Khamis, Mac 09, 2023

gerak ke KT

Gerak ke KTSelepas sarapan pagi yang super special. Nasi lemak dengan undang yang besar amat. Masakan Kak Tini, kakak ipar aku. Terima Kasih ya. Aku akan rindu lagi masakan ini. 

Lepas sarapan slow slow gerak. Drive dalam 3 jam lebih dari Pekan, Pahang ke KT Terengganu. Ingat nak ke KTCC. 

Semasa kami gerak dari kawasan Pekan ada hujan sikit, yang lebat juga. 

Boleh tahan penat dia. Sebab kereta aku tak mantap sangat. Bawa 100km/jam dah gegar kuat kat steering. 

Lelah masih ada. 

Kami menginap di J Suite Hotel Kuala Terengganu. Sampai awal tunggu juga baru boleh check in 3 PM. 

Petang sempat pos barang di Posstore. Abang Naz call lepas aku pos barang. 

Pergi KTCC aku agak lelah. Ktcc ni sebenarnya gempak juga, kedai sukan dia memang puas hati, banyak pilihan dan besar. Paling best jersey bola dan kasut pelbagai jenama. 

Petang kami makan di Nasken Coffee. Antara kedai kopi kegemaran aku. Harga dia boleh tahan juga. Kat KTCC ni juga ada starbuck. 

Malam kami lepak dulu bawah jambatan Drawbridge Terengganu, sampai pukul 10 baru balik ke hotel. 

Waktu malam di dataran KT ni memang happening juga. Ramai lagi orang walaupun dah pukul 10 malam. Ramai yang lepak2 berkelah, makan makan dan ramai yang bermain skuter elektrik, basikal elektrik dan beca yang dihias lampu. Ada juga yang bawa joran untuk memancing. 

Tak crowded sangat tapi masih meriah dan happening. 



Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.