Jumaat, Julai 09, 2010

Senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi insuran.


Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi oleh syarikat2 insuran Malaysia yang telah di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. Jika anda memiliki polisi insuran maka anda akan dapat membuat claim jika terkena salah satu dari penyakit yang ada di bawah. Jika yang belum memiliki insuran, cepatlah bertindak sebelum terlambat. Insuran adalah pelaburan yang bijak untuk melabur sambil memiliki jaminan perlindungan (setakat nilai yang anda beli). Kita bukan mahu berlagak pandai, cuma beringat dan berwaspada sebelum musibah melanda, sekurang kurangnya ada sedikit persediaan, daripada tidak melakukan apa2.

36 Jenis penyakit di lindungi insuran.
1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan

Sudahkah anda memiliki insuran?

Isnin, Mei 31, 2010

Bahaya Kad kredit


Kad kredit adalah kemudahan untuk meminjam wang secara pantas dari bank. Dengan pemilikan kad kredit anda diberi kemudahan kredit (duit) sejumlah kadar had jumlah maksimum yang anda boleh guna, bergantung pada bank mana kad anda. 

Kad kredit boleh anda guna di banyak tempat dan ia memudahkan urusan jual beli. Tapi ramai pula yang bila pinjam duit lupa dunia, akibatnya hutang bertimbun tak mampu bayar. Lebih teruk dari itu ada juga yang muflis.    

Kad kredit bukan sahaja bahaya dari sudut ekonomi, tapi sebenarnya dari sudut agama ia adalah amalan riba secara nyata. Hukum riba anda boleh semak sendiri. Ia sangat berat, bahkan jauh lebih berat dari hukum zina. Tapi ramainya orang yang buat pinjaman kerana menyangka bank yang tanggung dosa riba. Sebenarnya kita yang pinjam pun bersubahat dalam amalan riba. 

Hari ini saya dah tutup 2 kad kredit. Iaitu Master Kad Mbf dan Visa Ambank. Jadi hanya ada 2 kad saja sekarang daripada 4 kad. Ingat kad Master Kad BSN pun nak juga tutup juga tapi BSN suruh buat surat rasmi lah pulak. Bukan main susah nak tutup akaun kad BSN ni. Tak mengapalah, pakai lah (pegang) dulu sekejap. Harap BSN boleh memberi khidmat yang baik lah sebab kamu agensi kerajaan. Terima kasih juga pada Mbf sebab beri peluang saya pinjam duit kamu.

Masa saya pakai MBF kad, layanan mereka adalah baik. Dulu pernah kad saya kena "curi" pakai oleh pihak ketiga sebanyak RM 1 ribu. Keluar pernyataan dalam bil bulanan mereka. Saya pun rasa gelabah dan panik jugalah sebab RM 1 ribu pun kira banyak juga. Saya telefon pihak Mbf dan jelaskan pada mereka yang bukan saya yang gunakan (swipe) duit itu. Mujurlah pihak Mbf mempercayai saya dan mereka terus sahaja membatalkan nilai RM 1 ribu itu tanpa banyak soal jawab sangat.

Kalau kena dengan BSN macam mana? Mungkin dia akan kata "kami tak kira, awak kena bayar jugak, itu masalah awak, bukan masalah kami." Ha, macam mana? Tak ke naya macam tu? Sila jawab orang BSN. Macam mana tu, kat BSN Klang, kaunter khidmat pelanggan pun tak ada? Masa saya nak tutup akaun kad kredit BSN saya terpaksa menunggu bersama pelanggan-pelanggan yang membuat urusan lain. Bila nombor dah di panggil kena buat surat rasmi lah pulak.

Sekarang pakai kad banyak2 pun menjadi beban kerana kerajaan sudah kenakan cukai RM 50 setahun untuk setiap kad kredit, jadi kalau saya pakai 4 kad, senang-senang saja kerajaan makan RM 200 duit saya. Itu belum kira lagi yuran tahunan yang di kenakan oleh pihak pengeluar kad kredit (bank lah tu). Saya hanya merancang untuk pakai 1 kad sahaja, itupun utuk urusan jual beli di internet. Jadi antara kad BSN dan Am Bank, salah satu akan saya korbankan. Mari kita tengok siapa yang kena.

Pesanan saya pada kawan-kawan, tak perlulah guna kad kredit sebab ia akan menjadi punca papa kedana. Ia akan membuat kita terikat kaki dan tangan pada bank. Kita bekerja bukan untuk diri kita lagi, tapi untuk bank. Tak percaya? Semaklah berapa peratus bunga yang anda kena dengan kad kredit. Ianya adalah 13% hingga 16%. Cubalah anda fikir, kalau bonus ASB anda 13% anda akan dapat berapa?

Katalah anda ada duit ASB 10 ribu, tapi pada masa yang sama anda hutang kad kredit 10 ribu. Di mana anda berada? Anda tidak ada satu sen pun duit sebenarnya, malahan anda terpaksa lagi cari untuk bayar hutang. Bonus ASB kalau cecah 9% kira rekod dunia tu. Biasanya sekitar 8% lebih sahaja dah bangga gila. Kalau orang yang langsung tak ada simpanan macam mana? Jawabnya korek lubang kubur sendiri dan sendiri tanam lah!

Itu gambaran yang mudah sahaja, tapi ramai yang tak nampak sebab dah terbiasa sangat hidup dengan budaya berhutang sehingga lupa nak menghitung guna asas matematik, tapi guna asas perasaan dan kebendaan.

Simpanlah duit untuk hari tua anda kerana tak akan ada orang yang akan memberikan pesanan pada anda, sehingalah kita leka dan lalai dengan kehidupan. Bila dah sedar, (akan sedar bila perlu duit atau sakit umpamanya) rupa-rupanya dah nak pencen pun tapi duit simpanan langsung tak ada, jadi apa nak buat? Menangis air mata darah pun tak guna, kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.

Selasa, Mac 23, 2010

Senarai Pelepasan Cukai Individu 2009

Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2009. Tuntutlah hak anda dan jadilah warga Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar cukai dengan tepat, jujur dan ikhlas. Semoga kita sama sama menyumbang untuk kesejahteraan negara kita di masa sekarang dan akan datang untuk anak2 kita dan generasi yang akan datang....

1. Diri - Rm8000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu bapa - Rm5000
3. Alat Bantuan Asas - Rm5000
4. Individu Kurang Upaya - Rm6000
5. Yuran pendidikan (Phd atau master) - Rm5000
6. Perbelanjaan perubatan Untuk penyakit Kronik - Rm5000
7. Pemeriksaan Kesihatan Lengkap - Rm500
8. Pembelian buku dan majalah - Rm1000
9. Pembelian komputer peribadi - Rm3000
10. Simpanan bersih SSPN - Rm3000
11. Pembelian alat sukan - Rm300
12. Pembayaran alimoni suami/isteri -Rm3000
13. Suami/isteri kurang upaya - Rm3000
14. Anak - Rm1000
15. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar menengah- Rm1000
16. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar diploma/degree/ke atas yang diiktiraf kerajaan -Rm4000
17. Anak kurang upaya - Rm5000
18. Insuran nyawa dan KWSP - Rm6000
19. Insuran untuk pendidikan atau faedah perubatan contoh: takaful etika dsb. - Rm3000

Sekiranya ada perkara yang kurang jelas, pergilah ke mana2 pejabat Hasil yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan yang lebih lanjut. Selamat menaksir cukai dengan tepat dan berhemah.

Rabu, Disember 30, 2009

Pak Zawi mengalahkan Google

Blog Pak Zawi berjaya mengalahkan Google sebagai penyumbang link terbanyak kepada Kelantan Blogger. Tahniah Pak Zawi. Anda memang seorang blogger sejati yang hebat.

Selasa, Disember 29, 2009

Kopi Tongkat Ali Power dari BIO ASLI


Tongkat Ali adalah herba tersohor yang sering dicari oleh kaum Adam yang mahu menambahkan lagi kekuatan dalaman. 

Namun rasa air tongkat ali sebenar adalah amat pahit dan bukan boleh diminum terus oleh orang biasa. 

Jesteru banyaklah produk seperti kopi dicampur tongkat ali agar mengambil tongkat ali menjadi lebih mudah.   
Kopi nanduk gold keluaran Bio-Asli adalah kopi tongkat ali istimewa dengan ramuan yang memberikan kesejahteraan kepada lelaki. 

Ia mampu membangkitkan kembali kehangatan malam pertama, memberikan lelaki segala kegagahan yang diperlukan untuk menakluk badai yang mengganas. 

Biji kopi terpilih diadun dengan khasiat susu kambing, nanduk gold semestinya berkualiti tinggi dan terjamin keunggulannya. 

Setiap kotak istimewa ini didatangkan dengan 12 paket kopi campuran tersedia untuk terus diminum panas atau sejuk, dengan rasa istimewa yang pastinya sukar dilupakan. 

Apa yang istimewa ialah ia tidak dicampur gula pasir, sebaliknya rasa manis nanduk gold datang dari herba istimewa stevia sebagai pengganti gula.

Harus anda ingat, bukan semua kopi berunsur power yang ada di pasaran adalah selamat. Kerana itulah anda mesti membeli dari syarikat yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. 

Bio Asli telah mula menjual produk berasaskan herba semenjak tahun 2007 lagi adalah syarikat bumiputra yang telah diakui oleh orang ramai.

Minumlah kopi nanduk hari ini untuk kelelakian dan kesihatan. Dapatkan segera untuk diri anda atau sahabat baik.

Ahad, Disember 20, 2009

Cara mencari downline dengan cepat


Mencari downline seramai yang mungkin adalah amat penting untuk berjaya sebagai usahawan mlm. Tanpa downline maka anda akan mati dalam MLM. Itu hukum paling utama kalau nak buat MLM, wajib cari downline. Dengan kemudahan internet hari ini, mencari downline tidak lagi terhad kepada kawasan setempat anda sahaja. Anda malahan boleh merekrut downline dari seluruh negara.

Apa yang hebat, dengan Biorich, anda boleh cari downline secara cepat dan banyak jika kena caranya. Bahkan anda juga boleh merekrut downline dari seluruh dunia! Saya bukan cakap kosong kerana downline saya dalam Biorich sudah beribu orang. Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mencari downline. Ini hasil pengalaman sendiri dan juga pembacaan saya.

1. Saya gunakan khidmat pegiklanan berbayar oleh Google AdWords. Anda perlu ada sedikit modal untuk mengiklan dengan Google. Dengan Google AdWords, iklan anda akan keluar di muka depan carian Google setiap kali mereka "search" dengan perkataan perkataan yang anda beli dari AdWords. Cas bayaran adalah setiap kali ada pengguna yang klik pada link anda. Dengan Google AdWord, anda tidak perlu bersusah payah membuat blog dan sebagainya. Hanya sediakan link ke laman web mlm yang anda buat. Cara ini kena ada modal tapi cepat. Anda tak perlu buat blog dan berusaha capai tempat tertinggi dalam Google. Makan masa cara begitu, bukan tak boleh tapi lambat, anda mungkin mati dulu..mati semangat lah.

2. Ini cara tak perlu duit tapi perlu USAHA lebih. BUAT BLOG (macam saya buat la ni). Kemudian sediakan link sebanyak yang mungkin di blog anda samada melalui link perkataan atau link gambar yang mampu menarik perhatian pengunjung blog anda. Sebelum itu anda mestilah mempunyai dan membina sebuah blog yang ramai pelawat. Bila ada ramai pelawat barulah ada kemungkinan yang tinggi untuk mereka klik pada link anda. Jika pelawat blog anda sedikit, maka sedikitlah kemungkinan orang akan klik link anda. Lihat contoh blog ini sendiri. Ia bukan di buat sehari dua. Bukan sebulan dua. Ia mengambil masa yang lama.

3. Buka mulut dan cakap. Cakap cakap mulut, iklan di majalah, surat khabar, iklan di tempat awam, dan sebagainya. Hakikatnya, anda perlu berusaha keras untuk mencari downline. Tidak ada jalan mudah untuk senang. Itu hakikatnya. Janganlah anda mudah terpedaya dengan ungkapan manis "labur sekali untung berkali kali". Tidak ada benda semacam itu. Kalau ada kenapa mereka perlu buat benda sama berkali kali pada anda?

Kalau ada mlm yang cakap kerja mudah, senang jual, itu tipu. MLM adalah kerja yang payah. Anda perlu gigih berusaha tanpa jemu bertahun tahun sebelum berjaya. Tanyalah mana mana orang yang dah buat MLM. Lagi cepat anda dijanjikan kekayaan, lagi cepatlah company MLM itu lingkup. Ingat, semua company berjuang supaya company kaya, bukan anda kaya! Hakikatnya, anda perlu bekerja keras. Tapi jika berada dengan company yang baik, anda akhirnya akan berjaya jua.

Tak kiralah CNI ke, Zhulian ke, Amway ke Avon ke dan banyak lagilah. Mereka semua berdaftar dan berniga secara jujur. Tapi jangan pula macam Swiss Cash. Barang tak ada tapi untung juta-juta. Carilah company yang berniaga secara jujur menjual barang, bukan menjual janji manis. Fikirkan lah.

MLM lubuk cari duit kalau kena caranya. Orang lain boleh takkan anda tak boleh? Bukan kena berhenti kerja pun.

Ahad, Disember 06, 2009

Klang Sentral tidak central?

Pengankutan awam di Malaysia agak maju namun masih banyak yang boleh di tambah baik.

Klang Sentral yang terletak di Meru adalah pusat bas yang baru bagi kawasan Klang. Bas bas ekspress antara bandar dan negeri kini berpusat di Klang Sentral. Kawasan baru ini di buat bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan dan ketidakselesaan penumpang bas di kawasan yang lama dulu. Klang Sentral ternyata lebih besar dan selesa kepada pengguna. Namun kawasan ini bukanlah terletak di tengah Klang sebagai namanya itu, sentral . Ia terletak di pinggir Klang, iaitu Meru. Meru masih sedang membangun dan Klang Sentral masih belum di gunakan sepenuhnya. Teksi sewa juga kelihatan tak begitu banyak.

Paling sedih, tidak ada pun bas dari Klang Sentral untuk pergi ke Banting. Teksi ke Banting pula, tak payah cerita, memang cekik darah, cas dalam RM 50. Penumpang dari Klang Sentral yang mahu ke Banting perlu naik bas transit ke bandar Klang dan kemudian dari situ barulah naik bas sekali lagi untuk ke Banting. Jadi layakkah ia di panggil Sentral? (Centre = tengah). Kalau di panggil Meru Central mungkin lebih tepat. Boleh juga di panggil Klang Tepi.

Kalau kat KLIA pulak, bas nak pergi LCCT pun tak ada bas. Dari terminal MAS kenalah naik teksi lagi..Duit lagi.

Pilihan yang ada, pergi KL Sentral dulu. Dari situ ambil bas.

Pengangkutan murah Skybus - dari KL sentral ke LCCT RM 9.00

Namun, sebenarnya banyak lagi yang perlu di buat supaya Malaysia mempunyai pengangkutan awam bertaraf dunia.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.