Jumaat, Februari 23, 2024

jalan ke Gimhae pulak

Solat jumaat di masjid Gimhae dekat dengan stesen raja suro. 

Khamis, Februari 22, 2024

port kopi best

Rupanya ada port kopi best dan dekat pula dengan tempat sewa aku. Siap ada view cantik simpang jalan. Yang penting ada sarapan yang sederhana dan kopi panas. 

Rabu, Februari 21, 2024

tak sangka dapat masuk


Sebenarnya niat nak pergi survey je. Tapi tak sangka layanan mereka baik dan senang je proses beli tiket. Macam kat Tokyo dulu juga feel dia. 

Selasa, Februari 20, 2024

cuba explore Sasang

Cari masjid dan lihat keadaan di Masjid Fatah di Dusil, Busan. 
Kali pertama sampai Busan memang teruja, semua tempat aku bergambar.
Ini depan stesen ktx, keretapi laju ke Seoul, ibu kota Korea. Dekat je dengan rumah sewa aku. 
Masjid Fatah, aku lepak lama juga sebab ada air panas dan cas telefon. 




Isnin, Februari 19, 2024

selamat sampai di Korea

Ya, Alhamdulillah aku selamat sampai sekitar lewat pagi isnin di Gimhae, Busan, Korea. Mulanya agak risau juga pasal imigresen yang dengarnya agak ketat.

Tapi mujurlah Tak rumit sangat pun proses imigresen. Dokumen pun tengok passport je. Ok la aku dah standbye semua dokumen, termasuk visa. 

Semua lancar je, cuma penat sikit sebab flight delay 2 jam. Menurut syarikat Air Asia, delay sebab cuaca buruk di Busan.

Terpaksa aku lepak dalam surau KLIA sementara tunggu nak boarding masuk. Air Asia pula pandai ambil hati siap bagi nasi lemak free.

Dari airport aku terus ke tempat penginapan di Sasang. Mulanya aku cuba cari dengan bertanya orang tapi Sasang terlalu padat dan jalannya banyak. 

Mujurlah Tuan rumah beri panduan cara cari rumahnya. Siap ada peta dengan gambar sekali jalan mana aku kena lalu. 

Dia benarkan aku check in awal walaupun peraturan kata check in adalah 3 pm. Lepas check in, berehat cukup2. 

Ahad, Februari 18, 2024

InshaAllah gerak harini

Semoga dipermudahkan perjalanan dan diberkati oleh Allah segala usaha kita dan segala gerak kerja adalah demi mencari redha Allah. Aku hanya menjalani takdir. 

Lepas ambik Bi dari kelas silat, singgah kedai beli lauk lagi sikit. 

Lepas makan aku panggil Grab, hantar ke komuter. Naik komuter, aku terus gerak ke Mid Valley untuk ambik wifi. Dari Mid Valley pula ke TBS dan kemudian dari TBS ke KLIA 2.

Sampai sebelum maghrib di KLIA. Dah dekat KLIA ni baru aku telefon ma beritahu nak gerak ke Korea. 

Flight aku ke Korea dalam pukul 2 pagi nanti, jadi ada banyak juga masa untuk bertenang. 

Sekali flight delay hingga 4 pagi. Jadi terlampau banyak pula masa. Apa nak buat, lepak je la kat KLIA ni tengok orang lalu lalang sampai mengantuk.

Akhirnya aku ke surau cuba tidur. Boleh la tidur2 ayam. Kalau lelap kang bahaya pulak terlepas pesawat. 

Sabtu, Februari 17, 2024

old is gold

Old. Is gold. But sometimes old is also tired.
Jangan lupa bayar air rm2. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.