Rabu, Februari 07, 2024

Pagi2 berjemur dulu

Serap aura positif matahari dulu pagi2 ni. Semalam ambil madu kelulut. Pagi2 ada lagi semput tapi kahak kurang sikit. 

Selasa, Februari 06, 2024

aku manusia

Pagi2 berjemur dengan mentari terik. Hari ni kerja2 di AF. Hujung2 bila di audi (tempat sejuk) baru datang sikit lelah.

Awal dinihari semput. Mimpi adik Jenal.


Isnin, Februari 05, 2024

Mengharap anugerah kesihatan.

Kita hanya mampu berusaha dan berdoa. Selebihnya serah pada tuhan. 

Malam tadi, selepas pam salbutamol aku alami halusinasi yang agak tinggi dan jauh. 

Sesat sampai ke Jepun mencari keretapi. Juga terdampar di asrama menyambung pelajaran. 

Itu tidur dalam keadaan duduk tu.

Tengahari aku ke bank kejap untuk uruskan kad cimb yang sangkut sebab lupa nombor pin. 

Dalam pukul 2 barang shopee sampai. Terus bayar COD. 

Balik kerja terus hantar barang customer walau hujan lebat yang amat, air melimpah hingga paras ekzos, aku teruskan jua. Syukurlah motor mampu bertahan. 

Malam ambik 5 sudu. Terus dada rasa hangat. Penangan madu kelulut liar. 

Tapi awal pagi semput juga, dah sakit kan nak buat camna. 

Ahad, Februari 04, 2024

hantar Bi ke gelanggang silat

Hari ni tak ke mana. Cuma hantar Bi ke kelas silat. Lepas tu gi metro point kejap layan ramen korea dan kemudian balik rumah lepak sampai asar. 

Lepas asar keluar pula ke kedai speedmart cari hadiah untuk family day.

Family day ni family day keluarga aku, keluarga Ibrahim. Aku tak dapat join sebab Firas akan bersunat.

Malam Bi siapkan hamper hadiah yang nak diberi. Besar la jugak. 

Sabtu, Februari 03, 2024

Jumaat, Februari 02, 2024

semoga sihat sihat selalu

Pagi2 aku cuba serap cahaya matahari sebanyak yang termampu. Berpusing satu bangunan juga untuk serap cahaya awal pagi. 

Siang hari ok lah, walaupun masih lemah keadaan aku. Malam memang teruk. 

Malam tadi semput yang agak teruk juga, terjaga dalam 3 am. Terpaksa nap. 

Dalam 1030 pagi balik kejap tunggu Rostom nak repair washing machine. Serentak sampai. 

Agak kasar juga kena 200, hampir separuh harga mesin basuh, diskaun 20 so jadi 180. Sekurang-kurangnya jimat kalau beli baru dalam 600 juga. 

Lain kali kena belajar lah repair sendiri.

Lepas jumaat buat kerja sikit angkat kerusi dan tape lantai. Lepas tu abang Chan datang hantar barang. 

Chan bawa limau sikit sempena Chinese New Year. Biasanya sekotak limau. Kali ni sikit je dalam plastik. Bisness tak bagus sangat kata abang Chan. 

Khamis, Februari 01, 2024

moto pancit

Terpaksa naik kereta. Minyak 20. Tampal Tayar moto 5. Tampal pakai cacing je kat kedai motor CK. Cacing ni kalau beli sendiri rm5 dapat 5. Huhu bisness idea. 

Minyak motor 5. Tao Bin 8.5 sebab ikut sangat nafsu. Adoi kasar tu. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.