Jumaat, Mei 05, 2023

14 Syawal: cabaran puasa 6


Aku cuba sedaya upaya untuk tidak ambil neb. Sebab tak mahu batal puasa. Tapi tewas jua akhirnya. 3 kali aku neb lepas subuh. 

Walaupun puasa dah batal, aku teruskan jua untuk tidak makan.

Hari ni 12 30 dah start hujan gerimis. Gelapnya macam lewat petang. 

Dekat waktu solat jumaat hujan lebat gila. Kalau ada payung untung la. Tak boleh buat apa, aku stay kat bilik, hujan tak berhenti. 

Masa balik pun sama, sampai rumah lenjun juga, baju hujan tak bawa. 

Khamis, Mei 04, 2023

13 Syawal: wesak day

Day 3 Syawal fasting.

Gaji bila gaji? Ha ha baru 4 hb kot.
Rambut pun dah makin serabai.

Hari ni birthday mama L di Raub. 

Pagi sampai petang aku keluar melala. 

Lain macam puasa 6 ni. Air paip pun seakan sedap. Tangan aku gelap berjemur matahari seharian. Lain kali kalau nak ride kena cari pelindung lengan.

Cari lauk sikit kat evo Bangi, esok nak sambung puasa. 

Rabu, Mei 03, 2023

12 Syawal: gold price rising

Gold price maybe high right now. But another precious metal that most ordinary people overlook is silver. Tell you what, silver squeeze will surprise you and me and all of us. At least I did have a few Oz of silver. But still, I will be crying. 

Hari ke 2 puasa Syawal. 

Abang Naz mula masuk. Kaki bengkak dan sakit kena gout, katanya akibat langgar pantang hari raya makan daging.

Dalam pukul 5 Asri naik. Dia minta maaf tak hadir open house Abg Naz. Hujan lebat petang masa nak balik kerja. Stay back dulu. Berbual dengan Shamsul Mazli. Aku ajak dia redah hujan. Sampai rumah 6 lebih juga. Hujan sampai ke malam. Kebasahan juga aku semasa balik. 

Kat belakang ni hujan lebat yang amat, sampai tak nampak bukit kat belakang. 

Berita dari FB, Zus my ex colleague and house mate masa bujang dulu dah resign from Amkor after 23 years of service. I myself served Amkor for almost 15 years as technician. 

Zus was an engineer with handsome pay. He resigned to serve and take care of his old man. What a noble man Zus is. 

Selasa, Mei 02, 2023

11 Syawal: kembali kerja


After a long holiday.
Day 1 puasa Syawal. 

Tempat kerja masih sunyi. Kereta staff pun tak banyak kelihatan lagi. Oh ya, kepada yand belum tahu, saya bekerja di German Malaysian Institute, sebuah kolej swasta bertaraf separa kerajaan. 

Kalau nak hantar anak belajar sini boleh wasap saya ya, 012 9108905. Ambilan July 2023 sedang berjalan. 

My partner Abg Naz pun belum masuk lagi. Tengahari ada jumpa Pie dalam lift dan belah petang jumpa Ahmad. Rehat tengahari aku keluar ke Bangi bayar pajak.

Pagi2 sebelum mula kerja aku jump rope dulu. Rutin bila kerja, mesti exercise dulu. 

Tepat 530 jibble out dan gerak. Hafiz follow up aku punya prospek GMI. Nampak macam mendung tapi tak hujan pun. Sekarang musim stroke haba. Cuaca panas.

Beli getah pingpong dekat rm100. 
Transfer kat herman rm300.

Isnin, Mei 01, 2023

10 Syawal: isnin, labour day

Isnin cuti hari pekerja. 

Pagi semput teruk juga. Terpaksa juga
3 kali neb. 

Nak melala rasa agak ragu. Takut pun ya. Duduk je lah kat rumah, lagipun esok dah start kerja.
Cadangan asal sebenarnya, aku nak mula puasa 6 Syawal start hari ni. Tapi bangun pun waktu dah subuh. Tak bersahur apa, jadi esok je lah start puasa. 

Petang ke Evo mall cari makan. Makan di kedai kopi jiwa. 
Ni semalam kat laman rumah abang Naz. Boleh tahan luas, rumah tepi. Ada  pokok kelapa mataq kat laman rumah dia. 

Untung la kan, nak minum air kelapa petik je. Jom tanam kelapa mataq. Kelapa muda mahal sekarang nak oi. Tanam pokok umpama tanam duit. Pokok berbuah umpama duit berbuah. 

Petang keluar ke evo cari lauk nak puasa esok. 

Ternampak pulak satu produk ni semasa Bi tengah buat kad evo yang baru. Produk minyak wangi dengan Aaron Aziz dan Nasha Aziz sebagai duta. Mereka bukan adik beradik ya. 

Sementara tunggu Bi aku bergambar dengan figura aktor Aaron Aziz dan Nasha Aziz. Kalau nak try minyak wangi mereka, klik je bawah. 

Iklan: Oud by Aaron Aziz

Ahad, April 30, 2023

Raya ke 9: 3 tempat beraya


Ada 3 tempat undangan yang harus ditunaikan. 
Rumah cikgu kawan bi. Rumah Abg Naz. Rumah Cik Ti adik aku. 

Balik dari beraya rumah Cik Ti di Woodbury terus ke Metro Point pula, nak potong rambut Irfan. Kelam kabut juga lah takut tak sempat hantar Irfan naik bas jam 8 malam. 

Pukul 8 malam ni kena hantar Irfan ke Kelantan naik bas di Hentian Kajang. Bas Mutiara. 

Bas sampai lewat. Sebab jem katanya. 
Jadual asal 8 pm. Terpaksa balik dulu tengok Firas. Dekat 11 pm baru gerak. 
Apapun Alhamdulillah Irfan selamat sampai di Kelantan. 
Rumah abg Naz. 
Rumah adik aku Ti. 
Dewan tuan rumah cikgu Indah. 

Apapun selesai urusan. Beraya rumah cik ti my sister, abg Naz my colleague dan kawan Bi, cikgu. 

Malam agak kepenatan. Penat menunggu bas. Bas bas lain pun struggle nak sampai on time. 

Sabtu, April 29, 2023

Raya ke 8: kenduri hj malek

Tak pasti boleh pergi ke tak. Nak gi tapi boleh ke bawa anak isteri? 

Lepas hantar barang badan penat dan kaki lenguh. Hantar sate willy 3 tempat, sampai satu kereta bau sate. 

Herman kata nak datang beraya, jadi aku stay je lah kat rumah. Tak hadir kenduri hj Malek nampaknya. Bi masak tengahari. Herman tak datang pulak. 

Petang semput sikit. 2 kali pum neb. 

Tan Sri Annuar Musa kata nak umum parti baru. Mungkin masuk PAS. Kelantan apa ada hal. PAS kuat. Janji ada parti. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.