Rabu, Mac 29, 2023

Hari Kedua ubat Ayurverdic

Asma tak la hilang terus. Masih terasa ada sesak nafas. 
Cuma aku tak perlu sampai pakai neb.
Pagi pula mampu jump rope 100x. 

Selasa, Mac 28, 2023

Ayurverdic

Kalau tak silap aku, ayurverdic ni salah satu cabang perubatan kuno India.

Ya, setelah agak lama guna pam neb tanpa asma aku sembuh. Aku cuba ubat Ayuverdic. Dah penat la aku guna ubat biasa setiap kali kena asma. Memang pam berkesan tapi asma tu akan datang semula. 

Biarlah cuba ubat apa pun tak kisah, asalkan boleh sembuh. Malam tadi lepas makan ubat ayurverdic terasa dada sedikit panas. 

Pagi waktu dinihari aku tak perlu pum macam biasa. Lelah tak hilang terus, cuma keadaan aku agak stabil dan tak perlukan neb macam selalu.

Kalau yang follow blog ni pasti tahu berapa banyak aku neb sebelum ni.

Siap mampu buat jump rope routine. 

Isnin, Mac 27, 2023

asma mengejut ku sahur

Kena asma terus jaga sahur. Waktu sahur memang waktu biasa aku kena asma. Kena ambil neb 2 pam. 


Hari ni sudut berbeza parking motor sebab nak elak jumpa staff, tapi ada juga yang nampak tu, aku bawa beg nak melala. Ada TTO (Kamil) yang tegur, "kerja part time hantar Mc D ya?" Ha ha aku iakan aja. 

Balik kerja solat asar, lepas tu siapkan 2 job. Penat wei. Dari Seksyen 15 Bangi sampai ke Sungai Chua Kajang, kuarters klinik. 

Malam lepas Isyak terus balik. 

Ahad, Mac 26, 2023

sikit lagi affiliate nak keluar


Hari ke 4 puasa. 

Lepas subuh, macam biasa aku akan duduk kat kerusi, konon konon nak berehat, tapi terlelap juga akhirnya. Begitulah aku setiap kali Ramadhan. Perangai (tabiat) tak berubah. Suka layan mata lepas waktu subuh. 

Bangun dalam 930 am aku ke pasar Kajang, beli lauk untuk berbuka. Ayam kampung rm19 seekor. Bi mengamuk sebab katanya ayam kampung susah nak masak. Dulu harga ayam kampung ni rm14 seekor. Sayur terung dengan lobak merah saja, rm10. 

Begitulah.
Lepas beli lauk aku keluar melala buat Lala Move sampai ke petang. Semua pergi sampai bukit semua di Sungai Merab. Ada eifil tower rupanya. 

Di Bangi orang dah ramai mula mencari baju raya. Kereta banyak dan jem teruk di kawasan Kedai baju melayu, baju kurung valet bulan bintang

Sebelum balik aku beli air teh ais untuk Firas. Ya besar dan banyak. Harga rm7. Aku dah tak nak, brader tu kata ambik la rm5 dia bagi diskaun. Brader sorang lagi beri aku bubur lambuk, free. Tapi bubur lambuk dia tak boleh Lawan gmi punya bubur lambuk. 

Sabtu, Mac 25, 2023

hari ke 3 puasa

Mengantuk.
Nak melala rasa tak confident pulak sebab dah lama tak buat. Goyang nak ambik job pun . 

Bi pergi sekolah sebab ada Ladap. Lepas balik hantar Bi ke sekolah, aku (waktu pagi) tak buat apa. Tidur je. Shave pun tak sempat, serabai. 

Kena Lala juga. Akhirnya aku ambil satu job saja. Hantar fat cat Bangi ke Abu Bakar Baginda. 

Kena balik awal sebab Firas nak ikut pergi bazaar Ramadhan. Singgah bazaar Bangi beli ayam masak pedas. Pedas wei. 

Sebelum tidur neb biru 2 kali. 

Jumaat, Mac 24, 2023

terasa lemah


Hari ke dua puasa. 
Kurang oksigen pagi lepas sahur sesak dada dan batuk. 

Nyaris nak pakai neb lepas subuh. Tahankan dulu sebab puasa. Kalau tak silap pakai neb batal. 

Jumaat di Kajang Utama. Tengahari panas. Tapi petang ada hujan sikit.

Sebelum balik sempat ambil bubur lambuk di masjid GMI. 

Lepas terawih semput. Balik awal. Neb biru 2 kali. 

Khamis, Mac 23, 2023

marhaban Ramadhan 1444

1 Ramadhan 1444. Selamat berpuasa semua. 

Panas juga cuaca hari ni. Jalan depan sekolah jem dengan kereta, motor ibu bapa dan juga van sekolah. 

Aku keluar tengahari. Pergi sekolah firas bayar yuran. Ustaz yang jaga agak muda. 

Cuaca panas. Boleh tahan bahang dia. Kalau yang kulit sensitif memang kena pakai sunscreen

Petang ni hujan pula, mungkin panas tengahari yang membahang membuat kilat petang bersama hujan. 

Bulan puasa kerja sampai 4 30 petang. Badan kurang cergas, terasa cam nak balik awal je. 

4 30 sikit keluar nak ambil bubur lambuk. Habis licin dah. Sama macam tahun lepas, habis awal.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.