas hantar ma kami balik rumah dulu. Lepas zuhur baru keluar semula ke Putrajaya. Alamanda destinasinya.

Ada movie kami layan iaitu cerita Malaysia Coast Guard, Operasi Helang. 
Ok juga cerita ni. Sebab ada banyak pelakon otai. 

Ada Sabri yunus, Aziz M Osman, Sherry Merlis, Husairi dan Adlin. Kelas cerita ni. Aku rasa kalau dapat baju t shirt coastguard ni macho jugak kalau pakai, serius best. 

hantar ma di hentian kajang

Ma dan Yi naik bas balik ke KB.
Semoga perjalanan selamat dan dipermudahkan. 
Esok aku ada game pagi di msa sport. 

Jumaat, Februari 03, 2023

jumaat nan mulia

Selesai submit form clearance student kepada Mek La.
Malam tadi tak kena asma, sebelum tidur aku pakai neb pencegah. Cuma pagi ada sikit lendir.
Petang aku balik awal sebab ingat nak gi klia hantar Aisyah. Tapi sampai lewat Aisayh dah masuk boarding. Tak sempat nak ucap bye bye kepada Aisyah. Aisyah akan terbang ke UK tempat suami dia. 
Tak apa la, dapat jumpa ma.
Kereta pun dah siap. 970 kena.
Itu Aisyah dah nak masuk. Bye Cah. 

Khamis, Februari 02, 2023

asma lagi


Kena serangan asma malam tadi. Sekitar jam 2 am. 
Terpaksa ambil neb.
Pagi2 nak gi kerja hidung gatal dan banyak lendir.
Tengok orang hisap rokok, sedih aku. Aku yang pesakit asma ni saja tahu betapa nikmatnya oksigen yang bersih. 

Rabu, Februari 01, 2023

Bulan cinta


Bulan cinta datang lagi.
Ya bulan Februari datang bersama Valentines Day pada 14 Feb ini. 

Selamat Hari Kekasih kepada semua, tak kiralah anda ada kekasih atau tidak. Yang ditinggalkan kekasih, yang sedang bahagia, itu semua adalah asam garam dalam kehidupan. Bahagia itu bukan semestinya kena dapat semua. 

Jika anda punya kekasih boleh hadiahkan bunga ros atau lilin wangi.

Pagi aku alami tekanan sikit sebab kena bluetick dengan sifu. haha. Aku ok je. 

Hantar kereta WMQ servis brek. Harap pomen ok la repair. Disc dah habis. Minyak break rupa air karat. Bajet dalam 1000 jugak.

Pagi aku ada asma sikit tapi aku bertahan tanpa neb.

Petang aku melayan bersama Lan. 

Selasa, Januari 31, 2023

Alhamdulillah sihat malam tadi tak asma


Tak kena asma malam tadi.
Tapi terjaga juga waktu dinihari dengan keadaan banyak lendir keluar dari hidung. 
Sebelum tidur saya minum air vitamin C jenama cebion. Mungkin ia membantu. 

Alhamdulillah. Jom kerja

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.