Isnin, Mac 06, 2023

matahari belum muncul


Aku biasanya pagi pagi bila kena matahari lelah akan hilang. Aku pada siang hari biasanya tak kena serangan asma.

Tapi pagi ni tak keluar pun matahari
Lelah lagi aku pagi ni. Nafas pun berbunyi. Sebab semalam teruk sikit, jadi dia membawa ke siang. 

Kat atas sampai pukul 9 pun matahari tak keluar.

Hanya yang ada asma akan faham. 

Ya, setiap nafas itu tasbih memuji mu, ya Allah.

Mana pergi semua player ping pong ni. Tidur ke belaka.

Akhirnya quartet ping pong yang membuat aku rasa semangat kembali. Semangat untuk pulih.

Nak rope jump memang tak larat la. 

Ahad, Mac 05, 2023

hadir walau sakit

Dalam sakit aku gagahkan diri untuk hadir juga ke kenduri pak lang dan mak lang di kajang Utama.

Kenduri mereka buat di restoren 3 kasih. Makan simple saja tapi sedap. Ayam goreng dan kuah. 

Lepas kenduri nyaris tak larat nak naik rumah. Semput yang amat.

Sangat risau keadaan aku. Setiap nafas keluar masuk, aku hanya bergantung pada Allah. 

Sabtu, Mac 04, 2023

batuk teruk tahap gaban


Aku tak pasti, punca silap makan atau apa. Batuk yang teramat perit dan siksa. 
Hampir tak mampu aku menahan siksa ini. Batuk tahap gaban. Sakit yang amat. Macam nak tercabut anak tekak. Nafas tersekat. Bahaya beb sesak nafas ni. 

Plan semua tak jadi. Nak bawa badan pun tak larat. Kerja apatah lagi. Plan nak buat Dash, atau setidaknya kayuh Lala. Semua tak kesampaian. Semua tak buat. 

Terbungkang saja lah kat rumah sorang sorang. Cuba cari ubat batuk cap ibu dan anak, dekat speedmart. 

Malangnya ubat batuk Cap ibu dan anak tak ada. Ada yang jenama kelapa laut afrika. Dah terdesak ni aku beli juga, tak kisahla, janji ubat batuk.

Anak isteri tak ada kat rumah, mereka pergi ke rumah hutan bonda. Aku tak larat nak buat apa.

Jumaat, Mac 03, 2023

jumaat


Aku kerja seorang. Pasang arduino software dengan driver sekali.

Semua player tak ada mood. Mahid tanya tapi balik awal. 

Khamis, Mac 02, 2023

semoga sihat selalu

Sukar juga nak jaga kesihatan. Pagi kena pum. Siap bawa neb (stand by) la ke tempat kerja. 

Rabu, Mac 01, 2023

kehujanan awal march


Bulan March tiba lagi. Bulan ni kita akan mula berpuasa pada 23 March nanti, InshaAllah. 

Bulan ni anak2 akan mula bersekolah juga pada 20 March nanti, InshaAllah. 

24 March baru gaji akan kembali. Lagi 24 hari. 

Duit dalam 500 saja, kena la pandai pandai urus. Nak balik kampung lagi.

Tengahari hujan sampai  beli makan balik basah semua kasut dan baju. Boleh tahan lebat juga. Johor dengar cerita banjir teruk juga. 

Selasa, Februari 28, 2023

contoh senyum paksa

Contoh senyum paksa. Nampak tak. Mulut je senyum. Mata tak senyum.
Sabtu Ahad aku demam. 

Semalam isnin, pun tak berapa sihat juga. 
Hari ni baru la ada semangat sikit. 
Harap dapat buat video tengah hari nanti.

Malam tadi aku mimpi ikut ustaz Azhar Idrus masuk ke kedai buku ikut jalan rahsia di belakang kedai. Siap ada darah turun dari atas. Tangganya sempit. Akhirnya dapat masuk. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.