Rabu, Mac 08, 2023

Gerak ke Pekan Pahang pagi ni.

Semoga dipermudahkan perjalanan dan diberkati oleh Allah segala usaha kita. Pagi2 kami bergerak untuk ke Pekan, Pahang. 

Selepas sarapan di tepian Bangi, aku 
cari shopee x press dulu nak selesaikan pos barang customer. Bukan apa, selesai cepat, senang tak kacau cuti kami.

Dua dua aku gagal, seksyen 9 tutup, dan Bangi Gateway tak jumpa tempat. Benda ni buat banyak masa rugi. 


Dalam pukul 1230 kami terkandas di Genting Sempah. Dalam beberapa ratus meter sebelum terowong. Temperature enjin naik sampai ke maksimum. Sikit lagi nak ke bar atas. 

Tak sempat nak berhenti di Genting Sempah. Hanya berhenti ada tempat lapang sikit selepas exit naik ke Genting. Kebetulan ada lori besar tengah parking, kami pun tumpang cone keselamatan diaorang. 

Aku matikan kereta, tiba2 jer ada pomen datang. Periksa dan dia nak repair. Aku hanya pasrah sebab tengah hutan bukit macam ni memang susah nak cari bengkel kereta. 

Kawan dia yang datang. Siap terlajak tu sampai terowong genting Sempah. 
Nak u turn lagi satu hal. Dah lama tunggu sampai penat. Dia sendiri pun tak sanggup nak menunggu. 

Mereka repair bagus, cuma harga memang mahal. Kena mark up cekik darah gila gila. 

3k kena sebab radiator je. Silap sendiri sebab tak servis berjadual. Tak buat PM. Padahal kalau beli kat shopee radiator baru dalam 250 saja. 

Risau keselamatan keluarga je aku. 

Macam ni baik aku jer jadi pomen. Tak de hal. Cakap jer nak repair apa. Aku pun technician apa. 

Apa pun kami bersyukur sempat juga sampai ke Pekan dalam pukul 9 30 PM. Mama tanya kenapa lewat. Kami tak beritahu. Takut mama risau. 

Moral cerita ni, simpan nombor towing. Apa apa panggil towing masuk bengkel. Lepas repair minta resit. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.