Pagi2 aku pasang tayar kat subwoofer Tengku.
Rabu, Januari 03, 2024
Selasa, Januari 02, 2024
hari kedua 2024
Bila gunting rambut macam ni baru lah nampak terserlah yang aku ni beruban teruk.
Naz yang 50an pun tak beruban seteruk macam ni. Aku ok je. Minat pula style macam ni. Walau ada ubat pewarna tak perlu bagi aku.
Masa keluar tengah hari selisih dengan Lan. Dia dah tanya pasal ping pong dah.
Kat tempat kerja hari ni nampak bertenang je mungkin sebab masih ramai staff yang cuti.
Petang layan dengan Lan. Tewas set terakhir.
Isnin, Januari 01, 2024
selamat tahun baru
Pagi2 aku bawa Firas gunting rambut. Sebab tak ada orang lagi, dan rambut aku pun dah panjang, aku pun potong juga rambut.
Lepas tu ke pasar Kajang nak cari lauk, tapi pasar tutup. Ingat nak beli daging. Daging sejuk beku ada lah, nak beli takut silap pula.
Dari pasar aku ke pusat cuci kereta. Lepas cuci kereta aku terus hantar kereta kepada pemiliknya di Sungai Tangkas.
Lepas hantar kereta cari lauk lagi bajet sikit di kedai Acheh. Pun dekat 20 juga.
Balik rumah lepak saja dan kelaparan.
PM dan kerajaan nampak stabil je.
Kita yang berniaga barang ni mesti terus.
Pokok terung dah nak berbuah tapi bena pulak banyak. Kena guna spray anti bena la agaknya.
Dalam pukul 4 Cik Ti sampai. Terus beri duit yang ma kirim.
Ahad, Disember 31, 2023
gerak balik ke Kajang
Pakai jaket mizuno untuk tahan sejuk.
Agak mengantuk sikit mulanya. Bawa kakak uzma (anak buah aku) dan Firas je Irfan pula di kampung sebab dah kena pergi sekolah esok.
Lepas rehat rnr Gua Musang baru ok sikit drive sebab dah boleh pecut. Kereta Axia ni stabil je 140 dia tak goyang.
Sampai Bangi dalam 6 30pm terus hantar kakak ke rumahnya di Sungai Tangkas.
Sabtu, Disember 30, 2023
berdobi di Wakaf Bharu
Pagi2 tengah fikir tempat nak sarapan pagi. Abe Pis call ajak sarapan pagi di rumahnya. Sarapan nasi lemak dengan keropok.
Lepas sarapan lepak 2 dulu kejap kemudian keluar cari tempat dobi pula.
Di Gerong dobi ramai, jadi kami terus lajak ke Wakaf Bharu.
Jumaat, Disember 29, 2023
medan ilmu KB
Sarapan pagi di Din Tokyo. Lepak bawah khemah di Medan Ilmu KB.
Solat jumaat di Masjid Kg Sireh. Lepas solat terus ke Aeon. Semasa mencari kedai nak makan tengahari, seorang wanita melambai tangan kat aku.
Dalam hati aku berkata, "apa hal pulak minah ni".
Bila nampak abe Li barulah aku tahu bahawa perempuan itu adalah kak Ton. Kak Ton ni adalah anak sulung arwah ayah mertua ku. Kiranya kakak sulung kepada isteriku.
Inilah kami bila selesai makan. Gambar diambil oleh Irfan.
Khamis, Disember 28, 2023
lepak sungai Kelantan
Lepas sarapan lepak jap di sungai Kelantan.
Rupanya rumah Telaga Bata memang air dah naik. Betul tindakan abah suruh alihkan kereta. Tenggelam juga satu tangga.
Petang keluar Kb ada majlis di stadium. Ceramah oleh ustaz azhar idrus dan ustaz abdul somad.
Langgan:
Catatan (Atom)
Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921
- Ahmad Sadli Ibrahim
- Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.