Jumaat, Februari 10, 2023

selfie pertama dulu


Test pertama kali selfie guna phone baru. Honor x7.

Ini effect bokeh dia. Bokeh ni untuk buat nampak blur sekeliling. Yang nampak ialah watak orang sahaja. Kalau kreatif gambar memang nampak cantik.

Mesyuarat Agung BKI

Bki, Badan Kebajikan Islam hari ni mengadakan mesyuarat Agung.
Dalam mesyuarat ini En Bashiron telah dilantik sebagai ketua BKI yang baru.
Lepas mesyuarat dapat nasi. Alhamdulillah. 

Khamis, Februari 09, 2023

menderita kerana degil


Makan durian waktu malam. Aku ada asma. Pantang makan benda sejuk waktu malam. 

Aku langgar lagi pantang. Bukan apa, lama tak makan durian. Aku kalau dah nak, tak kira dah. Makan banyak pulak tu. 

Akibatnya aku semput. Sampai pagi masih lelah. Terpaksa pakai neb. Nyaris nak mintak mc je.

KJ being a DJ hot fm.
Nazri being a US diplomat head.

Rabu, Februari 08, 2023

langgar lagi pantang


Malam tadi kena serangan asma sebab makan buah waktu malam. Salah sendiri. 
Beringat la.

Aku makan buah anggur sebab tak nak membazir. Lagi pun buah tu sedap.

Ahad, Februari 05, 2023

game msa rating 1100


Layan lagi Game MSA rating 1100. Kalah 2 kali menang sekali. Peringkat kumpulan. Layak dengan asbab dapat no 3 dari 4 orang. Tak sangka pulak lepas grup sebab game last tu aku dah hampir nak give up dah. 

Tengahari ke market PJ state makan dan kemudian lepak di Masjid sultan Abdul Aziz seksyen 3, PJ. Masih gah dan besar masjid ni. 

Mengimbau kenangan lama betul la lepak PJ State ni sebab aku belajar kat IKM PJ pada tahun 2000. Pasar PJ State ni dulu antara port makan kami. Menapak dari PJ old town. 

Kalau anda duduk sekitar PJ dan nak main ping pong boleh la ke MSA di taman Sri Manja. Selain main ping pong korang juga boleh beli pelbagai barangan ping pong kat situ. Jenama utama mereka ialah GEWO

Sabtu, Februari 04, 2023

petang aku jalan ke putrajaya

Sempat jumpa ma sebelum ma balik ke kampung. Ma dan Yi naik bas awal dalam 9 pagi.

Lepas hantar ma kami balik rumah dulu. Lepas zuhur baru keluar semula ke Putrajaya. Alamanda destinasinya.

Ada movie kami layan iaitu cerita Malaysia Coast Guard, Operasi Helang. 
Ok juga cerita ni. Sebab ada banyak pelakon otai. 

Ada Sabri yunus, Aziz M Osman, Sherry Merlis, Husairi dan Adlin. Kelas cerita ni. Aku rasa kalau dapat baju t shirt coastguard ni macho jugak kalau pakai, serius best. 

hantar ma di hentian kajang

Ma dan Yi naik bas balik ke KB.
Semoga perjalanan selamat dan dipermudahkan. 
Esok aku ada game pagi di msa sport. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.