Gerak ke KTSelepas sarapan pagi yang super special. Nasi lemak dengan undang yang besar amat. Masakan Kak Tini, kakak ipar aku. Terima Kasih ya. Aku akan rindu lagi masakan ini.
Lepas sarapan slow slow gerak. Drive dalam 3 jam lebih dari Pekan, Pahang ke KT Terengganu. Ingat nak ke KTCC.
Semasa kami gerak dari kawasan Pekan ada hujan sikit, yang lebat juga.
Boleh tahan penat dia. Sebab kereta aku tak mantap sangat. Bawa 100km/jam dah gegar kuat kat steering.
Lelah masih ada.
Kami menginap di J Suite Hotel Kuala Terengganu. Sampai awal tunggu juga baru boleh check in 3 PM.
Petang sempat pos barang di Posstore. Abang Naz call lepas aku pos barang.
Pergi KTCC aku agak lelah. Ktcc ni sebenarnya gempak juga, kedai sukan dia memang puas hati, banyak pilihan dan besar. Paling best
jersey bola dan kasut pelbagai jenama.
Petang kami makan di Nasken Coffee. Antara kedai
kopi kegemaran aku. Harga dia boleh tahan juga. Kat KTCC ni juga ada starbuck.
Malam kami lepak dulu bawah jambatan Drawbridge Terengganu, sampai pukul 10 baru balik ke hotel.
Waktu malam di dataran KT ni memang happening juga. Ramai lagi orang walaupun dah pukul 10 malam. Ramai yang lepak2 berkelah, makan makan dan ramai yang bermain
skuter elektrik, basikal elektrik dan beca yang dihias lampu. Ada juga yang bawa joran untuk memancing.
Tak crowded sangat tapi masih meriah dan happening.