Sabtu, April 08, 2023

bernafas dalam lumpur


Asma again. 

4 kali neb. Neb ni boleh ambil 4 kali saja maksima. Kalau lebih 4 kali neb tapi asma masih tak hilang kena pergi hospital, itu yang wife aku beritahu la.

Petang aku melala sampai bukit Kajang sana. 2 job saja.

Malam ni dah nak hantar Irfan balik ke asrama.
Bas Lienadia. Dia tak kasi can langsung. Tepat waktu 9 dia terus gerak. Nasib la siapa lambat. Kami dah kena dah. 


Jumaat, April 07, 2023

batuk teruk

16 Ramadhan 1444.

Semput dan batuk. Tak boleh neb sebab dah masuk waktu subuh. Kena tahankan saja. Malam dah pakai neb pencegah. Elok je tidur. Bangun lepas sahur dia datang. Teruk gak. 

Masih gi kerja. Masih jump rope. 

Solat jumaat di Kajang Utama dengan Irfan. Irfan ajak berbuka kat luar. 

Sebenarnya plan nak pergi ke Cyber, ke Masjid Raja Haji tapi jem teruk jalan ke sana. 

Ambil keputusan ke Masjid Hijau Bangi. Lepas berbuka ke Bangi Central cari baju melayu Irfan dan Firas. Ok sikit malam orang tak ramai.

Khamis, April 06, 2023

2 sebelum 2 selepas.


I'm talking about neb. The amount I took relative to my sleep. It was rather extreme for me. My mouth appeared dry because of neb, maybe. 

At the morning, en route to Hospital Serdang, I got stuck in massive traffic jam. The worst in recent memory. 

Bottleneck happened at tol Sungai Ramal B heading towards Putrajaya. Cars almost non moving at all. I tried to calm and crawl along. Alhamdulillah, after the bottleneck, everything was fine. 

Appointment pukul 8 00 pagi. Dengan penuh skema aku gerak jam 7 30 pagi. Waktu orang pergi kerja hala Putrajaya. Silap besar la. 

Apa pun semoga hari ni penuh berkat. Semoga segala urusan lancar. 
15 Ramadhan 1444 sudah dekat nak raya. 

Hari ni asma datang awal sebelah petang, selalunya aku kena asma waktu dinihari. Siap pakej bersin sekali. Gagahkan diri untuk turun beli beras dan lauk berbuka. 

Sampai rumah teramat penat, semput gila gila. Nak angkat beras 10kg memang tak larat. 

Lepas berbuka baru aku neb lagi 2 kali. Keadaan agak terkawal. 

Rabu, April 05, 2023

hampir separuh Ramadhan

Ramadhan sudah masuk hampir separuh. Diam tak diam dah 14 Ramadhan 1444 kini. 

Aku agak kepenatan. Semalam semput... Aku cuba Neb sekali saja, biasanya dua kali. 

Gerimis pagi ni nak gi kerja. Cuba jump rope tapi gagal sikit lagi last 10. Kurang fokus. 

Esok cuti sehari dah apply. 
Apply cuti raya pulak sampai Mei. Tak sabar nak raya ke tu. Sabar ya, terutama yang balik Kelantan.
Baki cuti 16.5

Abag Naz tolong ambilkan bubur lambuk. Hari ni bubur lambuk staff yang buat. Tengku datang nak download slip gaji sebab nak beli kereta katanya. 

Balik kerja aku ke terus Bazar Kampung Sungai Tangkas. Arizal tegur, aku pulak blur, siap dia buka visor helmet baru aku sedar. Maklum lah puasa kan, malas aku nak toleh toleh.

Beli lauk kari kambing dan ayam goreng je. Rm 24. Beli air teh ais cincau rm5. 

Lepas hantar lauk ke rumah aku keluar semula melala satu job saja. Hantar US Pizza ke Kajang atas Giant sana. Jalan jem teruk, dan ada polis jaga. Klip berfungsi baik. 

Pukul 11 mata dah surender. 

Selasa, April 04, 2023

ambik Irfan

Malam tadi ambik 7 helai daun ginseng jawa. Ingatkan macam sebelum ni la, boleh atasi asma. 

Dinihari terpaksa neb juga 2 kali. 

Lepas sahur Irfan dah wasap katanya dah sampai di Hentian Kajang. Cepat cepat aku minum dan terus gerak untuk ambik dia. 

Sampai rumah azan subuh.
Tertidur lambat sikit masuk kerja.
Kaki dah tak sakit. Masih merah tapi. 

Hari ni berpeluh juga buat pemindahan PC yang dah teruk mereput di Level 14 ke tempat yang sesuai nak buat write off. 

Tengahari sempat aku lari kejap ke surau. 

Petang sempat melala sikit. 2 job saja.
Sungai Chua ke Kajang dia punya jem dengan kereta memang tak boleh bincang langsung.

Malam belum apa2 dah semput. 

Kena ambik lagi daun ginseng jawa. 

Isnin, April 03, 2023

ginseng jawa it is

Saja nak share kepada pesakit asma. Tak semesti jadi cuma ikhtiar saja. 

Cuba lah kamu amalkan ginseng jawa. Kunyah beberapa helai daun ginseng jawa sebelum tidur. 

InshaAllah kamu akan rasakan sesuatu yang luarbiasa. 

Untuk ubat uyurverdic yang aku beli rasanya cannot go. Masalah dia ubat tu ok, cuma aku sendiri ada masalah sebab ubat tu kandungan gulanya agak tak sesuai dengan aku. 

Balik kerja 430 aku terus ke Bangi untuk buat Lala. Dapat la 3 trip jadi la. Trip akhir ke Bandar Teknologi Kajang. Ok la tak jauh sangat. 
Sebelum tidur kita ambil 7 helai daun ginseng Jawa. 

Ahad, April 02, 2023

mimpi bro shah datang

Layan video dia sampai mimpi dia datang. 

Siap rasa bersalah tu sebab tak layan dengan baik. Dia dan family datang mengejut rumah ma dan abah. Lepas dia balik abah lorak nak keluar juga sebab ada sedara dia yang tua meninggal. 

Aku memang layan video bro Shah. Lepas pam 2 kali aku tertidur. Masa tu lah mimpi dia datang. Realistik sungguh la. 

Memang setiap kali neb aku akan di datangi mimpi mimpi yang begitu kuat ekspressi mentalnya.

Lepas sahur pum lagi 2 kali. Wife ajak keluar siang nanti. Harap aku tak penat sangat. 

Hari tu teringat sembang dengan member pasal pokok jarum 7 bilah. Katanya pokok ni boleh buat ubat penyakit yang kronik seperti kanser. 


Petang keluar ke Cyberjaya Malakat Mall
Sunyi je sini. Lepas ke Malakat Mall pergi ke De Pulze pulak. Aku layan John Wick 4.

Berbuka ala kadar je kat tepi kerusi lepak dengan kurma sebab dah lewat. Lepas maghrib baru makan berat sikit di Restoren Sana Sini. 

Lepas berbuka Bi ajak cari baju melayu di Al Ikhsan. Bi belikan baju melayu merah edisi Alif Sattar (nak  bagi sedondon) harga rm169 juga. 

Malam aku try makan daun ginseng jawa sebab katanya boleh ubat lelah dan asma. Kita ikhtiar je yang mana mampu. 

Irfan kata dia boleh balik sebab kat sekolah ada catuan air. So aku terus belikan tilet untuk dia balik esok. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.