Khamis, Mac 16, 2023

semput dan bersin

Pagi pagi agak semput dan bersin. Cuba elak guna neb. Otot yang kawal paru paru rasa penat dan perit.
cubit cubit sayang oleh Bi.
4 lebih turun. 
Ajak Pie. 
Tewas 3 4.
Kena berlatih lagi. Dapatkan meja ping pong.

Rabu, Mac 15, 2023

jom kerja

Start kerja.
Malam pam 2 nak tidur. 
2 pam bangun tidur. Risau aku, dah betul bergantung pada neb je ni kalau nak bernafas dengan lancar. 
Bergantung pada neb, sejenis dadah. 
Baru boleh bernafas. 
Asma patient je faham.

Ada internal audit hari ni. Aku layankan. 

Pukul 500 aku turun. Dah tak boleh layan kerja. 
Layan dengan quartet biasa. 
After office layan dengan Lan. 

Selasa, Mac 14, 2023

termenung di Kajang

Pagi pagi aku batuk, 
dan bersin.

Tak ada apa nak buat. Masih cuti. Bi meeting di UKM pergi dengan rakan dia.
Aku periksa kereta. Macam tak confident nak balik raya. Tu la. Duit dah banyak repair. Repair lagi pakai duit lagi. Mungkin aku terpaksa pinjam kereta adik adik.

Dalam 11 aku bawa anak2 gi potong rambut.

Lepas tu ke Metro Point Kajang. Nak ambik seluar. Tukang jahit kata tak siap. Dah agak dah. Simple jer kerja jahit. Itu pun tak boleh. Malas la nak cakap.

Merugikan masa  customer. Rumah dekat tapi bukan senang nak pergi. Bayar parking dan layan jem. Adoi.


Gambar selepas potong rambut guna mesin oleh uncle Kajang Utama. 

2 55 Bi sampai rumah, dari UKM.

Cuba baca buku bergaji dan pokai oleh Suraya Zainudin. Buku berat, lambat sikit nak hadam. 
Petang layan starbuck dengan Bi. Bi yang belanja. 

Esok. Kerja pulak. 

Isnin, Mac 13, 2023

gerak ke kajang pagi ni

Malam tadi aku batuk agak teruk. Wife paksa, jadi aku neb juga dua kali. 

Pam ni untuk asma. Aku tak lelah, cuma batuk teruk. Tapi lepas pam batuk tu reda sikit. 

Esok paginya lepas salam dan kucup ma dan abah, dalam pukul 8 lebih kami tweus gerak. Ini lebih kurang timing pergerakan dia. 

9 50 ada di Kuala Krai.
12 00 Gua Musang berhenti Mc Donald yang baru siap di rnr ni. 

3 30 Bentong, solat masjid baru Bentong
6 00 di Petron sikit lagi nak exit Kajang Tesco. Berenti jap Irfan nak ke tandas.

6 21 Metro Point Kajang, makan dulu sebelum balik rumah. Makan mee tarik
9 00 Sampai rumah.


Nak sampai ke Gua Musang ada rasa mengantuk sikit sebab dia je jauh. Pekan 2 lain ok jer la. Kena kuat sikit fasa ke Gua Musang. Pekan lain dia tak jauh sangat. 

Ahad, Mac 12, 2023

nak ke BSN dan Mara

Pagi ni abah belikan nasi juga. 

Tinggal satu hari lagi sebelum balik ke Kajang. Hari ni plan selesaikan urusan anak ku Irfan. 

Buat kad bsn untuk dia di BSN Wakaf Bharu. 

Ma suruh beli daging museng 2kg dan beras cap tembikai. 

Mula mula kami ke pejabat MARA Tumpat di Chabang Empat. Kat sini try dulu survey daging, ada satu gerai saja di Pasar Chabang Empat. 

Kemudian ke Wakaf Bharu. 

Nak beli daging museng sini pun dah habis, katanya pukul 8 dah habis. Dapat daging peha saja. RM 34 sekilo. Beli lebih sikit RM 38. Sini ada beberapa gerai, kiranya banyak sikit pilihan, di Pasar Wakaf Bharu berbanding pasar Chabang Empat. 

Lepas zuhur pergi sekolah dia pulak. 

MRSM Tumpat. 
Lepas tu nak cari barang sekolah di SJ Store Berangan. Kedai ni ok, cuma sempit la sikit. Kalau emergency nak baju sekolah, ok je. 

Lepas tu nak pergi ke Kok Majid, singgah dulu di Kg Laut. Solat asar di masjid Kg Laut. Beli waffle lama nau. Hu hu. 

Sabtu, Mac 11, 2023

ke Gerong dan Kok Majid


Ada di Telaga Bata pagi ni. Abah siap belikan nasi untuk kami. Hmm, terharu aku rasa. Syukurlah abah sihat. 

Plan nak gi ke Kok Majid dan Gerong. Tunggu Hapiza datang. Dia nak berikan barang ma.

Mata mintak tidur jer ni. Entah la kenapa tak cukup tidur lagi ke. Mungkin sebab otak aku idle tak ada benda nak dibuat. Otak yang tak ada task, dia idle. Jadi dia mintak shut down.

Lepas zuhur baru gerak ke Gerong. 

Sempat sapu2 sikit je rumah yang berhabuk. Pija datang dengan isteri dan anaknya Aisyah. Makan simple jer, karipap, etok dan air milo tapi berjumpa dan bertanya khabar yang lebih penting.

Tak sempat ke Kok Majid. Esok pulak. 

Jumaat, Mac 10, 2023

pusing2 bandar KT


Kami pagi2 sarapan pagi di kedai viral, nasi kerabu Fauzi, Bandar Kuala Terengganu. 

Datang awal pagi pun orang dah ramai beratur. Dengar cerita makanan di sini dapat anugerah makanan tersedap di dunia! - Rujuk surat khabar. 

Kedai buka seawal 6 45 am. Kalau nak tempat best kena la datang awal. Kalau tak, beratur panjang la jawab dia. 

Ini pula sterika terkecil di dunia. Kami menginap di J Suite Hotel Kuala Terengganu. 

Lepas check out kami akan bergerak ke Kelantan pula. 

Pukul 12 check out. 12 15 selesai urusan terus gerak ke Kelantan. 

Dalam 3 jam juga nak sampai. 

Alhamdulillah jam 3 pm sampai di C4. Aku berhenti dulu untuk solat jamak. Ahli surau sedang ada majlis makan, diaorang berkali kali ajak aku makan. Aku menolak dengan baik sebab aku sebenarnya tak sabar nak makan masakan ma. 

Alhamdulillah dalam 3 30 petang sampai di Telaga Bata. 


Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.