MGA ialah singkatan Malaysia Gold Association. Pada hari jumaat mereka buat Malaysia Gold Conference di Pavillion KL. Event ni bukan free ya. Kena bayar 200 dan aku dapat diskaun jadi 100 sebab PGBO.
Kelam kabut juga aku nak ke sana. Nasib baik sempat dengan semua key speaker. Tak dapat minum pagi hotel pun tak apa. Aku minum kat rumah.
Boleh tahan la juga menapak dari stesen mrt Bukit Bintang . Kalau ada
scooter electric mesti best sikit. Sini ramai je orang pakai.
Dengan otai aku selfie. Abg Long menasihatkan aku supaya cepat naik.
Apapun aku dan Abg Long naik atas sama2 cari tempat makan. Hu hu. Makan OK jugak la. Cuma masa makan tu kami dah berpisah. Aku nak makan cepat cepat sebab nak menapak pergi solat jumaat pula. Dah habis makan aku terus belah.
Kad tanda hadir.
Aku sembahyang Jumaat kat kawasan bank islam jalan perak. Surau jumaat. Menapak ke sana. Nasib baik la tak jauh sangat cuma aku pertama kali jadi tak tahu jalan terbaik. Kiranya dekat jer dengan Pavillion.
Sempat juga jumpa dan salam dengan sifu
Syukor Hashim. Cuma tak sempat bergambar. Syukor hanya menepuk aku memberikan semangat. OK la dia kenal aku.