Sabtu, Januari 30, 2021

Batteri baru Bezza

Petang aku beli dengan ane rm 170. Ok lah walaupun murah sikit dan tak ada jenama asal spec dia betul cukup lah. 

Tengahari tadi aku survey kedai bateri ni kat depan highway jenama korea katanya rm350. Masa pergi kedai ane pun aku dah bawak siap2 duit dalam rm400. 

Aku pasang sendiri saja. Syukurlah tak ada masalah aku test pusing satu round taman tak ada masalah.

Harap lepas ni dia ok dan baik baik saja. 

Ahad, Januari 24, 2021

Kisah semalam

Aku dekat Seksyen 4 Bangi. Baru lepas hantar barang dan dapat rm5 duit brader tu bagi. 

Lepas tu Dapat job kena pergi ke Bandar Baru Bangi. Aku fikir mesti ada Jalan yang lebih dekat. Aku follow Google. 

Rupanya keluar kat simpang besar seksyen 4 Bangi yang sebelah yang ada golf club tu. Tapi kena cross jalan besar.

Masa nak lintas tu aku toleh macam lepas. Tapi rupanya kereta banyak dan ada yang laju. Dengan motor aku yang tak berapa confident pick up dia, aku terpaksa break mengejut sebab aku nampak macam tak lepas. 

Masa brek tu la rupanya kat belakang aku ada kereta Honda Accord. Kereta tu pulak tengah nak pecut. Dia belakang aku. So dia tak sempat break juga. Dia. Sondol aku. Nasib baik dia pun tak laju sangat. 

Motor aku patah mud guard. Kereta dia pecah bumper. Dia salahkan aku sebab break mengejut. 

Aku cuma bersyukur sebab tak ada apa yang serius sangat. 

Tapi aku masih takut dan berdebar. Lemah semangat nak jadi rider dah. 



Jumaat, Januari 22, 2021

topik malam ni follow up

Bersama tuan Syukor.

Khamis, Januari 21, 2021

Fat Cat Bangi meletop


Kedai makan terbaru yang meletup kat Bangi. Aku datang pukul 4 30pm, sampai dekat pukul 6 lebih baru siap satu order. Dah la ramai lagi rider2 dok menunggu dan kat dalam penuh. 

Orang ramai sangat serbu kedai ni. Maklumlah hari pertama dia beroperasi. Cat pun belum kering. 

Cawangan Fat Cat Bangi ni terletak di tengah bandar Baru Bangi. Sebelah klinik gigi. 

Aku sabar menunggu 2 order hari ni. Satu lagi order pizza San Francisco kat Bangi jugak. Alhamdulillah semua settle walaupun aku hampir nak marah menunggu.

Ni pagi tadi Irfan pergi test PS masuk sekolah khas. 

Sabtu, Januari 16, 2021

Semput dan batuk

Menjelang subuh aku semput lagi macam biasa. Terpaksa aku ambik neb sepam dua.

Masa nak mandi subuh terasa kepala aku ringan. Macam penat sangat. Biasanya bila aku ambil neb aku akan mengalami keadaan seperti halusinasi dan mimpi ynag agak pelik. 

Solat subuh pun aku habiskan cepat cepat. Lepas solat jer aku terus tersandar di kerusi. Sedar Sedar je Bie dah siapkan nasi goreng.

Lepas tu dua bersiap2 nak pergi sekolah pula. Hari ni sabtu ingat nak keluar tapi terpaksa lah aku tunggu Bie balik dulu. 

Jumaat, Januari 15, 2021

Hari ke 3 PKP duduk rumah

Ya dah hari ke 3 PKP. Duduk rumah sahaja. Nak keluar memang tak berani la. Tapi wife aku pergi sekolah. Esok sabtu pun dia pergi juga.

Esok Kelantan akan mula PKP. Esok sepatutnya Hamdi buka tapi tak tau lah macam mana. Hamdi pun belum call aku lagi. Dia pun mungkin dah malas nak call aku banyak kali. 

Baru abis kelas dengan atok Sukor Hashim. Biasalah lepaa kelas memang semangat tapi nanti yi dia lemau la semula. Entah lah.

Mungkin esok aku kena call Hamdi tanya khabar. 

Selasa, Januari 12, 2021

Patin lagi

Tengah malam ini akan bermula lagi PKP 2021 pula. Tak boleh rentas negeri dan daerah. Kali ini PKP aku berada di Kajang. Kalau PKP 2020 March dulu aku berada di Telaga Bata. Tekanan dia berbeza sikit. 

Wife pergi buat kerja di sekolah. Selepas hantar dia pagi2 tu, aku hantar Irfan pula yang nak buat IC tapi ramainya orang di JPN Hentian Kajang ni. Pegawai tu suruh buat appointment dulu. Boleh guna mykid lagi sampai umur 16 tahun katanya.

Tengahari tak tengahari sangat la, dalam pukul 2 gitu layan patin lagi. Order dengan foodpanda jer. Patin Temerloh ni memang sedap tak ingat dunia. Kena lagi dengan puyu pekasam dia, pergh. 

Sebab esok dah PKP jadi aku hantar anak lebih dahulu ke rumah sepupu dia, kononnya jumpa melepas rindu lepas ni PKP terperuk lama dalam rumah kan. Angah yang buka pintu lepas puas aku call tak ada siapa angkat. 

Balik dari Hentian Kajang aku ke kedai MD2. Beli air jus nenas tadi 4 botol jugak. Kata kakak pembantu kedai situ, dia pun tak pasti esok akan buka atau macam mana.

Krisis kesihatan ni dah lama sangat ni, marilah kita bersatu. Sudah2 la berpolitik masa ni tak sesuai. Kita perlu sokong segala usaha kerajaan. Bukan senang nak atasi tapi kalau kita bersatu peluang menang lebih tinggi. 

Penulis ialah seorang dealer syarikat emas Public Gold kod PG00073921

Foto saya
Saya ialah seorang dealer berdaftar Public Gold sejak September 2016. Dalam blog ini saya menulis nota kehidupan peribadi. Selain itu, saya berkongsi kebaikan Public Gold. Public Gold cuma salah satu jenama syarikat menjual emas. Harga setiap syarikat emas adalah sedikit berbeza-beza antara syarikat emas kerana faktor tersendiri. Saya bukanlah penganalisis professional, namun saya memberikan input berkaitan Public Gold secara jujur kerana saya sendiri melabur dengan emas Public Gold. Data dalam blog ini untuk saya meneliti sendiri perkembangan diri saya dalam kehidupan sebagai seorang dealer emas Public Gold dan juga sebagai seorang insan yang cuba membaiki diri. Whatsapp saya 012-9108905 kalau ingin membeli emas Public Gold.
Budaya Public Gold ialah belajar dan terus belajar. Anda boleh follow FB Page Public Gold Internasional untuk mendapat maklumat terkini.