Khamis, Ogos 22, 2024

khamis

Petang aku ke JPJ di Seksyen 7.
Bi nak hidupkan lesen L

Rabu, Ogos 21, 2024

rabu

Pagi2 sempat aku buat video. 
Abang Naz MC.
Aku turun dewan. Training dengan team takraw pulak. 
Penat juga main takraw di usia lewat ni. 
Tapi killer seorang ni (kapten) memang seorang ahli takraw yang sejati. Umur lewat juga tapi dia punya tenaga kalah orang muda. 

Semuanya adalah mind set. 

Petang Firas ajak keluar, makan. Lepas maghrib kami keluar ke metro point Kajang. Makan ramen di kedai Korea. 


Selasa, Ogos 20, 2024

selasa

Pagi ni kerja di dewan. Ok je layan walaupun semalam aku rasa macam stress sikit. 

Sempat sembang dengan Rahmat dan Naz. Rahmat terer la matematik. Bab peratus dia lagi terer dari aku. 

Lepas siap kerja bro Naz ajak minum. Roti canai dan teh tarik. Sampai 2 keping. Dia belanja. Dah lama kat GMI ni tak ada roti canai. Ni baru muncul balik. Siap ada roti telur goyang tu.

Tengahari tak makan, dah kenyang. Kuih aku bagi kat Saiful di L3. Lepak kejap je dengan Shamsul dan Aseri, sebab mereka pun nampak cam busy je. 

Tapi petang terasa lemah. Rasa tak bertenaga. Memang sebab tengahari tak makan nasi aku rasa. 

Balik dalam gerimis dari tempat kerja, aku sempat singgah kedai Acheh cari lauk sikit. RM 25 juga beli udang, sotong dan pisang. 

Begitulah. 

Isnin, Ogos 19, 2024

kerja isnin


Hari sabtu lepas. Tok Ali, suami mek Pehi dah pergi buat selamanya. Waktu perginya sekitar 11 malam. Berita dari adik aku Sabri.

Tok Ali ni bapa tiri kepada ma aku, kiranya datuk tiri aku. Dia sangat rapat dengan kami dan dah macam datuk sendiri pun.

Hari ni aku di tempat kerja dengan sedikit lemah. Lemah semangat dan ketakutan. Aku selalu begini bila ada peristiwa kematian. 

Ya Allah, kuatkanlah aku.

Aku sampai awal di tempat kerja. Dan sempat juga beli nasi lemak pak Harun. Pagi2 ada briefing tapi aku tak masuk sebab mereka dah mula awal pagi, sedang aku baru terhegeh hegeh nak cari air panas buat kopi.

Bila minum kopi memang kerap kencing dan berbau kopi yang pekat. 

Ahad, Ogos 11, 2024

Ogos hampir separuh

Hampir separuh Ogos telah datang dan pergi. Banyak jabatan sudah memasang bendera Jalur Gemilang. Bersedia menyambut merdeka. 

Aku pula sibuk memanjang. Banyak konsert berlangsung tapi langsung tak sempat nak layan. 

M Nasir, Awie, Ella.. Fuh..

Hari ni gi ambik mek kepada Erin, bawa dia mengurut Cah di rumah Iza.

Keadaan aku pula, Alhamdulillah lepas 3 hari maka ubat keadaan asma aku agak terkawal. Malam dah boleh tidur nyenyak.

Sabtu, Ogos 03, 2024

Ogos yang lucu

Lucu kerana aku tersilap tarikh kejohanan. 

Jauh juga la pergi ke USIM di Nilai. Sekali salah da.. 

Dah la dengan panik cari dewan tempat bertanding. 

Apapun ok lah, esok masih ada. Esok kita cuba yang terbaik. 

Khamis, Ogos 01, 2024

membelah kedinginan Ogos

1 Ogos menjelma lagi. Bulan merdeka. Merdeka kah kita...
Cuaca pagi ini sangat baik. Matahari bersinar cerah.

Malm tadi aku pam banyak juga, sampai 4 x 4.
4 sebelum gi kerja 
4 dinihari.

Tengahari mulai semput balik.
Balik jumpa bro Naz dalam lif, bersama TTO baru yang di sangka student. 

Sebelum tidur aku pakai pencegah 2 puff. Harap dapat la tidur ye. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.