Selasa, November 25, 2014

Serangan asma yang teruk


Aku diserang asma. Agak teruk juga. Satu malam tak boleh tidur. Hampir ke subuh baru terlelap. Itu pun dalam keadaan duduk dan sekejap saja.

Entah apa yang aku silap makan. Malam tadi ada akan jeruk pelam sikit. Lepas tu minum air fiber. Mungkin tak serasi.

Air tu beli petang tu masa pergi MAHA. Sebelum sampai MAHA ada cerita.

Kereta aku kena hentam dari belakang oleh sebuah Proton Wira. Slow je tapi jatuh la gak bumper belakang dan nombor plete pun hancur. Kereta Wira tu lagi teruk. Bonet kemek dan cermin pecah. Kuat gak kereta aku. Tapi Wira tu berhenti kejap je, kemudian belah tanpa bercakap dengan aku. Aku pun tak mau cerita banyak. Redha je lah.

So hari ni dah nak masuk Zohor aku masih semput. Harap petang ni reda sebab malam ni aku nak training.

Petang asma belum reda. Makin teruk. Lepas mandi aku sesak nafas gila-gila hingga aku rasa tak mampu nak sembayang Maghrib.

Mujur lepas sembahyang Linda jumpa inhaler yang baru dan gasnya masih penuh. Aku cuma berehat, ping-pong memang tak boleh, nak pergi klinik pun aku tak larat. Aku cuba berehat tapi seluruh tubuh memang sakit lagi.

Jumaat, November 21, 2014

Kadar broadband internet prepaid Maxis lawan Celcom



Maxis atau Celcom pilihan anda?

Maxis dan Celcom adalah 2 syarikat gergasi telekom yang hebat bersaing di Malaysia. Kedua-dua syarikat ini adalah peneraju bidang komunikasi mudah alih di Malaysia. Kedua mereka cukup gah dengan liputan yang meluas dan dipercayai oleh orang ramai.

Yang mana satu pilihan anda? Siapakah yang memberi tawaran data broadband yang lebih murah? Pakej manakah yang lebih berbaloi untuk anda beli? Yang mana pilihan anda?

Celcom memiliki Ketua Pegawai Eksekutif anak melayu iaitu Dato Shazalli Ramly. Celcom telah bermula lebih awal seawal 1988 kerana Celcom adalah anak syarikat Telekom Malaysia yang berupa syarikat swasta dengan hubungan kerajaan.

Maxis pula yang muncul selepas itu mula menyaingi dan merampas kadar saham market pasaran telekomunikasi. Maxis kini diketuai oleh CEO luar negara bernama Morten Lundal. Dato Mokhzani Mahathir pula adalah salah seorang ahli lembaga pengarah Maxis. Maxis telah bermula seawal 1995.

Syarikat lain pula yang muncul selepas itu seperti  Digi, U mobile, P1, yes dan banyak lagi mula berusaha mencari pelanggan. Namun yang tetap popular masih lagi Maxis atau Celcom. Maxis perlu kreatif dan berusaha keras kerana Maxis tidak ada back up kuat seperti Celcom.

Jadi broadband prepaid maxisatau Celcom yang paling berbaloi.
Jawapan

Celcom prepaid paling murah ialah RM5 untuk 500 MB data selama satu hari.

Maxis prepaid paling murah ialah RM3 untuk 150MB+100 MB data selama satu hari + chat sosial tanpa had selagi pas aktif.

Celcom nampak straight forward terus kepada point iaitu RM5 dapat 500 MB.
Maxis pula nampak cuba beri gula-gula dan ayat nampak panjang dan pelanggan sukar faham.

Dalam kes ini, mereka tak lari jauh, cuma Celcom sedikit murah tawarannya kalau kita kira data bagi setiap ringgit. Kalau kira bajet murah Maxis menang sebab RM3 dah boleh berinternet seharian.

Maxis sebenarnya ada pakej RM5 dapat 500MB tetapi diletakkan pada kategori monster byte, (kategori special) yang offer katanya.

Celcom rileks jer RM5 dapat 500 MB data.

Rabu, November 19, 2014

Training update


Aku antara orang terawal datang. Bila aku sampai Mr President dah ada kat motor dia layan hisap rokok. Sembang kejap dan terus buat kerja ( alih dan angkat meja) bila Ijad sampai.

So malam tadi first time lawan dengan Mr President. Sebelum ni sempat stroke sikit-sikit je.
Mr President pakai getah pimple untuk back hand. So aku dah ok layan getah pimple. Jadi boleh fight jugak la dengan Mr President. Kalah tipis je.

Sebelum main dengan Mr President aku lawan dengan seorang mamat ni budak Kelantan. Dia main spin. Spin dia bagus. Cuma control dia agak lemah. So bila aku chop dia agak struggle nak spin. So aku punya chop dah agak stabil. Dipendekkan cerita budak Kelantan ni kalah dengan aku.

Lepas ni aku nak try lawan Ijad pulak. Ijad bila nak lawan aku?

Selasa, November 18, 2014

Malam tadi punya hal


Kalau anda pernah baca blog ni sebelum ni pastinya anda tahu yang saya ni ada penyakit asma. So malam tadi balik kerja shift 12 jam badan agak penat. So berehat je lepas makan dan main game FIFA 14 kejap. Batuk dah reda sikit tapi tekak ada lagi gatal dan lendir dalam tekak pun ada sikit.

Sebelum tidur saya ambil 4 biji pil minyak kelapa dara. Nak ambil pil kordisep tak jumpa pulak. So abaikan je.

Alhamdulillah tidurnya lena. Tak ada serangan asma.

Esoknya dalam waktu subuh, saya tersedar. Agak terkejut. Rasa agak sakit di bahagian alat sulit. Rupanya ia tegak semacam. Agak luarbiasa. Power gak rupanya minyak kelapa dara ni. Nasihat saya pada lelaki yang ada masalah batin, tak payah la cari kopi tongkat atau pil apa bagai, cuba je cari yang tradisional seperti minyak kelapa dara ni. Tak ada dadah dan semulajadi sumber dia.

Umur saya 36, anak  ada 2 orang. Dulu masa bujang tak ada penyakit lelah ni (asma). Agaknya masa muda saya tak jaga makan. Dah tua-tua ni kena la beringat. Jangan makan chewing gum sebab dia ada aspartam. Aspartam nama untuk gula tiruan. Ia dibuat dari methanol. Nama kampung dia cuka kayu. Kalau makan benda ni memang la kena penyakit. Nasihat la kat anak buah anda dan sebarkan maklumat ni.

So hari ni cuti tapi sepatutunya kena pergi Amkor ada training dari Training department, pun abaikan jugak.

Ingat nak berehat jer, malam ni kena datang awal sikit kelab ping-pong sebab nak tolong Mr presiden angkat meja dari pentas. Hari tu simpan sebab ada kejohanan teakwondo.

Untuk hari ni saya nak kongsi 5 perkara yang dilaporkan oleh pekerja hospice (orang yang jaga kes2 nazak) tentang 5 kekesalan semasa hampir mati, kalaulah masa boleh diputar semula saya akan............

1. Saya AKAN penuhi impian (mimpi ) saya bukannya impian orang sekeliling saya.....

2. Saya TIDAK akan bekerja terlalu kuat sehingga tak sempat tengok anak membesar....

3. Saya akan punya KEBERANIAN untuk meluahkan perasaan sebenar saya.....

4. Saya TIDAK akan abaikan kawan-kawan lama saya ........

5. Saya akan MEMILIH untuk bahagia dan gembira daripada hidup selesa dalam dunia saya yang         (kononnya) selamat dan terjamin.

Isnin, November 17, 2014

Jawapan yang tepat


Hari ni sarapan pagi dengan Ijan dan Rasyid. Ijan cakap dengan Rasyid, " DD7 dah nak tutup boleh la ambik Sadli masuk IC. " IC ialah department lama saya.

Jawab Rasyid, "tak payah, nanti semua tak ada kat line!"

Fauzi yang ada kat sini mulanya diam tapi dia akhirnya berkata "jawapan yang tepat."

Begitulah reputasiku di Amkor. Hu hu.

Ahad, November 16, 2014

Sarapan pagi dengan Champions


Pagi tadi aku sarapan di kedai Bonda (nama kedai bukan kedai mak aku ya) bersama Zainal, Awe dan Shurhazli. Pagi-pagi Shurhazli dah ajak aku tengok dia main ping-pong. Mesti bengkek dia sebab kalah semalam pasti belum padam.

Ok ceritanya macam ni.

Pukul 7.30 aku masuk line dan siapkan apa yang patut. Dalam  menghampiri pukul 8 Pak Uda masuk, terus beri arahan macam biasa, (macam kelam kabut sangat) padahal mesin yang jalan apa jer. Aku tengok semua mesin ok, aku pun keluar pergi tengok Shurhazli lawan Awe. Bila habis Shurhazli ajak aku main lawan dia. Aku tak bersedia (bukan mood nak berlawan) dan tak bawak bet.

Sebab aku tak bawak bet aku pinjam la bet Awe. Bet yang agak sederhana saja cuma pakai getah mahal tu butterfly Tenergy hitam dan merah Butterfly Sriver yang murah sikit. Bet ni power dia OK, cukup untuk aku chop. Tapi spin kureng, bagi aku la. Shurhazli pulak main chop saja. Aku tak boleh spin. Dipendekkan cerita aku kalah. Kalau pakai bet sendiri pasti lain jadinya, hu hu.

Kemudian aku lawan Awe pulak kali ni pakai bet Shurhazli. Bet dia getah Tibhar Legend (aku yang set up) kira power gak la. Cuma belah hitam getah dia getah common saja. Anyway aku tetap menang dengan Awe 5 set direct. Kok (supervisor B) pun ada tengok kitaorang main. Kok cakap, "Sadli kalau you shift I, I dah saman you." Kesalahan - main ping-pong waktu kerja. Nasib la aku shift A.

Habis main Pak Uda datang cari aku dengan bengang dan marah dia tanya aku, "mana kau pergi, orang nak angkat barang kat line?" Aku hanya diam dan cakap "OK nanti aku masuk." Pak Uda jawab "tak payah! semua dah siap" dengan bengis lagi.

So aku pun pergi ushar line sekejap kemudian pergi sarapan kat luar, tumpang motor Zainal. Tak lama kemudian juara-juara ping-pong pun sampai. Aku, Shurhazli dan Awe asyik sembang pasal ping-pong jer. Kesian pulak kat Zainal sampai dia pun naik boring. Anyway pulut kuning kat kedai ni sedap, aku boleh rekomen. Datang la cari kedai Bonda di Telok Panglima Garang.

Balik ke line makcik cleaner masih buat kerja-kerja cleaning kat line so mesin tak jalan sampai tengah hari. Jambu (supervisor aku) suruh aku tolong buat 6s kat area packing. Dalam pukul 12.45 aku keluar makan tengah hari. Kemudian layan ping-pong sampai pukul 2. Banyak lepak saja hari ni. Tengah hari dan petangnya pun main ping-pong lagi. Oh aku ni datang kerja ke datang main ping pong?    

Sabtu, November 15, 2014

Kemenangan yang manis

Aku terlebih dahulu ingin meminta maaf pada kalian kerana catitan ini tidak penting pada kalian tapi terlalu penting untuk diriku. Maafkan aku kerna mementingkan diri.

Ya cuma nak catit yang hari ini aku menang bergaya single dengan Shurhazli dan kemudian menang pula double bergabung dengan Hafizi melawan Shurhazli dan Awe. Game double ini sampai ke set ke 3 di mana set pertama kami kalah.

Time nak balik aku tak dapat sembunyikan kegembiraanku bila berselisih dengan Boboy aku tersenyum sampai dia tegur, "senyum nampak."

Ya kemenangan ini terlalu manis buat diriku dan aku tak mampu sembunyikan kegembiraanku.

Akan ku kenang dalam tempoh yang panjang dalam hidupku. Tak sia-sia training dengan brader otai di Bangi.

Akhir kata, sambutlah kata-kata motivasi yang pernah aku dengar ini, iaitu , "defeat is not from what happened or what people say but from what you say to yourself".

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.