Sabtu, September 03, 2011

MLM secara online?

Ini adalah sekadar perbincangan secara santai tentang perihal MLM di negara kita Malaysia. Perniagaan MLM ni kalau pandai dan serius boleh buat duit. Tengok Dato' Azman Ching buat CNI sampai boleh pakai kereta Jaguar tu. Rumah pulak kat kelab golf SAAS Shah Alam. Bukan senang mahu jadi kaya macam Azman, kena berani dan "gila-gila" macam Azman jugak la.

Jadi saya pun terfikir nak buat juga macam Azman, tapi saya ni tak pandai cakap dan pemalu pula orangnya. Oleh itu, ketika saya sedang mencari-cari peluang berniaga dengan meninjau masa depan perniagaan yang MLM yang berpotensi, maka datanglah dalam fikiran saya idea untuk cuba menjual produk jualan langsung secara online atau melalui internet.


Setelah saya memeriksa dan bertanya dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang telah lama dalam perniagaan MLM (seperti Amway, Avon, CNI dan sebagainya), mereka telah memberitahu saya bahawa anda TIDAK dibenarkan untuk menjual produk jualan langsung di Internet atau melalui internet.

Bukan itu saja, anda juga tidak dibenarkan untuk menunjukkan jenama produk, menunjukkan cerita tentang produk atau mengatakan bahawa ia adalah produk Amway. Jika anda cuba menjual produk dalam talian barang-barang Amway bermakna anda telah melanggar peraturan MLM malaysia, bahkan ada terdapat kes apabila Amway telah mendakwa orang-orang yang melakukan jualan secara internet kerana melanggar peraturan-peraturan MLM.

Sebab utama peraturan-peraturan ini telah diwartakan ke dalam dunia MLM Malaysia adalah untuk mengekalkan suatu suasana yang adil bagi orang baru dalam MLM. Dengan adanya peraturan sebegitu, maka tidak kira jika anda mempunyai bajet yang lebih besar daripada orang lain untuk mengiklankan produk anda itu, anda harus buat sama saja macam ahli-ahli yang lain iaitu dengan pergi kepada semua kepada orang dengan bersemuka dan menjual produk kepada mereka secara face to face.

Jualan produk seumpama Amway adalah lazimnya secara terus dengan berjumpa orang (prospek) merupakan konsep asas mana-mana MLM. Jumpa orang, cerita produk, kemudian ajak dia join. Itulah asas perniagaan MLM. Kerana itu, jika anda mempunyai pengetahuan Internet yang lebih daripada orang lain yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia MLM, ia boleh dianggap sebagai suatu kelebihan yang tidak adil dan ini tidak sesekali syarikat antarabangsa seperti Amway mahu lihat ia terjadi.

Oleh itu, jika anda ingin untuk menjual jualan langsung atau produk MLM secara online, anda sebaiknya memeriksa dengan membaca atau bertanya terus kepada pihak syarikat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dalaman mereka terlebih dahulu dengan teliti.

Bukan syarikat Malaysia sahaja, malah syarikat antarbangsa seperti E-bay, sebagai contoh, tidak akan menerima SEBARANG produk pemasaran syarikat MLM yang cuba dijual di laman web mereka.

Jadi adakah wujud MLM secara online di Malaysia? Apa pendapat anda jika saya kata ada? Syarikat itu ialah BIO ASLI.

Khamis, Ogos 25, 2011

Peluang Perniagaan Internet online

Perniagaan internet adalah perniagaan terbaik hari ini dengan adanya kemajuan pesat industri internet dan komputer di Malaysia.

Adakah anda sedang mencari peluang untuk bekerja dari rumah melalui internet?

Ramai orang berminat bekerja dari rumah kerana ia memberi pelbagai kemudahan dan kesenangan untuk kita bekerja sambil duduk menjaga anak di rumah. Bekerja dari rumah bukan bermakna kita malas, tapi ia adalah pilihan untuk mereka yang susah untuk bekerja di luar oleh sebab-sebab yang pelbagai seperti masalah kesihatan atau masalah kegawatan di tempat kerja atau mungkin juga kerana sudah bosan bekerja mengikut arahan boss anda.

Saya mahu persembahkan kepada anda peluang untuk menjalankan sesuatu yang bermakna. Suatu usaha yang baik untuk hidup yang lebih baik. Peluang bekerja dari rumah secara serius atau secara sambilan, anda yang tentukan. Bagusnya jika dapat kerja dari rumah, boleh usaha dari mana pun yang ada internet. Tak perlu merantau jauh.

Adakah anda ....
  • Sedang mencari peluang kerja?
  • Mahu bekerja dari rumah secara online?
  • Mahu berniaga secara atas talian?
  • Mahu menambah pendapatan secara sambilan?
  • Mahu cari duit lebih?
  • Mahu jadi usahawan?
  • Mahu memulakan perniagaan sendiri?
  • Mahu berniaga secara online?
  • Mahu berjaya dalam hidup?
  • Mahu lakukan sesuatu dengan waktu yang anda ada?
  • Mahu cuti tapi boss tak bagi?
  • Mahu bina empayar perniagaan?
  • Mahu kerja tapi tak sanggup tinggal anak?
Jika anda berada dalam salah satu dari kategori di atas, maka saya ada sesuatu yang menarik untuk anda. Jom kita sertai syarikat online BIO-ASLI (SILA KLIK SINI). Sama-sama kita mengembangkan perniagaan secara atas talian sahaja, dari rumah tanpa perlu kos yang tinggi.

Kelebihan: Tidak ada risiko dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang ada internet di rumah. Pendapatan lumayan jika anda tekun dan bekerja keras. Telus dan adil. Senang nak buat ada potensi jika benar-benar fokus. Tak perlu sewa kedai, tak perlu hantar (p0s) barang. Apa anda perlu buat? Cari customer dan cari downline. Itu sahaja.

Apa yang saya dapat kalau saya buat BIO-ASLI? Inilah yang anda dapat. SILA KLIK SINI..

Inilah peluang terbaik buat anda.

Barang yang di jual oleh BIO-ASLI
Minyak power VCO 31 untuk suami perkasa.
Firming Cream untuk membesarkan payudara.
Minyak kelapa dara asli.
Teh herba mas cotek.
Barangan kosmetik kecantikan wanita.


Isnin, Mac 21, 2011

Selamat Mengundi orang Sarawak


1. Orang-orang Sarawak bakal mengundi tak lama lagi, jadi selamat mengundi dengan bijaksana. Gunalah peluang untuk mengundi demi memilih pemimpin yang baik. Jangan pula tak mahu campur politik kerana menganggap politik itu kotor. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Ada kesannya di kemudian hari. Jangan pula esok baru nak menyesal. Lihatlah di Libya susahnya nak tukar pemimpin, sampai ada yang hilang nyawa.

2. Hidup ini memang satu perjuangan yang panjang. Terkadang ada masa gembira, ada masa sedih. Ada tuah dan ada pula terpaksa menelan kepahitan. Sebagai blogger separuh masa, aku sedar betapa susahnya mahu berjaya.

3. Tadi aku dah buat penghantaran barang utuk pelanggan dari Sabah, bulan ini matlamat sudah tercapai tapi dari segi budget aku agak ketat. Tinggal beberapa hari mahu gaji tapi duit dalam bank dah kosong. Kat tangan tak sampai pun RM100.

4. Janganlah terkejut dengan format baru posting blog ini , aku cuba tiru stail che det punya blog. Sistem nombor dan point by point. Mulai saat ini akan akan berblog dengan lebih berdedikasi dan juga lebih jujur.

Rabu, Februari 09, 2011

MLM terbaik di Malaysia

Di Malaysia ada banyak syarikat MLM. Ada yang baru bertapak dan ada juga yang sudah lama dan terkenal. Ada bermacam-macam produk samada yang moden atau yang tradisional. Anda sendiri pun tentu pernah join dan buat macam2 MLM yang ada di Malaysia.

Bila ada banyak syarikat kita terpaksa memilih satu yang terbaik kerana kita perlu fokus agar kita dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu syarikat MLM. Jadi apakah syarikat MLM yang terbaik di Malaysia?

Antara syarikat MLM terbaik di Malaysia hari ini ialah BIO-ASLI. BIO-ASLI adalah syarikat MLM yang berasaskan produk minyak kelapa dara. Janganlah kita pandang rendah akan potensi minyak kelapa dara. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Kenapa saya kata BIO-ASLI adalah MLM terbaik di Malaysia?

BIO-ASLI adalah bersifat global. Anda boleh merekrut downline dari serata dunia dan bukan hanya terhad setakat di Malaysia sahaja. Anda juga tidak terikat dengan meeting atau demonstrasi produk. Tidak perlu tebal2 muka pergi rumah orang untuk menaja dan menjual. Bukanlah pergi rumah orang tak baik, cuma itu kerja yang gigih dan keras, kini dah ada cara yang lebih mudah dan senang, kenapa perlu nak susahkan diri sendiri? BIO-ASLI adalah MLM berasakan internet. Dunia adalah prospek anda!

Produk BIO-ASLI adalah terbukti memang power dan berkesan. Mudah untuk di jual jika anda faham dengan produk dan penggunaannya. Anda juga boleh guna sendiri pada peringkat awal untuk lebih memahami lagi tentang produk.

Bayaran komisyen setiap masa melalui teknologi internet membolehkan bayaran terus di buat direct ke akauan bank anda samada Maybank atau CIMB. Dengan minimum pembelian hanya RM25 anda sudah boleh makan komisyen hingga generasi ke 5. Maksimum belian cuma RM100 anda sudah boleh makan komisyen hingga generasi ke 20. Jika sales anda lebih banyak lagi dan downline juga buat sales bagus, banyaklah keuntungan anda. Ini asas MLM dan mana2 MLM pun bersifat begini. Jadi anda kena faham. Banyak sales, banyak duit, banyak downline, banyak komisyen. Itulah MLM.

Potensi yang luas untuk anda berjaya kerana sifatnya yang global dan juga pemasaran ke seluruh dunia. Penggunaan teknologi internet untuk mencari downline, memesan produk dan juga komunikasi menyebabkan anda dapat menjimatkan masa.

Tiada lagi masalah kena turun meeting malam2 atau kena turun ambil barang hantar barang. Semuanya di uruskan oleh syarikat BIO-ASLI. Apa yang anda perlu buat cuma cari downline dan buat sales. Itulah dua perkara terpenting dan juga perkara paling asas dan utama bagi mana2 syarikat MLM pun.

Jika anda ada pelanggan di UK, anda tak perlu susah2 poskan barang BIO-ASLI ke UK. Cuma masukkan data dan yang lain syarikat akan uruskan. Dengan kata lain kerja anda menjadi lebih mudah dan anda menjadi lebih fokus kepada usaha menengembangkan rangkaian anda.

Buat blog dan cari pelanggan. Proses menghantar barang akan di uruskan oleh syarikat. Jika anda ada duit lebih, anda boleh gunakan proses pengiklanan di Google atau Yahoo. Cari downline dan jual produk kini menjadi lebih mudah dengan bantuan teknologi internet. Dengan kata lain, dengan BIO-ASLI anda hanya fokus kepada tugas paling penting anda iaitu cari downline, buat sales.

Sesiapa yang pernah buat MLM pasti tahu dan faham susah payah nak berjaya dalam MLM. Ia bukan semudah kata dan semanis ayat yang selalu di dengar. Ia adalah perjuangan yang panjang dan perlukan ketabahan luarbiasa. Umpat keji dan hinaan adalah lumrah dalam MLM mana2 pun.

Namun kita perlu bijak dan pandai mencari peluang kerana walaupun banyak dugaan namun kemanisan kejayaan MLM adalah amat2 berbaloi. Bila sudah berjaya kita pun akan merasa amat bersyukur dan menjadikan diri lebih kuat lagi kerana kita sudah faham perangai manusia yang pelik dan macam2 itu.

Hari ini dunia sudah berkembang. Bukalah hati untuk mencuba buat MLM secara internet pula kerana ianya jauh lebih mudah dan berbaloi. Usaha anda hari ini akan menentukan kebahagiaan di kemudian hari. Jika takut nak berusaha, jangan mimpi nak hidup senang, kehidupan ini senantiasa penuh badai, namun janganlah kita mudah putus asa.

Pergilah sendiri ke ibu pejabat BIO-ASLI di Sabak Bernam untuk melihat dan mendegar sendiri cerita kejayaan luarbiasa BIO-ASLI. Saya sudah berkecimpung denngan BIO-ASLI sejak tahun 2007 lagi dan hari ini sudah ada beribu downline. Saya masih lagi berusaha dan suatu hari nanti saya yakin akan dapat mencapai kebebasan kewangan bersama dengan BIO-ASLI.

Jumaat, Julai 09, 2010

Senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi insuran.


Berikut adalah senarai 36 jenis penyakit yang di lindungi oleh syarikat2 insuran Malaysia yang telah di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. Jika anda memiliki polisi insuran maka anda akan dapat membuat claim jika terkena salah satu dari penyakit yang ada di bawah. Jika yang belum memiliki insuran, cepatlah bertindak sebelum terlambat. Insuran adalah pelaburan yang bijak untuk melabur sambil memiliki jaminan perlindungan (setakat nilai yang anda beli). Kita bukan mahu berlagak pandai, cuma beringat dan berwaspada sebelum musibah melanda, sekurang kurangnya ada sedikit persediaan, daripada tidak melakukan apa2.

36 Jenis penyakit di lindungi insuran.
1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan

Sudahkah anda memiliki insuran?

Isnin, Mei 31, 2010

Bahaya Kad kredit


Kad kredit adalah kemudahan untuk meminjam wang secara pantas dari bank. Dengan pemilikan kad kredit anda diberi kemudahan kredit (duit) sejumlah kadar had jumlah maksimum yang anda boleh guna, bergantung pada bank mana kad anda. 

Kad kredit boleh anda guna di banyak tempat dan ia memudahkan urusan jual beli. Tapi ramai pula yang bila pinjam duit lupa dunia, akibatnya hutang bertimbun tak mampu bayar. Lebih teruk dari itu ada juga yang muflis.    

Kad kredit bukan sahaja bahaya dari sudut ekonomi, tapi sebenarnya dari sudut agama ia adalah amalan riba secara nyata. Hukum riba anda boleh semak sendiri. Ia sangat berat, bahkan jauh lebih berat dari hukum zina. Tapi ramainya orang yang buat pinjaman kerana menyangka bank yang tanggung dosa riba. Sebenarnya kita yang pinjam pun bersubahat dalam amalan riba. 

Hari ini saya dah tutup 2 kad kredit. Iaitu Master Kad Mbf dan Visa Ambank. Jadi hanya ada 2 kad saja sekarang daripada 4 kad. Ingat kad Master Kad BSN pun nak juga tutup juga tapi BSN suruh buat surat rasmi lah pulak. Bukan main susah nak tutup akaun kad BSN ni. Tak mengapalah, pakai lah (pegang) dulu sekejap. Harap BSN boleh memberi khidmat yang baik lah sebab kamu agensi kerajaan. Terima kasih juga pada Mbf sebab beri peluang saya pinjam duit kamu.

Masa saya pakai MBF kad, layanan mereka adalah baik. Dulu pernah kad saya kena "curi" pakai oleh pihak ketiga sebanyak RM 1 ribu. Keluar pernyataan dalam bil bulanan mereka. Saya pun rasa gelabah dan panik jugalah sebab RM 1 ribu pun kira banyak juga. Saya telefon pihak Mbf dan jelaskan pada mereka yang bukan saya yang gunakan (swipe) duit itu. Mujurlah pihak Mbf mempercayai saya dan mereka terus sahaja membatalkan nilai RM 1 ribu itu tanpa banyak soal jawab sangat.

Kalau kena dengan BSN macam mana? Mungkin dia akan kata "kami tak kira, awak kena bayar jugak, itu masalah awak, bukan masalah kami." Ha, macam mana? Tak ke naya macam tu? Sila jawab orang BSN. Macam mana tu, kat BSN Klang, kaunter khidmat pelanggan pun tak ada? Masa saya nak tutup akaun kad kredit BSN saya terpaksa menunggu bersama pelanggan-pelanggan yang membuat urusan lain. Bila nombor dah di panggil kena buat surat rasmi lah pulak.

Sekarang pakai kad banyak2 pun menjadi beban kerana kerajaan sudah kenakan cukai RM 50 setahun untuk setiap kad kredit, jadi kalau saya pakai 4 kad, senang-senang saja kerajaan makan RM 200 duit saya. Itu belum kira lagi yuran tahunan yang di kenakan oleh pihak pengeluar kad kredit (bank lah tu). Saya hanya merancang untuk pakai 1 kad sahaja, itupun utuk urusan jual beli di internet. Jadi antara kad BSN dan Am Bank, salah satu akan saya korbankan. Mari kita tengok siapa yang kena.

Pesanan saya pada kawan-kawan, tak perlulah guna kad kredit sebab ia akan menjadi punca papa kedana. Ia akan membuat kita terikat kaki dan tangan pada bank. Kita bekerja bukan untuk diri kita lagi, tapi untuk bank. Tak percaya? Semaklah berapa peratus bunga yang anda kena dengan kad kredit. Ianya adalah 13% hingga 16%. Cubalah anda fikir, kalau bonus ASB anda 13% anda akan dapat berapa?

Katalah anda ada duit ASB 10 ribu, tapi pada masa yang sama anda hutang kad kredit 10 ribu. Di mana anda berada? Anda tidak ada satu sen pun duit sebenarnya, malahan anda terpaksa lagi cari untuk bayar hutang. Bonus ASB kalau cecah 9% kira rekod dunia tu. Biasanya sekitar 8% lebih sahaja dah bangga gila. Kalau orang yang langsung tak ada simpanan macam mana? Jawabnya korek lubang kubur sendiri dan sendiri tanam lah!

Itu gambaran yang mudah sahaja, tapi ramai yang tak nampak sebab dah terbiasa sangat hidup dengan budaya berhutang sehingga lupa nak menghitung guna asas matematik, tapi guna asas perasaan dan kebendaan.

Simpanlah duit untuk hari tua anda kerana tak akan ada orang yang akan memberikan pesanan pada anda, sehingalah kita leka dan lalai dengan kehidupan. Bila dah sedar, (akan sedar bila perlu duit atau sakit umpamanya) rupa-rupanya dah nak pencen pun tapi duit simpanan langsung tak ada, jadi apa nak buat? Menangis air mata darah pun tak guna, kerana masa yang berlalu tak akan kembali lagi.

Selasa, Mac 23, 2010

Senarai Pelepasan Cukai Individu 2009

Berikut adalah senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2009. Tuntutlah hak anda dan jadilah warga Malaysia yang bertanggungjawab dan membayar cukai dengan tepat, jujur dan ikhlas. Semoga kita sama sama menyumbang untuk kesejahteraan negara kita di masa sekarang dan akan datang untuk anak2 kita dan generasi yang akan datang....

1. Diri - Rm8000
2. Perbelanjaan Perubatan Ibu bapa - Rm5000
3. Alat Bantuan Asas - Rm5000
4. Individu Kurang Upaya - Rm6000
5. Yuran pendidikan (Phd atau master) - Rm5000
6. Perbelanjaan perubatan Untuk penyakit Kronik - Rm5000
7. Pemeriksaan Kesihatan Lengkap - Rm500
8. Pembelian buku dan majalah - Rm1000
9. Pembelian komputer peribadi - Rm3000
10. Simpanan bersih SSPN - Rm3000
11. Pembelian alat sukan - Rm300
12. Pembayaran alimoni suami/isteri -Rm3000
13. Suami/isteri kurang upaya - Rm3000
14. Anak - Rm1000
15. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar menengah- Rm1000
16. Anak 18 tahun ke atas yang bujang dan sedang belajar diploma/degree/ke atas yang diiktiraf kerajaan -Rm4000
17. Anak kurang upaya - Rm5000
18. Insuran nyawa dan KWSP - Rm6000
19. Insuran untuk pendidikan atau faedah perubatan contoh: takaful etika dsb. - Rm3000

Sekiranya ada perkara yang kurang jelas, pergilah ke mana2 pejabat Hasil yang terdekat dengan anda untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan yang lebih lanjut. Selamat menaksir cukai dengan tepat dan berhemah.

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.